Monday 9 December 2019

Baby Crab Goreng Telur Masin




Bahan-bahan:-
Baby crab dicuci bersih
Tepung berperisa, guna jenis Salt & Garlic
Sedikit air
Minyak menggoreng

Cara menggoreng baby crab:-
Masukkan baby crab kedalam mangkuk yang besar.
Renjiskan sedikit air, taburkan tepung berperisa dan gaul sebati.
Panaskan minyak dikuali.
Sebelum dimasukkan baby crab kedalam minyak yang panas, taburkan lagi tepung berperisa.
Jangan dimasukkan air, gaul secara perlahan-lahan sehingga tepung berperisa menyaluti baby crab.
Goreng sehingga garing, angkat dan toskan minyak.  Ketepikan.

Bahan salutan telur masin:-
Margerine sedikit
Cili padi dihiris
Bawang putih dicincang
Daun kari /daun limau purut
Serbuk telur masin jenama Bestari

Caranya:-
Masukkan margarine dikuali.
Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari/daun limau purut.
Tumiskan sehingga wangi dan garing.
Masukkan telur masin, kacau sebati.
Padamkan api dan kacau sehingga sedikit kering.
Masukkan baby crab dan gaul sebati.
Angkat dan hidangkan semasa masih panas.






No comments:

Post a Comment