Sunday 1 December 2019

Honey Butter Chicken





Sumber resipi: Majalah Rasa
Bahan-bahan:
800gm bahagian kepak dan peha
Secubit garam
1 sdt lada hitam
2 biji telur
1 cawan tepung ubi
1 sdt serbuk penaik
1/4 cawan kacang masin ~ tak letak
Minyak menggoreng

Bahan-bahan sos:
6 sdb mentega
6 sdb honey
5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1/2 cawan gula perang
3 sdb kicap cair
2 sdb serbuk cili

Caranya:-
Gaulkan ayam bersama lada hitam dan garam.
Kemudiah pecahkan telur dan masukkan tepung ubi serta serbuk penaik.
Gaul dengan ayam sehingga rata.
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng ayam sehingga masak.
Terbalikkkan ayam setiap 5 minit. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali lain dan masukkan mentega dan bawang putih, kacau sehingga bawang putih garing.
Masukkan kicap cair, madu dan gula perang.
Kacau sehingga menggelegak.
Tutup api, masukkan ayam dan kacang masin goreng.
Kacau sebati sehingga sos menyaluti ayam dengan rata.
Angkat dan taburkan bijan dan serbuk cili.

Nota: cara saya memasak; kesemua bahan sos disatukan, selepas menumis bawang putih dengan mentega sehingga garing, masukkan bahan-bahan sos, kacau sehingga serbuk cili masak.
Padamkan api dan gaul dengan ayam.  Hidangkan dengan taburan bijan.
Jangan dimasak sos terlalu lama, nanti sos menjadi pekat sangat dan susah nak menyaluti ayam.
Cukup sekadar menghilangkan bau mentah serbuk cili.




No comments:

Post a Comment