Sunday 14 June 2020

Ayam Ungkep Asli





Resepi by:Puan Siti Nur Sahida Ibrahim via daridapur.com
Recooked by:@kim_kimberly1509
Boleh guna ayam bandar atau ayam kampong.
Selepas tumis bahan kisar, masukkan ayam dan biar masak sebati perasanya sebelum dimasukkan garam dan gula 
Tutup periuk untuk elakkan ayam kering. Bagi menghasilkan ayam Ungkep yang sedap, jangan kisar bawang dan biji ketumbar, guna lesung tumbuk hingga 70% hancur. 
Bahan:
8 ~ 10 ketul ayam
1 batang serai saiz sedang, ketukkan
1 biji bawang besar saiz bola tennis
7 ulas bawang putih
2 ~ 3" kunyit hidup 
10 ~ 15 cili Burung Thai ikut kepedasan 
3 sdb biji ketumbar sangai
1 sdb gula
1 sdb asam jawa
Perisa secukupnya
1/2 senduk minyak menumis

Caranya:
Tumbuk biji ketumbar diikuti bawang putih, kunyit cili Burung dan last bawang merah. 
Sebab bawang merah berair. Ketepikan bila semua sudah lumat elok. 
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk sehinhha sedikit garing bersama serai. 
Bila dah garing dan pecah minyak, baru ditambahkan ayam dan masukkan sekali air sama paras dengan ayam. 
Tutup kuali dan biarkan ayam mendidih sekitar 15 minit. 
Barulah dibuka penutup kuali dan masukkan asam jawa yang dikeluarkan biji, garam, gula dan perisa. 
Kacau sehingga air kering dan Kuah memekat.  
Masak hingga ayam empuk barulah elok. 

Nota:
Boleh dimasukkan halia jika suka untuk hilang hanyir ayam. 
Juga boleh dimasukkan serbuk kari dan santan. 
Saya tak guna lesung hanya blend sedikit kasar. 




No comments:

Post a Comment