Tuesday 30 June 2020

Not Nashville Hot Chicken




Resepi by:www.marionskitchen.com
Recooked by:@kim_kimberly1509
If you want in english version you can go to YouTube Marion's Kitchen

Bahan-bahan:
4 keping peha, guna kepak ayam
1 cawan susu, ganti dengan v-soy drink tanpa gula
1 sdb sambal oelek atau pes cili & bawang putih, guna Maggi sambal tumis
1 ulas bawang putih parut lumat
1 biji telur
2 cawan tepung jagung
Garam dan serbuk lada hitam, lebihkan sedikit

Nahm Jim Hot Sauce:
2 sdb jus pekat asam jawa
1/3 cawan sos ikan
2 sdb gula perang
1 sdb serbuk cili kisar Thai
1 bawang besar potong dadu, tak bubuh
2 sdt hirisan daun ketumbar, tak bubuh
1 sdt paprika manis
2 sdb jus limau nipis

Caranya:
Ayam dipotong kemudian digaul rata dengan garam dan lada hitam. Lebihkan sedikit garam dan lada hitam. 
Perapkan selama 3 jam atau semalaman. 

Untuk sos Nahm Jim:
Campurkan kesemua bahan, masukkan kedalam mangkuk tahan panas, ketepikan.

Sediakan tempat untuk meletak susu, Sambal oelek, bawang putih dan telur didalam mangkuk yang besar, pukul sehingga sebati.

Masukkan tepung jagung berasingan dengan bahan susu. Celupkan kepada tepung jagung kemudian kepada bahan susu. Lakukan semula balik kepada tepung jagung kemudian kepada bahan susu. Akhir pada tepung jagung dan selepas ayam sudah tersalut letak dipinggan. 

Panaskan kuali dengan diisi 1/3 cawan minyak sayur dengan menggunakan api yang besar. Masukkan sudip kayu kedalam minyak, bila ada buih kecil timbul me and akan minyak telah panas. Gorengkan selama 15~20 minit atau sehingga kecoklatan atau masak sepenuhnya dibahagian dalam. Angkat dan letak di dulang redai bagi mengetoskan minyak. 
Bila minyak sudah sedikit suam, ambil 1/4 cawan minyak tuangkan keatas sos Nahm Jim, kacau sebati. 

Sapukan sos Nahm Jim pada ayam dengan sekata, lebihkan sapuan sos pada ayam. 
Hidangkan dengan kerabu mentimun





No comments:

Post a Comment