Saturday 18 July 2020

Popia Basah




















Resepi by:@nurui_pan via @kualihelena 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan sos:
1/2 cawan sos hoisin
2 ~ 3 sudu besar cili kisar, pedas ikut suka
15 biji buah kurma rendam dengan 1 cawan air panas
1/2 cawan gula perang

Cara memasak sos sapuan:
Buang biji kurma, kisar halus. 
Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10 minit, kacau sentiasa. 
Selepas 10 minit masukkan sos hoisin dan gula perang. 
Kacau hingga gula larut, ketepikan. 

Bahan untuk kulit popia:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar cuka ~ guna 1 sudu besar
Sedikit garam
1 biji putih telur
Anggaran air dalam 1 1/2 cawan

Cara membancuh adunan kulit popia:
Campur kesemua bahan kulit kedalam mangkuk, gaul rata dan perapkan selama 1/2 jam. 
Selepas 1/2 jam, panaskan kuali non stick tanpa minyak dengan api yang perlahan. 
Guna brush silicone untuk menyapu adunan pada kuali non stick. 
Angkat dengan penyepit bila permukaan atas kulit popia tiada tepung mentah. Jangan dimasak terlalu lama nanti kering. 
Kulit yang sudah siap dibalut dengan kitchen towel yang lembab, untuk kekal lembut. 

Bahan-bahan inti:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
Timun
Sengkuang 
Carrot
Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk kasar
Bawang goreng

Cara memasak inti:
Sagat timun, sengkuang dan carrot, boleh guna food processor. 
Perah sayuran supaya kurang berair. 
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau, masukkan semua sayuran hingga air sayuran kering. 
Masukkan sos tiram, gaul hingga sebati. 

Cara penyediaan:
Sapukan bahan sos keatas kulit popia. 
Letak inti dan taburkan 
Kacang tanah dan bawang goreng
Gulung kemas dan siap untuk dihidangkan





No comments:

Post a Comment