Sunday 15 July 2012

Pau Kukus




Resipi: Ton / Sumber: CT Delima
Bahan-bahan:
250gm (2 1/2 cawan) tepung pau diayak / tepung gandum / tepung low protein
3gm (3/4 sudu teh) yis kering
2gm (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu besar) gula kastor
20gm (1 sudu besar) lelemak sayuran
2gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Caranya:
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit (Jika tidak cukup bolehlah ditambahkan air suam, masukkan sedikit demi sedikit). 
Masukkan lelemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi yang dipotong 2" x 2" (boleh jugak menggunakan kertas cupcakes yang nipis) dan susun didalam pengukus.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Didihkan air didalam periuk pengukus.  Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.  Kukus pau selama 10 minit.

Jika menggunakan bread maker:
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kastor, bread softener dan lelemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
Biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).

Tips: Air perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.

No comments:

Post a Comment