Bahan-bahan:
Ayam dibersih dan dipotong kecil
Mentega secukupnya untuk menumis
Serai
Air secukupnya
Ubi Kentang
Kicap Manis
Kicap pekat
Garam jika perlu
1 sudu besar rempah beriani
Bahan tumis:
Daun kari
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Serai
Bawang merah ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Caranya:-
Mentega dipanaskan, masukkan daun kari, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan tumis sehingga wangi.
Masukkan bawang merah dan bawang putih dan rempah beriani, tumis sehingga wangi.
Masukkan kicap manis dan kicap pekat, kacau sebentar dan masukkan ubi kentang dan ayam.
Masukkan air dan masak sehingga ubi dan ayam empuk, jika kurang garam boleh ditambahkan sedikit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment