Kaswi Pandan Lemak : kakbesah@myresipi.com
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan dari 3 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur (tak kira saiz)
Beberapa titik pewarna hijau
Secawan kelapa parut putih saja + secubit garam - dikukus untuk mengelakkan dari menjadi basi
Caranya:
Kacau sebati tepung gandum, tepung ubi kayu, gula dan bersama air pandan.
Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain, kacau hingga tidak bergentel, tapiskan adunan ini.
Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan cling plastik dan sapukan minyak pada permukaan cling plastik.
Tuangkan adunan ke dalam loyang, kukuslah sehingga masak lebih kurang 20-25 minit.
Sebelum dituangkan adunan ke dalam loyang, panaskan loyang di dalam pengukus sebelum diadun adunan).
Bila kaswi masak dan sejukkan barulah dipotong dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Kalau nak makan tanpa garam pun boleh.
Kaswi Nyonya : Yatie / Kak Rose
Bahan-bahan:-
Bahan A: dimasak hingga mendidih dan sejukkan, tapis
1 cawan gula pasir ( Kim guna 3/4 cawan )
1 1/2 cawan gula merah
500ml air
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B: disatukan di dalam mangkuk
1 1/2 cawan tepung beras (cap gajah)
1 1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung
800ml santan (400ml santan kara + 400ml air)
2 sudu besar air kapur
Caranya:
Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B.
Bahan A dan B disatukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
Masak adunan sehingga naik wap.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dipanaskan di dalam kukusan.
Kukus selama 30-40 minit.
Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.
Puding Kastard Jagung : Ana Elianas / Madihaa
Bahan-bahan:
1 tin jagung creamy
1 tin susu cair Ideal
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir ( Kim guna 1 cawan )
1 1/2 cawan tepung kastard
Caranya:
Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata.
Masak puding dengan menggunakan api yang kecil ,,,,, hin
No comments:
Post a Comment