Monday 6 October 2014

Bihun Goreng Hijau

 
Bahan-bahan:
Bihun direndam sehingga lembut, toskan
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kiub ikan bilis sedikit
Tomato hijau, dipotong kiub
Sawi, dipotong panjang
Air limau nipis

Hiasan:
Cili merah dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng

Bahan-bahan dikisar halus dengan air:
Cili hijau dibuang biji (jika nak pedas tak perlu dibuang biji)
Cili api dibuang biji
Bawang merah
Bawang putih
Belacan sedikit
Lengkuas muda sedikit (optional)
Daun bawang yang hijau saja

Ikan bilis direndam dan kisarkan kasar selepas dah blend separuh bahan diatas barulah dimasukkan ikan bilis dan blend semula sekejar jer.  Tapiskan air dan ketepikan air blend.

Caranya:
Masukkan minyak untuk menumis bahan-bahan blend sehingga pecah minyak.
Masukkan kiub ikan bilis dan garam dan kacau lagi.
Masukkan tomato hijau dan air tapisan bahan-bahan blend tadi, dimasak sehingga tomato lembut.
Setelah air menjadi kering sedikit masukkan sawi dan kacau sebati.
Masukkan bihun dan gaul sehingga sebati, rasa garam sebelum diangkat.
Matikan api dan masukkan air perahan limau nipis, gaul rata.  Angkat dan taburkan hiasan.

(Nota: Walaupun tiada bahan-bahan "mewah" tetapi bihun ini sedap, jika ada tetamu yang bertandang bolehlah dihidangkan yang pasti guna tomato hijau dan cili berwarna hijau barulah namanya Bihun Goreng Hijau, sedap.....perghlay)




No comments:

Post a Comment