Tuesday 20 December 2016

Vietnamese Spring Rolls / Popia Vietnam



Sumber resipi: resipicitarasawan.blogspot.com
Bahan-bahan:
Rice paper wrapper (Beli dari Saigon oleh anak buah, lupa nak snap gambar)
Udang ~ direbus, buang kulit (Kim ~ celur dengan sedikit lada sulah dan minyak olive)
Lobak merah * bertanda * hiris halus memanjang
Timun *
Sengkuang *
Bihun yang telah dicelur
Daun pudina (tak letak)
Daun salad
Sedikit serbuk lada putih
Air suam dan berus

Bahan-bahan sos: (Kim ~ simpan dipeti sejuk sebentar)
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar sos cili
4 tangkai cili merah dipotong kecil
2 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan-bahan dibawah dimasukkan semasa nak menghidang
Potongan cili padi dan kacang tanah disangai dan cincang, Kim tambah bijan putih disangai

Caranya:
Letak sekeping rice paper di dalam pinggan leper yang di alas plastik.
Basahkan permukaan rice paper menggunakan berus hingga rata pada permukaannya yang licin.
Kemudian susun 3 ekor udang berselang dengan daun pudina.
Ambil potongan daun salad (bahagian lembut) anggaran saiz rice paper, letak hirisan timun, lobak merah dan sengkuang di atasnya, renjis sedikit serbuk lada putih.
Kemudian bungkus daun salad tadi kemas-kemas.
Letak bungkusan salad di sebelah susunan udang kemudian gulung rapi.
Berus sedikit bahagian tepi dengan air untuk melekatkan gulungan.
Hidang bersama sos cili

No comments:

Post a Comment