Monday 17 September 2018

Mee Goreng Mamak Haji





















Sumber resipi:Mamakhaji.blogspot.com
Bahan-bahan pes pedas, dikisar halus dengan minyak
1/2 kg kacang tanah (lain kali saya tak mau bubuh)
150gm cili kering, goreng agak garing jangan sampai hangus
100gm udang kering geragau direndam 5 - 10 minit, bersihkan dan toskan
1 genggam kacan dhal (paruppu)
4 ulas bawang putih
100gm sotong kering direndam dan dikisar halus ~ tidak digoreng

Caranya:
Goreng bahan-bahan diatas dengan minyak mengikut aturan bawang putih, kacang tanah, dhal dan cili kering. Akhir sekali udang kering geragau.
Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama sotong kering dan sedikit air.
Tumiskan kisaran dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan memasukkan sekali bahan-bahan ini:
3 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit air asam jawa dan garam
Rasa kepedasan pes, gula dan garam.  Pes boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning.

Pes manis untuk menggoreng mee:
1/2 kg ubi keledek berwarna oren, buang kulit dan rebus sehingga empuk, lenyek semasa masih panas /Air rebushan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layu.
Kisar bawang putih dan bawang merah bersama dengan ubi tadi, masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api.
Ambil lebih kurang 2 sudu besar asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang dimasak.
Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar.  Kuah ini memang manis sedikit.  
Masukkan garam secukup rasa.

Bila perencah sudah siap, bolehlah digoreng mee deng pes sedia ada.

Bahan-bahan:
1 cekak mee kuning
Sedikit taugeh
1 batang sayur sawi, batang diketuk dan dipotong 1"
1 biji telur
Tauhu goreng
Cucur udang
1/4 bahagian bawang sederhana besar dihiris memanjang
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap ciar
3 biji hirisan cili merah
Limau nipis, perahan jus
Bawang goreng

Caranya:
Panaskan kuali masukkan  2 sudu besar minyak masak.
Masukkan hirisan bawang putih diikuti dengan hirisan bawang besar.
Bila sudah harum masukkan 2 sudu besar pes pedas.
Masukkan cucur udang, tauu goreng, ubi kentang rebus dan sayur sawi.
Bila sawi layu masukkan mee dengan segera.
Titiskan kicap cair, air garam jika perlu.
Goncang kuali dengan api sedikit besar.
Kalau mau basah tambahkan sedikit air atau pes.
Kalau kering biarkan.
Bila mee sudah mulai masak, kecilkan api dan ketepikan mee dan kosongkan ruang tengah kuali.
Titiskan sedikit minyak dan pecahkan sebiji telur.  Tutup telur dengan mee dan biarkan dalan 30 saat.
Besarkan api dan kacau sebati mee dengan telur dengan cepat.
Gorengan cuma 30 saat saja.
Hidangkan mee dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan sedikit kacang tanah goreng.



No comments:

Post a Comment