Monday 17 September 2018

Mee Hoon Sup Serai Ala Vietnam




























Bahan-bahan rebusan air sup:
Serai diketuk
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Celery dan daunnya
Sichuan peppers
Kiub ayam
Tulang ayam secukupnya
Air secukupnya
Kicap cair
Kicap ikan
Garam jika perlu

Caranya:
Sediakan periuk besar, masukkan air secukupnya dan kesemua bahan-bahan rebusan air sup, rebus selama 2 - 3 jam dengan api yang perlahan.
Setelah 3 jam, tapiskan dan buangkan hampas.
Tambah garam jika perlu sebelum diketepikan.

Mee Hoon Minyak Serai:
(Resipi Masterchef Australia Chef Khanh Ong)
Bahan-bahan:
2 batang serai, dicincang
2 ulas bawang putih
250ml Minyak sayuran
1/2 tsp garam
Mee Hoon

Caranya:
Serai dan bawang putih dicincang bersama sehingga halus.
Panaskan minyak dengan api yang perlahan.
Masukkan serai,bawang dan garam, tumis selama lebih kurang 3-4 minit.
Tapiskan dan ketepikan hampas dan minyak serai.

Caranya:
Masukkan mee hoon ke dalam periuk, didihkan air sehingga megelegak, masukkan mee hoon dan masak selama 10 minit.
Tapiskan airnya, masukkan semula kedalam periuk. 
Masukkan minyak serai secukupnya dan gaul sebati, ketepikan semasa masih suam, sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan sampingan:
Lobak merah diparut halus memanjang
Basil leaves
Daun pudina
Celery dipotong halus
Cili kering kasar yang dikisar
Bawang putih yang digoreng
Bawang merah yang digoreng

Bahan-bahan sos:
4 tbsps gula perang
3 tbsps cuka beras
4 tbsps perahan air limau nipis
4 tbsps sos ikan
2 ulas bawang putih, dicincang
1" halia dicincang
10 biji cili padi dipotong kecil

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan sos didalam mangkuk sehingga sebati.
Simpan di peti sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidangkan Mee Hoon Serai:
Masukkan secukup mee hoon serai kedalam mangkuk.
Bubuh daun pudina, basil leaves, lobak merah dan celery.
Taburkan sedikit cili kisar kering, bawang putih goreng dan bawang merah goreng.
Masukkan kuah sup serai secukupnya dan masukkan 1 sudu besar sos.
Makan semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment