Tuesday 28 September 2021

Chicken Cornish Giant





Resepi by:Puan Tahrunnisah Jali 
Rebaked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk kulit/doh pastri:
350gm tepung gandum
30gm tepung beras
1/2 cawan air sejuk, saya tidak habiskan bergantung pada lama mana tepung digunakan
200gm butter sejuk, kalau guna unsalted bubuh garam

Bahan-bahan untuk inti:
4 biji ubi kentang, potong dadu
1 batang lobak merah, potong dadu
2 biji bawang besar, potong dadu 
3 ulas bawang putih, potong dadu
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
Garam, gula
2~3 tangkai daun sup racik halus
Dada ayam rebus dan carikkan, guna lebihan ayam panggang
Telur rebus dibelah

Bahan-bahan Glis, gaul bersama hingga sebati:
1 biji kuning telur pukul ringan
1 titis pewarna kuning, jika suka
Daun oregano kering

Cara membuat kulit:
Gaul sebati dulu tepung beras, tepung gandum, jika guna garam boleh dimasukkan. Masukkan butter dan guna hujung jari dijadikan serbuk roti.
Masukkan air sejuk  yang betul-betul sejuk, boleh guna ais, sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. 
Perap doh pastri selama 30 minit, simpan di peti sejuk. 
Kemudian keluarkan bahagikan kepada bahagian yang kecil anggaran 100 ~ 150gm. 
Canaikan menjadi adunan yang tebal juga tidak terlalu nipis. 
Guna acuan yang besar untuk ditekap. 
Cucuk sedikit dengan garpu atas permukaan doh sebelum dimasukkan inti dan telur. Kelimkan atau guna garpu untuk menutup tepi bahagian doh. 
Sapukan glis, saya cucuk lagi dengan garpu selepas diglis. 
Panaskan oven pada suhu 200°C dengan mengguna api atas dan bawah. 
Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga kekuningan. 
Saya guna air fryer dengan suhu 200°C sehingga kekuningan. 

Cara memasak inti:
Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. 
Masukkan daun kari, serbuk kari dan cili. 
Tumis sampai naik minyak dan berbau wangi. 
Masukkan serbuk pati ayam dan garam, gaul seketika. 
Masukkan ubi kentang, gaul sebati. 
Masak sehingga setengah empuk, masukkan ayam dan lobak merah. 
Kacau sehingga kering, masukkan daun sup, kacau lagi hingga rata. 
Dah siap, sejukkan dulu sebelum di bungkus atas doh pastri. 








No comments:

Post a Comment