Thursday 9 September 2021

Tauhu Lembut Kukus Sos Tiram





Resepi by:via tumis.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
5 keping tauhu lembut
1"halia hiris panjang
6 ulas bawang putih hiris nipis
20gm udang kering, saya guna ikan bilis rendam sekejap
10gm ikan bilis
1 tangkai daun bawang
5 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup, guna secubit
1 sudu besar minyak
Bahan yang saya tambah:
1/2 batang kecil lobak merah dihiris
1 biji cili merah dihiris

Cara membuat sos:
Campurkan sos tiram, lada sulah dan garam, kacau sehingga semua larut dan sebati, ketepikan. 

Goreng udang kering dan ikan bilis tanpa minyak sehingga garing. Kemudian blend hingga halus, ketepikan. 
Goreng halia dan bawang putih yang sudah dihiris berasingan sehingga garing. 

Cara memasak tauhu lembut:
Letak tauhu kedalam mangkuk untuk dikukus. 
Kukus tauhu selama 15 minit. 
Kemudian tuang sos ke dalam mangkuk tauhu dan kukus lagi selama 5 minit. 
Setelah tauhu siap dikukus, taburkan halia, bawang putih, udang kering dan ikan bilis atas tauhu. 
Juga daun bawang yang dihiris. 
Hidangkan semasa masih panas. 





 



No comments:

Post a Comment