Apam Mentega
Source: YatieBahan-bahan: (+- 50 biji)
Bahan (A) Bahan-bahan untuk gula hangus:-
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit-sikit, Kim jugak)
250g mentega
Bahan (B):-
3/4 cawan gula castor
4 biji telur (Kim guna C gred)
3 cawan tepung gandum ayak bersama *
2 sudu teh soda bikarbonate *
1 tin susu cair (400g)
1 sudu teh esen vanila
Cara membuat gula hangus:-
Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
Padamkan api (untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air.
Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega:
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung gaul semua hingga sebati.
Perap selama 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.
Adunan ini jika dituang penuh ke dalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 minit - 20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
No comments:
Post a Comment