Saturday, 13 April 2013

Onde-Onde



Bahan-bahan:
Tepung pulut secukupnya
Gula melaka di potong dadu
Air daun pandan secukupnya
Jika suka masukkan sedikit pewarna hijau
Air suam secukupnya
Air secukupnya untuk memasak onde-onde

Bahan salutan:
Kelapa putih digaulkan dengan garam dan kukuskan sebentar untuk menggelakkan dari basi

Caranya:
Masukkan tepung pulut di dalam bekas, masukkan air daun pandan dan gaulkan rata.
Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di gentel bulat.
Ambil sedikit doh dan bulatkan dan tekan sedikit di bahagian tengah masukkan gula melaka, tutup dan rapat dan bulatkan kembali.  Buat dalam 10 biji masukkan di dalam air mendidih dan setelah timbul angkat dan gaulkan pada kelapa yang telah dikukus tadi.
Jangan dimasukkan terlalu banyak ke dalam periuk nanti akan melekat antara satu.  


No comments:

Post a Comment