Monday 2 November 2020

Onde-Onde







Resepi by:daridapur.com 

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sdm tepung gandum
1 cawan jus pandan, diblend dengan 7 - 10 helai daun pandan dan air
2 - 3 helai daun pandan untuk rebusan

Bahan inti:
1 ketul kecil gula melaka, diracik halus, saya gaulkan secubit garam

Bahan salutan, digaul sebati dan kukusan, supaya kelapa tidak mudah basi:
1/2 biji kelapa parutan bahagian putih
1/2 sdt garam

Caranya:
Didalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung gandum dan mula adunan membentuk doh. Tambahkan jus pandan sedikit demi sedikit. 
Uli sehingga membentuk doh, Pastikan doh tidak melekat ditangan. 
Rebuskan air di periuk bersama daun pandan sehingga mendidih. 
Racik atau potong halus gula melaka. 
Ambil doh sebesar ibu jari tangan atau saiz yang mahu, gentelkan dan tekan bahagian tengah atau leperkan, masukkan potongkan gula melaka sedikit, tutup kemas dan gentelkan bulat semula. 
Siap gentel boleh terus dimasukkan kedalam air mendidih. 
Rebus sehingga onde-onde tenggelam dan timbul di permukaan. 
Kalau dah timbul di permukaan tandanya sudah masak. 
Angkat, toskan airnya dan lumur pada kelapa parut. 
Hidangkan

No comments:

Post a Comment