Wednesday 25 November 2020

Purple Sweet Potatoes Gnocchi




















Recipe by:@saomeaklong, thanks sis so yummy 😋 
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
100g keledek ungu
1/4 cawan tepung ubikayu
100ml air kelapa, guna air mineral
250ml santan pekat
1/4 cawan gula putih kasar, tak perlu kurang tak terlalu manis 
1 sdt garam, lain kali nak guna 1/4 - 1/2 sdt
Daun pandan
Bijan putih sangai, mesti letak baru sedap
Isi kelapa tak ada stok, guna parutan kelapa segar, mesti letak juga baru sedap

Acuan kuih siput atau guna belakang garpu

Caranya:
Rebus keledek hingga lembut, angkat dan toskan air. 
Semasa masih panas lenyekkan dengan garpu bersama tepung ubikayu. 
Setelah suam sedikit uli sehingga tidak melekat ditangan. Rehatkan sebentar. 
Sediakan air rebusan secukupnya, masukkan daun pandan dan rebus air sehingga mendidih. 
Ambil sedikit adunan, leperkan pada acuan/garpu, lalu gulung. Buat sehingga habis. 
Masukkan kedalam air yang telah mendidih. 
Bila timbul diatas permukaan air, angkat dan toskan air. 
Masukkan pula kedalam air sejuk. 

Cara memasak kuah:
Masukkan air kelapa, gula dan daun pandan. 
Didihkan sehingga gula larut. 
Masukkan santan pekat dan gnocchi, sambil dikacau. 
Padamkan api. 
Hidangkan bersama sedikit taburan bijan dan isi kelapa. 
Boleh dimakan panas atau sejuk. 




No comments:

Post a Comment