Sunday 22 May 2016

Shan Special Bombay Biryani Rice




                                                                                                  















Shan Special Bombay Biryani Rice....yang pastinya sedap!!!
Cara untuk memasak lihat pada paket bersama bahan-bahan untuk memasak, Kim cuma menambahkan bay leafs saja. 

Tuesday 3 May 2016

Nasi Pilau Pakistan dan Blackpeppers Masala Chicken
























Blackpeppers Masala Chicken:
Bahan-bahan:
50g Aarchi brand blackpeppers masala chicken
750g ayam dipotong kecil
Bawang besar, dipotong dadu
Tomato, dipotong dadu
Air secukupnya
Ubi Kentang, dipotong 2, jika suka
Cili hijau dibelah 2
Minyak sedikit
Garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi, masukkan daun kari dan kacau, masukkan tomato.
Kacau rata dan tumis sehingga sedikit kering.
Masukkan rempah blackpeppers masala dan kacau rata.  Masukkan sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan ayam dan secukup air. Masukkan garam secukup rasa.
Masak sehingga ayam empuk dan kering. Bila hampir kering masukkan potongan cili hijau.

Nasi Pilau Pakistan
(Resipi: Puan Maria Hakem / Sumber: Yana Shaiful)
Bahan-bahan rebusan air untuk nasi:
1/2 ekor ayam potong 6
2 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar biji ada hitam
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar biji jintan putih
Selabu bawang putih dibasuh & diketuk sedikit, tak perlu buang kulit
2" halia diketuk
2 biji bawang besar, dipotong 4
2 helai daun bay
Rempah 4 sekawan i.e. kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang sedikit
4 cawan air

Caranya:
Rebus semua bahan hingga ayam masak dan air berkurangan.
Angkat ayam dan ketepikan. Tapis air rebusan dan buangkan semua rempah-rempah tadi.
Simpan air rebusan tadi untuk masak nasi.

Bahan-bahan untuk memasak nasi:
2 cawan beras basmathi, direndam selama 1 jam dan toskan
2 1/2 cawan air rebusan ayam tadi
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil garam masala
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
Pes bawang putih dan halia, agak-agak
Rempah 4 sekawan
Daun bay
Daun pandan
Kiub pati lembu/ayam
Garam/Gula secukupnya
Minyak untuk menumis (nak guna minyak sapi atau tidak perlu, minyak biasa pun boleh)
1 sudu kecil biji jintan putih (disangai dan tabur last masa nak hidang nasi)

Caranya:
Tumis bawang besar yang dihiris sampai hitam (tapi bukan hangus ya ala-ala bawang goreng gitu) *Part in memang penting, sila jangan malas nak tunggu bawang tu jadi hitam gitu.
Masukkan rempah 4 sekawan, daun bay, daun pandan, pes bawang, halia 7 rempah-rempah tumis lagi hingga garing dan naik bau.
Masukkan air reubusan, garam, gula dan ayam.  Dah mendidih terus tuang ke dalam beras atau boleh juga lepas masuk rempah goreng sebentar beras baru masukkan air.
Apabila nasi telah kering, gemburkan dan taburkan biji jintan putih yang disangai tadi.
Siap dan boleh dihidangkan.