Monday 25 February 2019

Ikan Cencaru Bakar






Bahan-bahan:-
Ikan cencaru
Sedikit minyak
Garam secukupnya
Jus limau nipis
Sedikit pes cili Thai

Bahan-bahan diblend halus:-
Bawang merah
Serai
Lengkuas
Halia
Sedikit minyak

Caranya:
Perapkan ikan dengan kesemua bahan-bahan kecuali jus limau nipis dan minyak.
Selepas 3 jam bolehlah dipanggang ikan sehingga masak.
Semasa proses memanggang pastikan disapukan dengan rempah dikedua belah bahagian ikan.

Bakul Keladi Sumbat Dengan Fish Filament





Sumber resipi: Meatmen channel via YouTube dengan sedikit gubahan
Ingredients:-
400gm buang kulit dan potong kiub
30gm tepung kanji * kacau sebati dan tutup dengan plastik, rehatkan
30ml stok air rebusan air (panas) *
20g Vegetable shortening
1/2 tsp 5-spices
3/4 tsp garam
1/2 tsp gula
1 tube tofu telur
Minyak menggoreng
Fish Filament

Caranya:-

Sediakan pengukus.
Masukkan tepung kanji ke dalam mangkuk, masukkan air rebusan ayam yang panas, kacau sebati sehingga menjadi pes. Tutup dan rehatkan.
Kukus keladi selama 20 minit.  Toskan air.
Masukkan keladi ke dalam mangkuk besar, masukkan 5-spices, garam dan gula.
Lenyekkan dengan menggunakan garpu.
Masukkan pes tepung kanji, gaul sebati.
Masukkan vegetable shortening, kacau dan pukul sebentar sehingga sebati.
Masukkan tofu telur dan hancurkan sedikit.
Panaskan minyak pada suhu 150C ~ 170C.
Ambil doh lebih kurang dalam 30gm bentukkan bulat, golekkan pada tepung kanji.
Tekan dibahagian tengah, letak fish filament dan tutup kemas bahagian tepi.
Goreng satu persatu sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan minyak.




Sunday 24 February 2019

Wok Fried Prawns & Broccoli In Ginger Sauce






Recipe sourced: adamliaw.com
Ingredients:-
1 head of broccoli, separated into florets
1/4 cup peanut oil
1 shallot, finely minced
12 large prawns, peeled (tail intact) and deveined
1 cup chicken stock
2 tbsp Shaoxing wine
1 tbsp light soy sauce
1/2 tsp sugar
1/2 tsp salt, plus extra for seasoning
2 tbsp grated ginger
1 tsp cornflour mixed to a slurry with 2 tbsp chicken stock

Method:-
Heat about 2 cups of water in your wok and add 1 tbsp of oil.
Bring to a simmer and add the broccoli.
Simmer the broccoli for about 2 minutes until tender, then remove and set aside.
Drain the water and return the wok to the heat.
Add a further 1 tbsp of oil in the wok and add the shallot, frying for a few seconds until fragrant.
Add the prawns, a pinch of salt and stir-fry until prawns are cooked through.
Transfer the broccoli and prawns to a warm serving plate.
Return the wok to the heat and add the stock, Shaoxing wine, soy sauce, sugar and salt and bring to a simmer.
Squeeze the juice of the ginger only into the sauce.
Add the corn flour slurry and stir until the sauce is thickened.
Pour the sauce over the prawns and broccoli and serve.
Extra hints: This dish works great with squid too.  Butterflying the prawns is very important, it helps to create a lovely springy texture.

Ayam Tumis Serai Daun Limau Purut







Sumber: via YouTube ~ tomjoke food tv
Bahan-bahan:
1 keping Ayam dipotong kecil
1 batang Serai dihiris halus
8 helai Daun limau purut disiatkan
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu teh Kicap cair
1/2 sudu teh Sos ikan
1 sudu teh Serbuk lada putih
Air sedikit
Garam jika perlu
Minyak menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
Cili padi merah, dihiris panjang
Bawang putih

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga cili dan bawang masak.
Masukkan ayam dan digaul sehingga rata dan bertukar warna.
Masukkan air sedikit sehingga mendidih dan kacau sebentar.
Masukkan hirisan serai, gaul sebati.
Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram, kacau sebati.
Biarkan sebentar, kemudian dikacau rata.
Masukkan serbuk lada dan masak sehingga kuah sedikit kering.
Masukan daun limau purut dan biarkan seketika.
Angkat dan hidangkan.




Chicken Popcorns Hot & Spicy






Sumber resipi:intai-intaidapurfha.blogspot.com
Bahan-bahan A:
3 ketul Ayam bahagian dada, dipotong pada ketulan kecil, gaulkan sedikit garam dan serbuk lada

Bahan-bahan B:
1/2 cawan tepung beras campuran
1/3 camca kecil serbuk lada hitam
1/3 camca kecil serbuk lada putih
1/2 camca kecil pati ayam
1 camca besar air kapur makan

Bahan-bahan C:
1 cawan tepung beras campuran
1/2 camca kecil serbuk lada hitam
1/2 camca kecil pati ayam
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 camca besar rempah kari daging, boleh digantikan dengan serbuk rempah kurma
sedikit garam halus

Bahan-bahan D:
2 tangkai daun kari
Bawang besar dihiris

Caranya:
Dada ayam dipotong kepada ketulan kecil, dibersihkan dan toskan airnya.
Satukan isi ayam bersama bahan B, saya tambah sedikit garam dan serbuk lada.  Gaul sehingga rata, tak perlu ditambah air.
Perapkan selama 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Tutup bekas untuk mengelakkan ayam menjadi sedikit kering dalam peti sejuk.
Selepas 2 jam atau keesokkan harinya.
Keluarkan isi ayam dari peti sejuk.  Jika didapati ia terlalu kering, boleh ditambah 1 camca besar air dan digaul semula.
Satukan bahan C dalam mangkuk yang lain.
Golek-golekkan ketulan ayam (yang telah diperap sebelum ini) dalam campuran bahan C.
Buat sedikit demi sedikit supaya ia bercampur rata.
Pindahkan ia kedalam bekas yang lain, ulang sehingga habis.
Panaskan minyak dan goreng isi ayam sehingga masak.
*Oleh kerana ia tiada tulang yang keras, jadi proses memasak tak perlu terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi keras.
Sebelum diangkat, masukkan daun kari dan biar seketika.
Angkat dan toskan minyak.
Siap untuk dihidangkan.

Tuesday 19 February 2019

Taugeh cah Tauhu





Bahan-bahan:
Taugeh
Tauhu, dgaul sedikit dengan serbuk kunyit, goreng dan toskan minyak
Sedikit cili merah dicincang
Bawang putih dicincang
Daun kucai
Garam
Serbuk lada sulah
Sedikit air
Minyak menumis


Sunday 17 February 2019

Black Pomfret with Crispy Ginger Turmeric in Black Vinegar Sauce





Sumber resipi: Family Kitchen - Sherson Lian
Bahan-bahan:
Bawal hitam, sapukan sedikit dengan tepung jagung
Halia diparut *digoreng bersama
Kunyit hidup diparut *

Sos:
Kicap cair
Cuka hitam

Caranya:
Bawal hitam digoreng sehingga masak.
Sos ikan:-
Masukkan kicap cair dan cuka hitam bila mendidih sedikit masukkan ikan.
Angkat dan bubuh atas pinggan.
Taburkan halia dan kunyit yang telah digoreng garing.

Bawang Besar Goreng Rangup





Bahan-bahan:-
Bawang besar dihiris halus
Garam
Serbuk kunyit
Cili merah yang sudah dikisar kasar
Tepung jagung
Tepung gandum
Minyak menggoreng

Caranya:-
Masukkan bawang merah kedalam mangkuk besar.
Masukkan garam, serbuk kunyit dan cili kisar, gaulkan sehingga rata dengan perlahan.
Masukkan tepung jagung dan Tepung gandum, gaulkan sebati.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Jika suka boleh dicicah dengan sos cili/tomato.

Ikan Kembung Tumis Sambal Bawang Putih




Bahan-bahan:-
Ikan Kembung, lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
Minyak menggoreng

Serbuk lada sulah
Limau nipis

Bahan-bahan sambal ditumbuk kasar:
2 biji Cili merah
2 biji Cili hijau
4 ulas Bawang putih

Sos ikan
Garam jika perlu

Caranya:
Goreng ikan sehingga masak.
Letak ikan di pinggan sapukan sedikit serbuk lada sulah dan sedikit perahan jus limau nipis sejurus ikan masak.
Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan sambal bawang putih sehingga masak (tiada bau mentah bawang putih).
Masukkan sos ikan dan garam jika perlu, kacau sebati. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. Kacau sebati.
Bubuh atas ikan dan hidangkan dengan nasi putih.

Friday 15 February 2019

Salted Caramel Popiah





Bahan-bahan:
Kulit popiah digulung dan guntingkan
Minyak menggoreng

Bahan-bahan salutan:
Gula Melaka
Gula Pasir
Garam




Crispy Seadweed Cracker














Recipe sourced: Apron via Youtube, for step by step please subscribe, many delicious foods
Ingredients:
20 pcs Spring Roll pastry
5 pcs roasted Seedweeds
1 egg
1/4 salt

Bebola Ayam Dengan Sos Kicap Manis






Bahan-bahan, digaul sebati dan perapkan sebentar, lalu dibentuk bebola:
Isi ayam dicincang
Bawang putih
Sedikit halia
Garam
Sedikit minyak bijan
Sedikit tepung jagung

Bijan disangai
Daun bawang

Sos Bebola, digaul sebati:
Kicap manis
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos cili
Garam jika perlu

Caranya:
Sediakan pengukus.
Susun bebola atas pinggan dan siramkan sos di atas bebola.
Kukus bebola bersama sos sehingga masak.
Sebelum dihidangkan taburkan bijan.

Udang Bebola Ayam Telur Masin




Bahan-bahan:
Udang
Daun kari
Hirisan bawang besar
Mentega
Cili padi dihiris
Kuning telur masin
Garam

Bahan-bahan bebola ayam:
Isi ayam dicincang
Serbuk lada
Serbuk kari
Serbuk cili
Garam

Caranya:
Ambil sedikit isi ayam dan bentukkan bebola, salut pada udang.  Buat hingga habis.
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak, angkat dan toskan.
Sos Telur Masin:-
Panaskan sedikit mentega.
Tumiskan daun kari, cili padi dan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan kuning telur masin dan kacau sebati, jika ingin sedikit berkuah masukkan sedikit air, rasa garam secukupnya dan bolehlah dimasukkan Udang Bebola Ayam digaul rata dan hidangkan.