Sunday 28 September 2014

Cucur Pisang / Cekodok Pisang




Bahan-bahan:
Pisang emas yang masak, dilenyekkan dengan soda bikarbonat. Soda bikarbonat tidak boleh terlalu sikit, terlalu banyak jugak tak boleh akan menjadikan cucur pahit

Tepung gandum  masukkan sedikit jangan dicurah banyak-banyak, sehingga menjadi adunan yang lembut.
Kalau banyak tepung nanti tak rasa pisang dan cucur pisang menjadi padat.

Jika suka boleh masukkan secuit garam
Air tak perlu

Minyak menggoreng secukupnya, pastikan mengguna 2 sudip untuk mendapatkan bentuk bulat.
Goreng sehingga kecoklatan bukan keperangan, kalau digoreng kecoklatan (bukan hangus yea) barulah di dalam cucur akan menjadi seperti kek pisang.  

Kuih yang tak perlu banyak belanja, jikalau ada tetamu tak diundang bolehlah dihidangkan panas-panas.

Ayam Vietnam Dengan Pudina


Resipi: Chef Wan 400 Resipi Terbaik
Bahan-bahan:
600g dada ayam, hiris memanjang
60ml minyak sayur
3 batang serai, dihiris
1 biji jus limau nipis
Segengam daun pudina, cincang
Garam
Gula (tak letak)

Bahan perapan (Dikisar halus):
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan nam pla (sos ikan)
1 sudu teh lada putih atau lada sulah kisar

Bahan Pes (Dikisar Halus)
10 biji cili merah (guna cili kering lebih sedap, tapi tak ada stok guna yang masak)
1 sudu makan belacan
2 batang serai
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih

Caranya: 
Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan simpan dalam peti sejuk.  Perapkan selama 2 jam.
Panaskan minyak dan goreng serai untuk beberapa minit.
Masukkan bahan pes dan terus menggoreng hingga naik bau wangi.
Masukkan ayam yang diperap tadi dan gorengkan hingga ia betul-betul masak.
Perisakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
Taburkan daun pudina sebelum dihidangkan.

(Kim hanya menambahkan cili benggala merah, sayang tak pakai ingat nak buat pizza tak jadi) 



Saturday 27 September 2014

Mee Wantan Kering Berkicap yang Simple


































Bahan-bahan:
Wantan, dicelur dengan air mendidih sebentar, angkat toskan dan curahkan di air sejuk sekejap, angkat semula dan celur di air mendidih lebih kurang 2 saat
Sawi dbersih, potong dan celurkan
Isi ayam atau fish kek, kalau menggunakan isi ayam bolehlah disiatkan ayam yang telah dikukus

Bawang merah dihiris, digoreng
Minyak untuk menggoreng bawang, setelah menggoreng bawang, panaskan semula minyak ini sehingga betul-betul panas dan masukkan sedikit minyak bijan (bukan hangus ya).  Setelah itu curah di sos salutan mee wantan.

Sos salutan mee wantan:
Sos tiram, digaulkan dengan sedikit air kukusan ayam atau air panas
Kicap pekat
Kicap lemak manis

(Mee wantan paling mudah disediakan, jika anda kesuntukkan masa bolehlah mencuba resipi yang mudah ini.  Isi ayam boleh dikukus awal dan simpan di peti sejuk, apabila hendak mengguna bolehlah dipanaskan semula)





Coklat Gugelhupf



















Resipi: 400 Resipi Terbaik Chef Wan
Bahan-bahan:
170g tepung serbaguna (guna tepung kek)
1 sudu teh serbuk penaik
6 biji telur (guna 7 biji gred C)
250g gula kastor (guna 180g)
200g coklat masakan kurang manis, cincang kasar
170g mentega, dicairkan dan sejukkan
180g hazelnut, dikisar (guna hazelnut serbuk)
50g coklat masakan kurang manis, cincang

Caranya:
Ayakkan tepung dengan serbuk penaik.
Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula hingga ringan dan gebu.
Cairkan coklat dalam mangkuk yang tahan panas, letakkannya di atas periuk yang berisi air sedang mendidih.  
Perlahan-lahan kacaukan coklat cair itu ke dalam campuran telur bersama mentega, hazelnut dan bahan yang diayak tadi.
Masukkan coklat cincang.
Tuangkan ke dalam loyang kek yang digriskan.
Bakar pada suhu 175C selama 50 minit.

(Kek yang padat seperti roti tetapi sedang lembut dan tidak berminyak, kaya dengan rasa coklat. Bagi penggemar kek coklat, kek ini tidak mengecewakan.  Saya suka kek seperti ini kerana tidak berminyak dan bila mengunyah tidak rasa seperti "tersangkut di anak tekak")











Sunday 21 September 2014

Chettinad Pepper Chicken





Recipe sourced: akilaskitchen.com, thank you, very yummy..........
Ingredients:
750g Chicken
1 big Onion, chopped finely
1 big Tomato, chopped finely
10 to 12 Curry Leaves
1/4 tsp Cumin seeds
1/4 tsp Fennel seeds
2 nos. Cardamom
5 to 6 nos. Cloves
1 no. Bay leaf, crushed
2 nos. Star Anise
2 nos. Cinnamon sticks, crushed
2 nos. Green Chili, chopped finely
1 tsp Ginger Garlic paste
1 tsp Black Pepper, coarsely grinded
Salt as per taste
2 tsp Oil
1/2 tsp Lemon Juice
Coriander leaves for garnishing

2 nos. Aloo (potatoes) (I added, fried and keep aside)

Ingredients for marinate chicken at least 40 minutes or 1 hour:
1.5 tsp Chili powder
1/4 tsp Turmeric powder
1/4 tsp White Pepper, optional
1/2 tsp Cumin powder
1/2 tsp Coriander power
1/2 tsp Salt
1 tsp Oil

Method:
Wash chicken nicely with salt.
Marinate the chicken with the ingredients for 40 minutes to 1 hour at least.
After marinated proceed with the recipe.
In a kadai or wok, add oil.
When hot, add cumin seeds, fennel seeds, cardamom, cinnamon stick, cloves, star anise and bay leaves and fry for a minute.
Add curry leaves.
Add in onion and salt and fry till onion translucent.
Add ginger garlic paste, stir till the raw smell goes off.
Add in tomato and green chili and cook till it becomes mushy or the oil starts oozes out.
Now add marinated chicken pieces and aloo and close with a lid.
Do not add any water, as the chicken itself leaves enough water to cook and it cooks with all the masala in it.
Keep the flame in low to medium, so as to take care, it is not burnt at the bottom.
When chicken is cooked, add in the crushed black peppercorns and mix well and allow to cook again for 5 minutes.
Add the lemon juice and switch off the flame.
Garnish with coriander leaves and serve hot with any rice or roti.








Saturday 20 September 2014

Sayuran Sihat dan Sedap


Kaedah: Di celur dan tumis dengan sedikit minyak.

Pastikan semasa mencelur sayur dimasukkan sedikit garam dalam air rebusan.  Celurkan brokoli sekejap saja jangan terlalu lama.
Kemudian celurkan lobak merah, kacang peas dan cili capsicum, juga jangan terlalu lama.  Senangkan.........semudah A B C D.....

Kacang Kuda Berempah



Bahan-bahan:
Kacang kuda, dibersih, rendam semalaman, rebus hingga empuk dan toskan air (semasa proses separuh masa direbus masukkan garam dan gula)

Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit santan pekat/air

Bahan-bahan rempah:
Biji sawi
Jintan hitam
Bawang merah, dimayang
Bawang putih, dimayang
Halia, dimayang
Daun pandan, disiat
Daun kari
Cili kering dipotong dan buang biji
Rempah kari ayam, dibancuh dengan sedikit air

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumis bahan-bahan rempah biji sawi, jintan hitam dan cili kering.
Masukkan daun pandan, daun kari, halia dan kacau lagi, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.  Setelah harum masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.
Masukkan garam dan gula secukupnya, dikacau rata.  Dimasukkan sedikit santan pekat.
Akhir sekali masukkan kacang kuda dan dibalik-balikkan sehingga rata.  Angkat dan hidang.



Kue Teow Goreng Tom Yam




Bahan-bahan:
Kue Teow, dicelur sebentar dengan air panas, toskan
Sedikit minyak untuk menumis
Fish kek, dihiris *boleh dimasukkan udang, sotong, udang kering, jika suka*
Sawi, dipotong kecil
Tomato, dipotong memanjang
Cili merah, dibuang biji dan hiriskan
Cili api, dibuang biji dan hiriskan
1/2 kiub pati tom yam
1 sudu makan pes tom yam
1 sudu makan sos ikan
1/2 biji limau nipis, perahkan jusnya
Garam, jika perlu

Bahan-bahan rempah diblend halus dengan sedikit air:
3 biji Cili merah masak
Cili api ikut kepedasan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2" halia
1/2" lengkuas

Caranya:
Bahan-bahan yang diblend bersama air yang digunakan untuk blend rempah tadi dimasukkan di dalam kuali, kacau sentiasa, setelah hampir kering, masukkan pes tom yam,  masukkan fish cake, kacau lagi sehingga air kering.
Masukkan sedikit minyak dan tumis dengan api kecil sehingga rempah menjadi harum dan sebati.
Masukkan tomato, cili merah dan cili api hiris, kacau sehingga tomato layu.
Masukkan sawi dan kacau lagi, masukkan kiub tom yam dan sos ikan, dikacau rata.
Masukkan kue teow dan dibalik-balikkan.  Rasa jika perlu bolehlah di bubuh sedikit garam.
Sebelum diangkat masukkan jus limau nipis.
Hidang panas-panas.






Tuesday 16 September 2014

Sambal Sotong Kembang Kurang Minyak



Bahan-bahan:
Sotong kembang, dibersihkan, dipotong ikut suka, masukkan di kuali tanpa air di kacau selama lebih kurang 8 minit, angkat dan ketepikan, jangan terlalu lama nanti liat
Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup
Gula secukup

Bahan-bahan dikisar halus (bubuh sedikit air):
Cili kering
Cili merah masak
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras
(Jika suka boleh bubuh belacan, saya tak bubuh sebab hidung ni sikit sensitif)

Caranya:
Bahan-bahan yang telah dikisar halus dimasukkan di kuali tanpa minyak dan air.
Kacau sehingga air menjadi kering.
Setelah kering, masukkan sedikit minyak dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sotong dikacau sehingga rata dan angkat.

Monday 15 September 2014

Terung Kicap Berempah Kari

















Bahan-bahan:
4 biji terung yang bersaiz kecil, dibelah dua dan digoreng hingga masak, ketepikan
Minyak untuk menumis dan menggoreng terung
Gula perang sedikit
1/2 biji limau nipis

Bahan-bahan tumisan, dicincang:
1 biji cili hijau
8 - 10 biji cili api merah (ikut kepedasan)
3 ulas bawang putih

Daun kari

Bahan-bahan sos:
1 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar Kicap manis
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Rempah kari daging

Sedikit air

Caranya:
Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan cincang dan daun kari, tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos dikacau sebentar dan masukkan sedikit air.
Akhir sekali, masukkan sedikit gula perang dan masukkan terung dibalik-balikkan sekejap saja, jangan terlalu lama nanti hancur terung, hanya untuk sebatikan dengan sos saja.
Sebelum diangkat, perahkan sedikit air limau nipis.


Crunchy M&M Cookies



Recipe: Kadek Kristi Hellen

Ingredients:
200g Low Protein Flour (I used Cake Flour)
130g Salted Butter
50g Vegetable Oil
100g Icing Sugar (I used 80g)
50g Brown Sugar (I used Soft Brown Sugar)
1 tsp Fresh Milk
1 tsp Baking Soda
200g Almond Nibs (Roasted) (I used roasted almond nibs and groundnuts) 
1 tsp Vanilla Essence
2 Egg Yolks and 1 Egg White (I used C grade)
75g M&M Chocolate
35g Chocolate Chip

Method:
Preheat oven to 140C and line the cookie sheets with parchment paper.
Prepare dry ingredients: Sift flour and baking soda.  Keep aside.
Beat butter, vegetable oil, icing sugar and brown sugar until light and fluffy.
Add in egg one at a time mix well.  Add in flour mixture, fresh milk and vanilla and beat until incorporated.
Add in almond nibs, chocolate chip and chocolate M&M, stir it.
Use a tablespoon to scoop the dough then drop it onto the prepared baking sheets.
Bake for around 20 minutes or until golden brown around the edges.
Transfer to a cooling rack for proper cooling.
To store, keep in an airtight container.

(Kim's notes: you may add about 1 tablespoon of chocolate paste or removed 10g from 200g flour and substitute with cocoa powder to get more darker colour/chocolatey.  Taste wise is good for those who preferred a crunchy cookies.) 


Biskut Nestum Coklat Cip

 

Resipi: Chef Fazalina

Bahan-bahan:
1 cawan mentega (Kim guna buttercup) 
1/2 cawan gula kastor (Kim kurangkan, tak penuh sampai 1/2 cawan)
1 biji telur (Kim guna C gred)
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum
1/3 cawan coklat cip (Kim guna butterscotch cip)

Caranya:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan griskan loyang pembakar.
Putar mentega dengan gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila.  Kacau lagi.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, nestum dan coklat chip.
Gaul dengan tangan dan adun menjadi doh.
Ambil sedikit daripada adunan doh dan gentel.
Bentukkan sebesar guli dan tekan dengan garfu.
Buat sehingga habis dan bakar hingga masak selama 20 minit.  

(Nota Kim: Biskut yang harum semerbak di dapur dan rangup.  Lain kali Kim nak kurangkan suhu pada 170C - 160C dan waktu memasak mungkin dalam 25-20 minit, bagi mendapatkan rupa yang putih sedikit kekuningan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas di dapur cuma menambahkan nestum dan coklat cip sudah menjadikan biskut ini sedap......cubalah....dijamin sedap dan harum dengan bauan mentega) 

Wednesday 3 September 2014

Nasi Daun Limau Purut

















Bahan-bahan:
Beras Ponni direndam dalam 30 minit bersama air daun limau purut/daun pandan, toskan
Bawang besar dimayang
Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
Halia dihiris panjang
Daun pudina sedikit, untuk menumis
Daun limau purut sedikit, untuk menumis
Minyak sapi untuk menumis
Garam secukupnya / kiub ayam jika suka

Bahan-bahan air untuk memasak dan merendam beras (diblend dengan air dan tapiskan):
Daun pandan sedikit
Daun pudina sedikit
Daun limau purut lebih

Caranya:
Masukkan minyak sapi sedikit di dalam kuali.
Tumiskan kesemua bawang sehingga harum dan garing, masukkan halia dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan daun pudina, daun limau purut dan garam, kacau rata.
Masukkan beras yang telah ditoskan tadi, kacau rata sehingga kering sedikit jangan terlalu lama dikacau beras nanti akan pecah beras.
Masukkan air perahan tadi secukupnya dan ditanak sehingga masak.

Bawal Kecil Goreng Bercili
Bawal kecil dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing.

Bahan-bahan cili ditumbuk kasar - ditumis sehingga masak dan masukkan garam secukupnya:
Cili merah masak
1 biji bawang merah besar