Wednesday, 3 September 2014
Nasi Daun Limau Purut
Bahan-bahan:
Beras Ponni direndam dalam 30 minit bersama air daun limau purut/daun pandan, toskan
Bawang besar dimayang
Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
Halia dihiris panjang
Daun pudina sedikit, untuk menumis
Daun limau purut sedikit, untuk menumis
Minyak sapi untuk menumis
Garam secukupnya / kiub ayam jika suka
Bahan-bahan air untuk memasak dan merendam beras (diblend dengan air dan tapiskan):
Daun pandan sedikit
Daun pudina sedikit
Daun limau purut lebih
Caranya:
Masukkan minyak sapi sedikit di dalam kuali.
Tumiskan kesemua bawang sehingga harum dan garing, masukkan halia dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan daun pudina, daun limau purut dan garam, kacau rata.
Masukkan beras yang telah ditoskan tadi, kacau rata sehingga kering sedikit jangan terlalu lama dikacau beras nanti akan pecah beras.
Masukkan air perahan tadi secukupnya dan ditanak sehingga masak.
Bawal Kecil Goreng Bercili
Bawal kecil dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing.
Bahan-bahan cili ditumbuk kasar - ditumis sehingga masak dan masukkan garam secukupnya:
Cili merah masak
1 biji bawang merah besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment