Showing posts with label Eggs. Show all posts
Showing posts with label Eggs. Show all posts

Sunday, 18 September 2022

Telur dan Ayam Dadar






Resepi by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
1/2 keping isi ayam cincang halus
1 biji telur dipukul kembang
1 biji bawang besar size kecil dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dihiris, asing kan bahagian putih dan hijau
1 sdt cili boh, ikut suka kepedasan nak lebih pedas bubuh lebih
2 sdb minyak
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan hirisan daun bawang bahagian putih, bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga layu. 
Masukkan cili boh, tumis lagi hingga cili masak dan bau cili mentah hilang. 
Masukkan isi ayam, tumis sehingga ayam masak tetapi masih lembab (jangan kering). 
Perisakan dengan garam dan perasa secukupnya. 
Masukkan daun bawang bahagian hijau, kacau rata. 
Masukkan telur yang sudah dipukul sehingga kembang. 
Dadarkan telur sehingga masak. 
Angkat dan hidangkan. 



Monday, 15 November 2021

Spicy Omettle Salad






Resepi by:@kinkaokan, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 biji telur dikocok
2 sudu besar sos ikan, guna 11/2 sudu besar
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar beras pulut sangai dan kisar halus, guna kacang tanah sangai dan dikisar halus
3 sudu besar cili flakes, guna 1 sudu teh
20gm bawang merah dihiris
10gm daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji cili merah dihiris

Caranya:
Panaskan minyak dikuali. 
Tuangkan telur yang sudah dikocok sedikit demi sedikit. Jangan dituang kesemua sekali. 
Dadarkan telur sehingga kekuningan dan garing. 
Angkat dan toskan minyak. 
Cara menyediakan sos:
Masukkan sos ikan dan jus limau kedalam mangkuk besar, kacau rata. 
Masukkan telur dadar yang dipotong kasar, bawang merah, cili flakes, beras kisar dan daun ketumbar. 
Gaul sehingga sebati. 
Taburkan hirisan cili padi dan daun pudina. 
Sedia di hidangkan. 


Sunday, 10 October 2021

Kari Telur





Recipe by:Doli Sarkar via TNT 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 biji telur direbus sehingga matang, kupas kulit
1 biji ubi kentang potong dadu
1/4 cawan tomato dicincang
1/4 cawan bawang besar dicincang
1/2 sudu teh pes bawang putih
1 biji cili hijau hiris serong
1 cawan minyak
1 helai daun bay
1/4 sudu teh biji jintan putih (halus) 
1/4 sudu teh serbuk jintan putih
1/4 sudu teh serbuk 
ketumbar
1/4 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk garam masala
1 1/2 cawan air
1/2 biji cili kering

Bahan perap:
1/4 sudu teh serbuk kunyit
3/4 sudu teh garam 

Bahan taburan:  hirisan daun ketumbar

Caranya:
Perapkan telur rebus bersama ubi kentang dengan serbuk kunyit dan garam, gaul rata dan ketepikan. 
Panaskan 1 cawan minyak dengan mengguna api besar.
Masukkan telur dan ubi kentang, goreng sehingga ubi kentang masak. 
Keluarkan minyak goreng dan tinggal kan dalam 2 sudu besar minyak. 
Masukkan daun bay, cili hijau, cili kering dan biji jintan putih, tumiskan sebentar. 
Masukkan bawang besar dan pes bawang putih, tumis sehingga layu dan berwarna coklat. 
Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam. 
Masukkan tomato, kacau sehingga tomato lembut. 
Tambahkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili, kacau sehingga pecah minyak. 
Tambahkan air dan tutup dengan penutup dengan menggunakan api yang besar. 
Selepas seketika, masukkan telur dan ubi kentang, tutup semula. 
Apabila air dan menyusut dalam 1/2, masukkan garam masala dan masak seketika. 
Kari telur dah masak bolehlah ditabur hirisan daun ketumbar. 
Hidangkan bersama nasi putih. 


Tuesday, 16 March 2021

Spicy Saba Quiche






Resepi by:@ayambrandmy 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 buku roti wholemeal, potong tepi kulit
1 tin Ayam Brand Saba Cili
1/2 sdk serbuk kunyit
2 bawang kecil dicincang, guna 2 ulas bawang merah kecil
200ml santan pekat Ayam brand
2 biji telur dipukul, saya guna whisk
120g keju cheddar diparut, 
saya guna 1 1/4 cawan cheese cheddar yang sudah diparut

Caranya:
Sapukan minyak pada loyang atau acuan cupcake/muffin. 
Susun 1 keping roti pada stiap acuan cupcake/muffin atau susun hingga penuh pada loyang. 
Tekan roti pada bentuk acuan, buang lebihan ditepi. 
Panaskan oven pada suhu 180°C.
Campurkan tuna dengan bersama kesemua bahan diatas, dan penuhkan setiap acuan. 
Bakar selama 10 ~ 12 minit atau sehingga inti mengeras dan sedikit garing. 
Saya bakar garing dan aroma ya semerbak bau dirumah. 
Tip saya: boleh tambah lebih cheese jika suka, ditabur pada bahagian atas bila inti sudah mula mengeras.  Atau dimasukkan kedalam inti. 


Friday, 12 June 2020

Kerabu Telur Goreng (Spicy Star Eggs Salad)






















Resepi by:@kinkaokan
Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
3 biji tomato saiz kecil buang bahagian tengah dan potong panjang
1/2 biji bawang holland potong panjang
Daun saderi ambil daun saja
2 biji telur digoreng mata dan potong panjang

Bahan sos, kacau sebati:
2 sdb sos ikan
2 sdt gula perang/putih
4 biji limau nipis / limau kasturi
Cili padi merah dihiris kepedasan ikut suka

Caranya:
Masukkan telur mata yang sudah digoreng dan hiris kedalam mangkuk besar.
Masukkan tomato, bawang holland dan daun saderi.
Gaulkan perlahan.
Tuangkan sos dan gaul sayuran sehingga sos meresap dan sebati.
Hidangkan sejuk.