Showing posts with label Dim Sum. Show all posts
Showing posts with label Dim Sum. Show all posts

Sunday, 2 May 2021

Figo Plain Mantou & Jejari Ketam Bercili





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan Mantou:
1 bungkus Figo Plain Mantou
1/2 ~ 1 cawan margerine
1/4 cawan minyak sayur

Cara menggoreng Mantou:
Cairkan margerine dan minyak sayur. 
Kemudian Panaskan minyak. 
Masukkan Mantou dan goreng sehingga kecoklatan. 
Jika suka boleh diglis dengan margerine cair selepas diangkat.

Bahan-bahan Cicah Mantou:
5 batang Jejari Ketam hiris
1 biji telur dikocok
Daun bawang hiris halus
2 sdb sos cili
1 sdb ketchup 
Sedikit perisa, garam tak perlu

Bahan-bahan kisar/tumbuk halus:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sdb cili boh, ikut suka

Cara memasak Jejari Ketam Bercili:
Panaskan minyak. 
Tumiskan Bahan kisar sehingga layu. 
Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak. 
Masukkan jejari ketam, kacau. 
Masukkan sedikit air dan kacau sehingga jejari ketam terurai. 
Masukkan perisa, tambah air sedikit jika kurang. 
Masukkan sos cili, ketchup, kacau sebati. 
Masukkan telur dan kacau dengan cepat sehingga telur masak. 
Kepekatan ikut selera, nak cair Tambahkan sedikit air, jangan masuk banyak air. 
Cicah dengan Mantou semasa masih panas. 




Tuesday, 2 March 2021

Adik's Uncang Emas Pertama







Resepi by:@adikfoods 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 paket kulit popia Premero saiz 5", guna kulit popia Pertama
Sedikit daun kuchai celur sebagai tali, saya skip

Bahan-bahan inti:
1 cawan isi udang/ayam/daging
1 cawan isi ketam, guna crabsticks
5 ulas bawang putih, cincang
1 cawan lobak merah potong dadu kecil
1 cawan sengkuang potong dadu kecil
1 sdk serbuk lada putih
1/2 sdk serbuk lada hitam
1 sdk serbuk pati ikan bilis
1 sdk brown sugar
Garam jika perlu 
1 sdk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Daun bawang hiris
1 sdk minyak bijan optional
1 sdb minyak menumis

Caranya:
Panaskan minyak. 
Tumiskan bawang putih sebentar, masukkan lobak merah, isi ayam, ketam dan sengkuang, kacau. 
Masukkan minyak bijan, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan serbuk pati ikan bilis, kacau sentiasa. 
Masak sehingga daging empuk
Masukkan daun bawang, kacau sebati. 
Rasa jika perlu tambahkan garam. 
Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung. 
Balik-balikkan sentiasa sehingga kering, padamkan air dan sejukkan. 

Nota:serbuk pati ikan bilis saya gantikan dengan sos tiram dan mushrooms seasonings, jangan ditambah garam nanti masin

Bila inti dah sejuk bolehlah dibungkus dengan kulit popia dan diikat dengan daun kuchai. 
Goreng sehingga keemasan dan toskan minyak. 
Boleh dicicah dengan sos cili atau dimakan begitu saja. 


Monday, 4 January 2021

Crab Rangoon





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Kulit wanton
Air untuk sapuan
Minyak menggoreng

Bahan-bahan inti, gaul sebati:
Cream cheese suhu bilik
Setengak paket crab sticks dipotong kecil
Sedikit daun kuchai/daun chai dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
Mushrooms seasonings 
Garam jika perlu, saya tak letak sebab dah cukup rasa

Caranya:
Ambil sekeping kulit wantan, letak 1 sdb inti ditengah kulit wantan. 
Tutup dengan kemas dengan sapukan sedikit air disekeliling, pastikan tidak berlubang.
Kalau berlubang inti akan terkeluar bila menggoreng. 
Panaskan minyak. 
Masukkan crab Rangoon dan goreng sehingga kekuningan dengan api sederhana. 
Angkat dan toskan minyak. 
Hidang semasa masih panas dengan sos cili. 







Sunday, 3 January 2021

Dumpling Ros







Selamat Menyambut Tahun Baru 2021, semoga dunia tiada pandemik covid 19, aman dan makmur. 

Sumber membentuk dumpling ros by:@saomeaklong 
Remade by:@kim_kimberly1509 

Kulit wantan

Bahan-bahan inti (A):
Isi ayam dicincang
Sedikit daun bawang bahagian putih, cincang
1/2 lobak merah potong kecil
2 cendawan kering, rendam hingga lembut, potong kecil
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2" halia, cincang
Sedikit bawang merah goreng jika suka

Bahan-bahan inti (B):
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Perisa
Gula
Garam jika perlu
1 sdt tepung jagung 

Caranya:
Cincang isi ayam sehingga halus. 
Kalau tak nak potong potong lobak dan cendawan boleh juga dicincang sedikit kasar. 
Masukkan kesemua bahan A didalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B, kacau sehingga sebati. 
Lemparkan ditepi mangkuk beberapa kali.
Rehatkan sebentar selama 30 minit dipeti sejuk. 
Sediakan pengukus. 
Ambil sekeping kulit wantan, sapukan sedikit air dibahagian tepi kulit, ambil sekeping kulit wantan dan tindihkan. Tindihkan dalam 3 keping atau 4 keping kulit wantan. 
Letakkan isi ayam di setiap bahagian kulit wantan. 
Sapu sedikit air di bahagian atas kulit. Cantumkan bahagian bawah kulit hingga ke bahagian atas, lekatkan dengan kemas. 
Kemudian gulung sehingga kebahagian hujung, 
Sapukan sedikit air dibahagian hujung. 
Letak dipinggan yang telah disapu sedikit minyak. 
Buat sehingga habis. 
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. 
Hidangkan panas bersama sos cili atau kicap.