Showing posts with label Nyonya Foods. Show all posts
Showing posts with label Nyonya Foods. Show all posts

Sunday, 29 April 2018

Sambal Tauhu Mentega Kacang






Bahan-bahan:
Tauhu dipotong dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, digoreng
Garam secukup
Minyak menggoreng
Daun kari digoreng
Air sedikit
1 sudu teh Peanut butter
Hirisan bawang besar jika suka

Bahan-bahan sambal, diblend:
Cili merah masak
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan sambal sehingga wangi dan garing.
Masukkan sedikit air, kacau sebati.
Masukkan peanut butter, kacau sebati.
Masukkan tauhu dan daun kari, kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan kepekatan yang diingini, jika suka sedikit berkuah bolehlah tambah air.
Setelah bahan-bahan sebati, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Monday, 8 January 2018

Ikan Kurau Halia Nyonya Style



























Bahan-bahan:
2 keping ikan kurau digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hinnga masak, angkat dan taburkan sedikit serbuk lada putih semasa masih panas dan ketepikan

Sedikit air
Minyak
Garam secukupnya

Bahan-bahan tumis:
1 batang serai diketuk
1 helai daun limau purut dicarik
3 ulas bawang putih di cincang
1" halia dicincang
1 bawang besar holland dibelah 4
1 tomato dibelah 4
Cili padi merah dan hijau ikut suka diketuk

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan serai dan daun limau purut sehinnga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia, kacau sebati dan layu.
Masukkan cili padi. Bawang besar holland dan tomato.
Kacau sebati sehingga layu.
Perasakan dengan garam dan sedikit air dimasukkan.
Biarkan sebentar, rasa dulu sebelum di tuangkan atas ikan.
Sedap dimakan masih panas bersama nasi putih.

Sunday, 10 September 2017

Kulit Pie Tee






















Sumber resipi: Mat Gebu
Bahan-bahan untuk kulit Pie Tee
180gm tepung beras (guna cap teratai)
50g tepung gandum
50g tepung jagung
350ml air
1 biji telur gred A
secubit garam

Caranya (Untuk Kulit):
Satukan tepung beras, tepung gandum dan jagung, gaul rata dan ayak.
Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dengan menggunakan whisk dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati.
Tapis dan ketepikan sebentar.
Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat.
Angkat acuan tadi dan celup dalam bancuhan tepung, tapi jangan sampai atas acuan.
Kemudian masukkan ke dalam minyak panas dan biar hingga kulit pie tee mengeras.
Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan lidi sate.
Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen towel.
Buat hingga habis dan bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Bahan-bahan inti:
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
Garam
Gula 

Untuk inti:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum.
Masukkan isi udang yang dicincang tadi, kacau rata.
Masukkan sengkuang dan lobak merah, kacau hingga rata.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga layu dan sedikit kering.
Angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan hiasan:
Sos cili
Hirisan daun sup 
Bawang goreng

Untuk menghidang dan cara memasukkan inti kedalam pie tee:
Bila nak makan, ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh.
Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng.
Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan.
Hidangkan segera.

Tuesday, 5 September 2017

Acar Cili Sumbat & Mentimun





Bahan-bahan:
Betik muda disagat halus
Lobak merah disagat halus
Kunyit hidup disagat halus
Halia muda disagat halus
Timun buang bahagian empulur dipotong panjang
Cili hijau dibuang biji dan belah jangan putus
Bawang putih dihiris halus

Bahan-bahan tumisan:
Kunyit hidup bertanda*ditumbuk kasar
Bawang putih *
Bawang merah *

Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Cuka
Air secukupnya

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali tumiskan bahan-bahan tumisan, setelah harum, masukkan betik, lobk, kunyit, halia dan tumis sehingga layu.
Angkat dan sejukkan sebelum disumbat dalam cili.
Setelah sejuk sumbatkan bahan-bahan inti ke dalam cili. 
Masukkan cili sumbat ke dalam botol dan juga timun.
Dengan kuali tadi masukkan air, garam, dan gula secukupnya.
Kacau sehingga mendidih, matikan api dan sejukkan.
Setelah sejuk tuangkan kedalam cili sumbat tadi.
Simpan dalam botol dan biarkan lebih kurang 2 hari barulah boleh dimakan.
















Monday, 4 September 2017

Pie Tee























Sumber resipi: ruzitakitchen.blogspot.com
Bahan-bahan untuk kulit:
180gm tepung beras
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh air kapur
1 sudu teh garam
350ml air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan, kacau guna whisk supaya ia tidak berketul-ketul.
Setelah itu panaskan minyak.
Rendam acuan dalam minyak panas sekejap.
Kemudian celupkan acuan pai tee ke dalam adunan.
Goreng pie tee sehingga warnanya keemasan.
Angat dan buat sehingga habis.
Semasa nak makan barulah dibubuh intinya supaya masih terasa kerangupan.

Inti cara Kim:
Sengkuang * disagat
Lobak merah *
Timum *
Sedikit isi ayam / udang dicincang
Bawang besar didadu
Sedikit minyak menumis
Garam
Gula jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan sayuran goreng sehingga sebati, masukkan garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan sejukkan, jangan masak terlalu lama.

Hiasan:
Bijan sangai
Cili merah dipotong halus
Hirisan daun ketumbar

Sos cili:
1 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar pes cili merah (cili masak yang diblend)
Gula 
Garam
Cuka
Sedikit air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos dikuali, didihkan.
Rasa dulu sebelum dimatikan api dan sejukkan sebelum diguna.

Tuesday, 27 June 2017

Bebola Nasi Ayam Dan Ayam Pehsak




Rojak Melaka



























Recipe sourced: Chef Ricky
Ingredients A:
1 cup water
250g gula Melaka (palm sugar, chopped)
200g sugar
1 cup fried Plain Flour

Ingredients B:
2 tbsp tamarind paste
2 tbsp lime juice
1 tbsp ground toasted shrimp paste
3 red chilies (blended)
2 tbsp thick soy sauce

Ingredients C (Condiments):
Jicama (Sengkuang/Bangkuang) * *sliced
Cucumber *
Pineapple *
Green Mango *
Blanced Kangkung ~ i omitted
Blanched Bean sprouts ~ i omitted

Topping:
Some Groundnuts toasted
Some Sesame seeds toasted ~ i added

Method:
Rojak sauce:
Combine ingredients A (accept fried plain flour) in a saucepan and simmer over low heat till the sugar is completely dissolved and thickens slightly. Turn off the heat.
Stir in fried flour and stir quickly till the syrup is well combined, Strain.
Add ingredients B and mix well.
To serve: combine condiments and some Rojak Sauce in a mixing bowl and toss well.
Sprinkle ground toasted peanut on top.



Satay Celup


























Recipe Sourced: Chef Ricky
Ingredients A (Condiments):
Kangkong (Water Spinach, knotted)
Fish Balls
Prawns
Bean curds
Meat Balls
Sliced Sotong Kembang (pre soaked squids)
Small Cuttlefish
Seafood Beancurds

Ingredients B:
3 stalks lemongrass
100g shallots
100g galangal
20 candlenuts
20 dried chilies, soaked till softened
12 pips garlic
1" turmeric ~ i added

Ingredients C:
1 tbsp coriander powder
1/2 tbsp fennel powder
1/4 tsp cumin ~ i added
60g Gula Melaka (palm sugar), coarsely chopped
250g Groundnuts, toasted and finely ground
100g Sesame seeds, toasted ~ i added
1/2 tbsp salt

Method:
Rinse ingredients A, drain well and thread on bamboo skewers, set aside.
For Satay Gravy:
Fill a stock pot with 3 litres of water and bring to a boil.
Combine ingredients B in a blender and blend till fine.
Heat 8 tbsps of oil in a wok, stir-fry ingredients B mixture, coriander power, fennel and cumin powders till fragrant.
Pour in boiling water, stir well and cook over low heat for 10 minutes.
Add the rest of the Ingredients C and bring to a boil again.
Transfer Satay Gravy to a deep stock pot and bring to a boil on a portable gas stove.
Dip Ingredients A (or any other condiments of your choice) into the Satay Gravy and cook till done.

Monday, 3 October 2016

Kambing Kicap Pedas Nyonya
















Bahan-bahan A:
Daging kambing, cuci bersih, potong kecil *, bahan bertanda * direbus bersama hingga daging empuk
Air secukupnya *
Serbuk Ketumbar *
Serbuk jintan halus *
Serbuk kunyit *

Bahan-bahan B, diblend halus:
Cili hijau sedikit
Cili api ikut kepedasan
Halia
Bawang putih ~ halia dan bawang putih jumlah mesti sama

Minyak sedikit
1 labu bawang besar dimayang
Kicap cair secukupnya
Kicap pekat manis secukupnya
Serbuk rempah masala
Sedikit serbuk cili
Air perahan lemon secukupnya ~ mesti bubuh

Caranya:
Bahan-bahan A yang telah direbus empuk, toskan dan kemudian digaul bersama bahan yang telah diblend halus tadi, perapkan lebih kurang 1/2 jam. Ketepikan
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan serbuk rempah masala dan serbuk cili, kacau sebati seketika.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat secukupnya dan kacau rata.
Masukkan daging yang diperap tadi, kacau sehingga sebati.  Tutup dan masak dengan api perlahan.
Kacau sekali sekala sehingga pekat. Sebelum dipadamkan api, masukkan air perahan lemon.
Setelah di kacau sebati dan rasa pun ok bolehlah diangkat.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi yang berperisa.




Sunday, 25 October 2015

Ayam Chak Bek

 
Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
2 keping Ayam dicuci bersih dan toskan
Halia dihiris halus
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
Garam jika perlu
Air secukupnya

Bahan- bahan ditumbuk halus berasingan:
2 1/2 sudu besar Tauchu

5 ulas Bawang putih

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan halia dan tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan tauchu tumis sehingga tauchu wangi dan masukkan bawang putih dikacau rata dan tumiskan sehingga wangi.
Masukkan air sedikit dan renihkan sebentar, masukkan ayam.
Tambahkan air lagi dan masak sehingga ayam masak lebih kurang 3/4.
Masukkan serbuk ketumbar dan garam jika perlu dan masak sehingga ayam menjadi kering.
Angkat dan dihidang bersama nasi putih.