Showing posts with label Bolu/Apam. Show all posts
Showing posts with label Bolu/Apam. Show all posts

Monday, 26 February 2018

Apam Jagung






















Sumber resipi: via resepicitarasawan, credit : Norehan Ajit (MAHN)
Bahan-bahan:
2 cawan isi jagung segar
2 cawan santan (1 cawan santan kotak dan 1 cawan air)
1 cawan gula (saya kurangkan sedikit)
2 cawan tepung beras
1 sudu besar yis segera (Lain kali nak guna 1 sudu teh)

Kelapa parut dikukus dan dicampur sedikit garam

Caranya:
Kisar isi jagung bersama santan dan gula hingga halus.
Tuang ke dalam bekas, masukkan tepung beras dan yis.
Kacau sebati, tutup bekas dan rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang.
Tuang ke dalam acuan yang di oles sedikit minyak hingga penuh.
Kukus selama 8 - 10 minit hingga masak.
Hidang bersama kelapa parut.

Saturday, 6 April 2013

Bolu Kukus Rainbow




Masih menggunakan resep yang sama tapi diwarnakan dengan warna kesukaan masing-masing.
Pastikan menggunakan api yang kuat dan perahkan adunan selama 1/2 jam.




Apam Mentega









































Source: YatieBahan-bahan: (+- 50 biji)
Bahan (A) Bahan-bahan untuk gula hangus:-
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit-sikit, Kim jugak)
250g mentega


Bahan (B):-
    3/4 cawan gula castor
    4 biji telur (Kim guna C gred)
    3 cawan tepung gandum ayak bersama *
    2 sudu teh soda bikarbonate *
    1 tin susu cair (400g)
    1 sudu teh esen vanila

Cara membuat gula hangus:-
Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
Padamkan api (untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air.
Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
   
Cara menyediakan adunan apam mentega:
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung gaul semua hingga sebati.
Perap selama 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan acuan lompang.  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.
Adunan ini jika dituang penuh ke dalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan      melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 minit - 20 minit.  Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  



Friday, 15 March 2013

Bolu Kukus Coklat Rice



Resipi: ncc dialihkan bahasa malaysia
Bahan-bahan:
2 biji telur ( boleh guna gred C )
200g gula pasir ( Jangan dikurangkan )
1 sudu teh cake emulsifier / ovalette
1/2 sudu teh vanila cair
150ml air minuman soda manis ( boleh guna Sprite / F&N )
250g tepung gandum
1 sudu makan serbuk susu
Coklat pes secukupnya
2 titis pewarna kuning ( boleh jugak dibiarkan kosong tanpa pewarna )
Coklat Rice secukupnya

Caranya:
Pukul telur, gula dan cake emulsifier hingga mengembang dan mengental selama 10 minit dengan kelajuan tinggi.
Tuangkan vanila cair, air minuman soda manis.  Kacau rata (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Masukkan tepung gandum dan serbuk susu sambil diayak.  Kacau rata (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Campurkan coklat rice ke dalam adunan kuning, kacau rata (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Berikan warna coklat pes pada satu bahagian dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning, masukkan coklat rice pada bahagian kuning, kacau rata. (JANGAN DIKACAU TERLALU LAMA).
Tuangkan adunan ke cetakan yang telah dimasukkan paper cup berukuran kecil. 
Isi sehingga penuh dan taburkan coklat rice diatasnya.
Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan dengan api yang besar.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak dan merekah.
Angkat dan dinginkan.

Bolu ini adalah kali yang ke 3 Kim buat, barulah mekar. 
Tip untuk mendapatkan bolu mekar, ikutilah tip dari Kim, pengalaman setelah 3 kali membuat bolu kukus mekar, tak seret untuk mencuba dan mencuba hingga tersenyum mekar......:
1) Air kukusan mestilah betul2 panas berwap.
2) Isikan adunan sehingga penuh.
3) Jangan dikacau terlalu lama nanti bolu menjadi liat sedikit.
4) Pastikan menggunakan cawan bolu yang berlubang kemudian dimasukkan paper cup.
5) Jangan menggunakan acuan silicone nanti bolu tidak akan mekar.
6) Pastikan memukul adunan sehingga kembang dan kental.
7) Jangan mengurangi berat gula pasir.

Tanpa santan pun sedap jugak, lain kali Kim nak cuba yang hanya menggunakan susu cair saja.