Showing posts with label Unbaked Cake. Show all posts
Showing posts with label Unbaked Cake. Show all posts

Sunday, 25 April 2021

Kek Batik Coklat Cadbury
























Resepi by: @cadbury_my via shiqin.hotfm.com.my / ohbulan.com
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan A, Kek:
400gm biskut McVitie's Digestive, patah-patahkan
250gm biskut Oreo Cookies Original, buang krim dan patah-patahkan
200gm mentega
1 1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis ~guna 1/3 cawan
1/2 cawan air panas
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B, Ganache:
200gm krim putar
320gm (2 bar) Cadbury Diary Milk Chocolate (plain) 
1 sudu makan mentega
1 sudu teh esen vanila

Bahan C, hiasan/topping:
160gm (1 bar) Cadbury Diary Milk Fruits & Nuts

Cara membuat kek:
Di dalam kuali, satukan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega. 
Cairkan hingga semua bahan sebati. 
Masukkan air panas, telur dan esen vanila. 
Kacau sehingga bancuhan berkilat. 
Masukkan biskut McVitie's Digestives dan Oreo sedikit demi sedikit. 
Tuang adunan kedalam loyang yang telah dialas dengan parchment paper lalu mampatkan. 
Boleh juga disusun adunan biskut selapis dan mampatkan. Lapisan lagi adunan biskut dan mampatkan semula, buat sehingga habis. 
Adunan biskut yang terakhir pun harus dimampatkan. 
Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam, sebelum disapu Ganache. 

Cara membuat Ganache:
Panaskan krim putar dalam mikrowave selama 1 minit. 
Keluarkan dari mikrowave dan masukkan cincangan coklat Cadbury, mentega dan esen vanila. 
Kacau hingga semua bahan sebati. 

Keluarkan kek dari peti sejuk, buangkan parchment paper. 
Tuang Ganache tadi dan ratakan atas kek. 
Hias kek dengan topping Cadbury Milk Chocolate Fruits & Nuts yang dipotong kasar. 

Nota:
Saya tak menghias kek saya, cuma disapu topping saja. 
Lebih elok di simpan semalaman dan dipotong keesokan hari, kerana topping akan menjadi keras. 




Sunday, 4 January 2015

Kek Batik

 

Resipi Asal: Wendyy@table2more / Olahan Resipi & Sumber: HanaMemories
Bahan-bahan:
250g biskut marie
200g milo
397g (1 tin) susu pekat manis, boleh bubuh 3/4 tin
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
150g butter
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh nescafe, jika suka
2 sudu besar air panas, jika suka (untuk menghasilkan kek yang agak lembab)

Caranya:
Sediakan loyang 7" yang di alas dengan kertas minyak atau plastik cling bawah dan juga sekelilingnya.
Pastikan kertas minyak melebihi paras loayng.  Ketepikan.
Satukan semua bahan-bahan kecuali butter dan kacau sebentar.
Masukkan ke dalam kuali.  Buka api kecil untuk mengelakkan hangit di bahagian  bawah.
Kacau sehingga semua bahan sebati.
Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil.  Matikan api.
Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan.  Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup.
Biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.  Keluarkan dan potong.  Hidangkan.

Tip untuk resepi kek batik lapis yang cantik dan tak melekit-lekit:
Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak dipotong dan keluarkan dari loyang.
Sebelum dimatikan api, pastikan tekstur adunan bukan saja pekat tapi KASAR berbintil-bintil seolah menggerutu.  Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu.  Sesudah itu bolehlah dimatikan api dan angkat.
Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah.
Selepas siap melapis ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya licin.
Jangan tekan kuat sangat, nanti lapisan biskut akan pecah dan lari dari kedudukan asal.
Seeloknya sejukkan dalam peti ais semalaman.
Potong menggunakan pisau yang tajam dan dibasahkan terlebih dahulu dan lap untuk potongan kedua lapkan dulu pisau dengan kain@tisu basah dan ulangi proses memotong seperti tadi sehingga habis.

Untuk setengah adunan:
125g biskut marie
100g milo
190g susu pekat
2 biji telur gred B / 3 biji gred C
1/2 sudu teh esen vanila
75g butter
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh nescafe ~ tak bubuh
1 sudu besar air panas ~ tak bubuh