Monday 16 December 2019

Tauhu Kicap Pedas





Sambal Hijau Dan Pes ikan Balut Serai




























Sumber resipi sambal hijau:@kualihelena, thanks you sis, memang saya ratah sebab suka
Bahan-bahan:-
Cili padi hijau, banyak ikut suka
6 biji cili hijau besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 helai daun limau purut

Caranya:
Rebus dulu cili dan bawang sehingga layu.
Kemudian tumbuk/kisar.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan kisar sehingga harum.
Masukkan daun limau purut, garam, maggi cukup rasa dan sedikit gula.
Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.

Onde-Onde Telur Masin




Sumber resipi:@mheememhor, thanks you, saya namakan Onde-Onde sebab cara membuat dan masak sama seperti Onde-Onde/Buah Melaka

Bahan-bahan inti:diblend halus dan tapiskan:-
8 biji telur masin kuning yang dikukus
1/2 cawan susu tepung
1/4 cawan tepung kastard
100g unsalted butter (cairkan)
1/2 cawan gula putih (guna gula perang 1/2 cawan tolak 2 sdm gantikan dengan gula putih)
2 sdm tepung jagung
1 cawan santan pekat

Caranya memasak inti:
Masukkan kesemua bahan blend yang sudah ditapis kedalam kuali.
Gunakan api yang kecil, masak dengan dikacau sentiasa sehingga menjadi pekat.
Tutupkan api.
Angkat dan bubuh dimangkuk dan sejukkan inti dahulu.  Ketepikan.

Bahan untuk doh (kulit):
1 1/2 cawan tepung pulut
1/4 cawan jus air pandan (tak ada stok air pandan, ganti dengan air biasa)
1 cawan santan pekat

Caranya membuat kulit:-
Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
Masukkan jus pandan dan santan.
Uli sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan.
Rehatkan doh selama 5 minit.

Bahan salutan kelapa:
Kelapa parut
Garam sedikit

Caranya:
Satukan kelapa dan garam, gaul sebati.
Panaskan pengukus.
Setelah air mendidih, kukuskan kelapa selama 5 minit.


Udang Kukus Sos Bawang Putih Halia























Bahan-bahan:-
Udang cuci bersih dan belah di bahagian belakan dengan cara dikelar tanpa putus
Gaulkan udang bersama sedikit garam, serbuk lada sulah dan minyak bijan.
Perapkan selama +/- 30 minit, tutup dan simpan dipeti sejuk.

Bahan-bahan sos:-
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
1 biji cili padi merah dicincang
Daun bawang dihiris halus

Minyak menumis
Maggi seasonings

Cara membuat sos:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Masukkan bawang putih, goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, masukkan halia dan goreng sehingga garing, masukkan cili padi dan goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang putih dan halia kedalam mangkuk, masukkan Maggi seasonings dan gaul sebati, ketepikan.
Masukkan hirisan daun bawang kacau sebati.
Cara menyediakan udang:
Panaskan pengukus.
Susun udang dipinggan, setelah air mendidih, masukkan udang dan kukus sebentar.
Jangan dikukus terlalu lama nanti udang menjadi liat.
Setelah udang masak, angkat dan taburkan sos bawang putih dan halia.
Hidangkan semasa masih panas.



Fucuk Goreng Cili Thai




Sumber resipi:@wongnai
Bahan-bahan:
120g Fucuk rendam sehingga kembang, toskan air, goreng fucuk sehingga garing, angkat dan ketepikan

Bahan-bahan tumis:
2 sdm minyak
20g halia dicincang halus
15 biji cili padi merah & hijau, diketuk
2 sdm cili paste Thai
1 sdm kicap cair
1 sdm serbuk lada
Daun ketumbar

Caranya:-
Masukkan minyak dikuali.
Masukkan halia dan cili padi, tumis sehingga cili masak.
Masukkan cili paste Thai, kacau sebati.
Masukkan kicap cair, serbuk lada dan fucuk, gaul sebati.
Masukkan daun ketumbar dan hidangkan.

Monday 9 December 2019

Crispy Oven Baked Salt & Peppers wings






Recipe sourced: Marion's Kitchen, thanks you so yummmmmmy and simple recipe
Ingredients:-
1 tsp blackpeppercorns
1 tsp sichuan peppers
1 kg chicken wings
1 tbsp baking powder
1 tbsp sea salt
Vegetable oil for brushing
1 tsp chopping spring onion (scallion)
1/4 cup hot sauce or Marion's Coconut Sriracha or any other kind of dipping sauce

Method:-
Pre-heat the oven to 120C.  (I used air fryer).
Use a mortar and pestle or a spice grinder to grind peppercorns to a fine powder.
Sprinkle over the chicken wings.
Add the baking powder and salt to the wings and mix well.
Place a rack into a baking tray and brush with oil.
Spread the wings out on the rack.
Cook in the oven for 30 minutes.
Turn the wings over.
Increase the oven heat to 200C and cook for another 30 ~ 40 minutes or until crispy and cooked through.
Transfer to a serving plate.
Sprinkle with spring onion and serve with your choice of sauce.




Baby Crab Goreng Telur Masin




Bahan-bahan:-
Baby crab dicuci bersih
Tepung berperisa, guna jenis Salt & Garlic
Sedikit air
Minyak menggoreng

Cara menggoreng baby crab:-
Masukkan baby crab kedalam mangkuk yang besar.
Renjiskan sedikit air, taburkan tepung berperisa dan gaul sebati.
Panaskan minyak dikuali.
Sebelum dimasukkan baby crab kedalam minyak yang panas, taburkan lagi tepung berperisa.
Jangan dimasukkan air, gaul secara perlahan-lahan sehingga tepung berperisa menyaluti baby crab.
Goreng sehingga garing, angkat dan toskan minyak.  Ketepikan.

Bahan salutan telur masin:-
Margerine sedikit
Cili padi dihiris
Bawang putih dicincang
Daun kari /daun limau purut
Serbuk telur masin jenama Bestari

Caranya:-
Masukkan margarine dikuali.
Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari/daun limau purut.
Tumiskan sehingga wangi dan garing.
Masukkan telur masin, kacau sebati.
Padamkan api dan kacau sehingga sedikit kering.
Masukkan baby crab dan gaul sebati.
Angkat dan hidangkan semasa masih panas.






Buncis Cah Ayam Kicap





Bahan-bahan:-
Kacang buncis
Air secukupnya
Sedikit minyak menumis

Bahan-bahan sos, gaul sebati dan perapkan:-
Isi ayam dipotong dadu/dicincang
Kicap cair
Kicap manis
Sos tiram
Serbuk lada
Minyak bijan
1 ulas bawang putih dicincang halus

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak dan garam di dalam periuk yang diisi air, didihkan.
Celurkan kacang buncis sehingga masak, angkat dan masukkan kedalam air sejuk.
Sebelum menumis bahan-bahan sos, toskan air kacang buncis dan susunkan dipinggan.
Panaskan minyak sedikit dikuali.
Masukkan bahan-bahan sos dan dan sedikit air, kacau sebati sehingga mendidih.
Masak sehingga ayam empuk.
Tuangkan atas kacang buncis.
Bila nak makan barulah digaulkan sehingga sebati.




Bebola Ikan Tom Yum




Bahan-bahan:
Pes ikan segera
Lobak merah dipotong panjang
Pes Tom Yum
Jus limau nipis
Air secukupnya
Minyak menumis
Daun ketumbar, jika suka untuk ditabur

Bahan-bahan tumbuk dan menumis:-
Akar ketumbar
Cili padi merah
Bawang putih
Serai diketuk dan hiris panjang

Caranya:-
Masukkan secukup air diperiuk dan didihkan.
Ambil pes ikan dan bentukkan menjadi bebola, cucukkan dengan lobak merah dibahagian tengah.
Gunakan sudu dan masukkan bebola kedalam air yang mendidih.
Bila sudah timbul di permukaan air, senduk keluar dan masukkan kedalam air yang sejuk.
Buat hingga habis.  Semasa menumis bahan-bahan rempah, ambil bebola dan toskan air, ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan rempah bersama serai sehingga wangi dan cili masak.
Masukkan pes Tom Yum dan jus limau nipis, kacau sebati.
Masukkan air sedikit, kacau sehingga mendidih.
Masukkan bebola ikan dan gaul sebati.
Rasa dulu baru dipadamkan api dapur.
Jika suka berkuah boleh dimasukkan air lebih, saya masak dengan cara kering.







Monday 2 December 2019

Hot Sizzling Japanese Beancurd With Peanuts





Recipe sourced: Amy Beh via Kuali
Ingredients:-
2 rolls Japanese egg beancurd
3 tbsps cornflour
1/2 tsp pepper
50g minced chicken fillet
50g shelled prawns, diced ~ omitted
3 dried Chinese mushrooms, soaked and diced
1/2 tsp salt
1/2 tsp sugar ~ omitted
1 tbsps Shao Hsing Hua Tiau wine (optional)~omitted
1 tbsp oil
1 tbsp sesame oil
1 tsp chopped garlic
70g braised canned peanuts
1 tbsp chopped chili
1 tbsp chopped spring onion & coriander

Sauce ingredients:-
1 tbsp oyster sauce
1/4 tsp pepper
1/2 tsp sugar~replaced Maggi seasonings
125ml chicken stock~water
1tsp corn flour

Method:-
Combine cornflour and pepper.
Cut beancurd into thick slices, dust with combined mixture.
Deep fry beancurd pieces in hot oil until golden brown.
Drain from oil and set aside.
Marinate chicken, mushrooms and prawns with salt, sugar and wine, if using for at least 20 minutes.
Heat oil and sesame oil in a wok and fry chopped garlic until fragrant.
Add marinated ingredients and stir fry till fragrant.
Add combined sauce ingredients and braised peanuts and pre-fried beancurd.
Place a hot plate over high heat and add 1 tsp sesame oil.
Pour the cooked ingredients into the hot plate.
Sprinkle in chili, spring onion and coriander.

Sunday 1 December 2019

Honey Butter Chicken





Sumber resipi: Majalah Rasa
Bahan-bahan:
800gm bahagian kepak dan peha
Secubit garam
1 sdt lada hitam
2 biji telur
1 cawan tepung ubi
1 sdt serbuk penaik
1/4 cawan kacang masin ~ tak letak
Minyak menggoreng

Bahan-bahan sos:
6 sdb mentega
6 sdb honey
5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1/2 cawan gula perang
3 sdb kicap cair
2 sdb serbuk cili

Caranya:-
Gaulkan ayam bersama lada hitam dan garam.
Kemudiah pecahkan telur dan masukkan tepung ubi serta serbuk penaik.
Gaul dengan ayam sehingga rata.
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng ayam sehingga masak.
Terbalikkkan ayam setiap 5 minit. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali lain dan masukkan mentega dan bawang putih, kacau sehingga bawang putih garing.
Masukkan kicap cair, madu dan gula perang.
Kacau sehingga menggelegak.
Tutup api, masukkan ayam dan kacang masin goreng.
Kacau sebati sehingga sos menyaluti ayam dengan rata.
Angkat dan taburkan bijan dan serbuk cili.

Nota: cara saya memasak; kesemua bahan sos disatukan, selepas menumis bawang putih dengan mentega sehingga garing, masukkan bahan-bahan sos, kacau sehingga serbuk cili masak.
Padamkan api dan gaul dengan ayam.  Hidangkan dengan taburan bijan.
Jangan dimasak sos terlalu lama, nanti sos menjadi pekat sangat dan susah nak menyaluti ayam.
Cukup sekadar menghilangkan bau mentah serbuk cili.




Ikan Siakap Goreng Asam Jawa & Sos Asam Kicap







Bahan-bahan:
Ikan siakap, lumurkan dengan garam dan asam jawa dan perapkan selama +/-30~1 jam
Minyak menggoreng

Bahan-bahan rempah digoreng garing:
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Serai diketuk dan dihiris
Cili pada
Daun limau purut

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Air asam jawa
Air perahan limau
Kicap cair
Kicap pekat
Kicap manis
Gula palm
Garam jika perlu, saya tak letak

Caranya:-
Panaskan minyak dikuali.
Masukkan ikan dan goreng ikan sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak menggoreng ikan tadi, masukkan sedikit sahaja dikuali.
Masukkan bahan-bahan sos dan biarkan mendidih.
Masukkan sedikit halia dan bawang putih yang digoreng garing, kacaukan.
Kacau sehingga sos menjadi pekat dan padamkan api.
Tuangkan pada ikan.
Taburkan bahan-bahan rempah yang telah digoreng.
Hidangkan bersama nasi putih.




Monday 25 November 2019

Enoki Goreng Seaweed






Sumber resipi: @kualihelena, kalau nak cara lebih detail pergi ke ig @kualihelena
Bahan-bahan:-
Enoki
Seaweed
Tepung bestari, guna tepung tempura
Minyak menggoreng
Telur dikocok

Caranya:
Ambil sedikit enoki, balutkan dengan seadweed, gamkan dengan telur.
Panaskan minyak dikuali.
Ambil enoki yang telah dibalut celupkan pada telur dan gaulkan pada tepung Bestari.
Lakukan cara yang sama sebanyak 2kali, sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Goreng sehingga kecoklatan, angkat dan toskan minyak.

Bayam Cah Tauhu Kering




Bahan-bahan:
Bayam
Bawang putih dicincang
Tauhu kering rendam sebentar dan hiriskan
Cili merah dihiris
Maggi seasonings
Garam secukupnya
Air

Tauhu Kering Telur Masin






Bahan-bahan:
Tauhu kering
Minyak menggoreng
Daun kari
Cili padi
Bawang putih dicincang halus
Serbuk telur masin Bestari
Margarine

Bahan-bahan salutan:-
Telur dikocok
Tepung beras

Caranya:
Panaskan minyak dikuali.
Goreng tauhu kering yang telah disalutkan dengan telur dan tepung beras.
Goreng sehingga keemasan, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Masukkan margerin sedikit kedalam kuali, tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi.
Masukkan telur masin kacau sehingga sebati.
Padamkan api dan masukkan tauhu kering, pecahkan sedikit.
Gaul sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.