Monday, 16 December 2019

Udang Kukus Sos Bawang Putih Halia























Bahan-bahan:-
Udang cuci bersih dan belah di bahagian belakan dengan cara dikelar tanpa putus
Gaulkan udang bersama sedikit garam, serbuk lada sulah dan minyak bijan.
Perapkan selama +/- 30 minit, tutup dan simpan dipeti sejuk.

Bahan-bahan sos:-
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
1 biji cili padi merah dicincang
Daun bawang dihiris halus

Minyak menumis
Maggi seasonings

Cara membuat sos:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Masukkan bawang putih, goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, masukkan halia dan goreng sehingga garing, masukkan cili padi dan goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang putih dan halia kedalam mangkuk, masukkan Maggi seasonings dan gaul sebati, ketepikan.
Masukkan hirisan daun bawang kacau sebati.
Cara menyediakan udang:
Panaskan pengukus.
Susun udang dipinggan, setelah air mendidih, masukkan udang dan kukus sebentar.
Jangan dikukus terlalu lama nanti udang menjadi liat.
Setelah udang masak, angkat dan taburkan sos bawang putih dan halia.
Hidangkan semasa masih panas.



No comments:

Post a Comment