Showing posts with label Condiments. Show all posts
Showing posts with label Condiments. Show all posts

Tuesday, 5 January 2021

Sambal Gepuk






















Resepi by:@kualihelena, pedas terangkat dan sedap, thanks sis
Recooked by@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
30 biji cili hijau
3 ~ 10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 sdm kacang tanah goreng, saya tak letak
1/2 sdm minyak bijan
Gula
Garam
Mushrooms seasonings / perisa
Minyak panas

Caranya:
Tumbuk cili, bawang putih dan kacang sehingga halus. 
Masukkan gula, garam dan mushrooms seasonings. 
Masukkan minyak bijan. 
Masukkan minyak panas berasap dan gaul rata. 
Boleh dihidang bersama ayam ungkep. 
Nota: sukatan cili boleh disesuaikan dengan kepedasan masing-masing. 

Sunday, 8 November 2020

Pudina Chutney





Recipe sourced:rakskitchen.net 

Recooked by:@kim_kimberly1509
Ingredients:
3/4 cup loosely packed mint leaves
1/2 cup ~ 3/4 cup freshly grated coconut
6 green chilies
1 tbsp fried gram dhal (pottukadalai) 
A generous pinch tamarind 
1 small piece ginger (optional) 
1/4 tsp turmeric
3/4 tsp salt

Ingredients "to temper":
1 tsp oil
3/4 tsp mustard seeds
1 tsp urad dal

Method:
Wash the mint leaves and let it retain some water. 
Heat a pan with oil, season with items given to temper. 
Transfer to serving bowl and with same pan, add the washed mint leaves and saute the mint leaves in medium flame until it just shrink in volume. 
Grind coconut, green chilies, fried gram dhal, tamarind, ginger if using and salt with little water. 
Lastly add mint leaves and turmeric. 
Grind until everything blend well and transfer to serving bowl and mix well with tempered items. 
Serve with idli, dosa and paniyarams too. 

Rakskitchen.net tips:
Adding mint leaves lastly not become too smooth. If you want smooth can grind together. 
Turmeric will give a nice cool green cour. 
You can add milk if your coconut is very dry while grinding. 
Ginger add a nice favour and goes well with mint. 




Tuesday, 3 November 2020

Lempeng Carrot dan Pudina Cutni






Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
Sedikit tepung gandum +/- Segenggam 
1 biji lobak merah sagat halus
1 cawan air / susu / santan cair
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak untuk sapuan dikuali

Caranya:
Masukkan tepung beras, gandum, lobak merah, telur, garam dan air kedalam mangkuk besar.
Kacau dengan whisk sehingga tiada gumpalan yang besar. 
Rehatkan sebentar.
Panaskan kuali non stick yang sudah disapu sedikit minyak. 
Saya hanya sapu minyak sekali saja, tak melekat. 
Ambil dalam 1 senduk dan dadarkan. 
Jangan buat terlalu tebal, nipis sedikit. 
Bila permukaan atas dah tak melekit, terbalikkan dan masakan sebentar. 
Angkat dan letak atas pinggan hidang. 
Walaupun sampai ke petang masih lembut. 
Boleh dicicah dengan sambal, kari atau cutni. 



Pudina# Chutney




Resepi by: zera naim via rasa.my, kredit resepi Sheena Haikal
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
1/2" halia saya tambah
4 biji cili padi hijau
1 biji cili hijau besar saya tambah
1 ikat daun pudina
Sedikit daun ketumbar saya tambah
Segenggam kelapa parut
Sedikit ait asam jawa

Caranya:
Panaskan sedikit minyak. 
Tumis kesemua bahan kecuali air asam jawa. 
Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api. 
Masukkan bahan tadi kedalam mesin pengisar dan sedikit garam. 
Masukkan air asam jawa dan renjiskan sedikit air. 
Kisar kesemua bahan sampai halus. 
Info: boleh lebihkan cili padi atau kelap parut jika inginkan lebih pedas dan berlemak. 




Tuesday, 27 October 2020

Sos Rojak Buah





Sumber resepi tak ingat, sorry ya penyumbang resepi. 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan sos:
3 sdb sos cili
2 ~ 3 sdb kicap manis
1 ~ 1 1/2 sdb petis
Segenggam kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
2 sdb bijan 
Air secukupnya

Caranya:
Sangai bijan sebentar. 
Masukkan sos cili, kicap manis, petis dan sedikit kacang tanah tumbuk, kacaukan. 
Masukkan air secukupnya, kacau sehingga pekat. 
Tutup api. 
Bila nak digaulkan barulah di masukkan lebihan kacang tanah tadi. 


Monday, 16 December 2019

Sambal Hijau Dan Pes ikan Balut Serai




























Sumber resipi sambal hijau:@kualihelena, thanks you sis, memang saya ratah sebab suka
Bahan-bahan:-
Cili padi hijau, banyak ikut suka
6 biji cili hijau besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 helai daun limau purut

Caranya:
Rebus dulu cili dan bawang sehingga layu.
Kemudian tumbuk/kisar.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan kisar sehingga harum.
Masukkan daun limau purut, garam, maggi cukup rasa dan sedikit gula.
Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.

Sunday, 11 March 2018

Sambal Ikan Bilis & Tomato





Bahan-bahan:
3 biji cili hijau, dihiris kasar
5 biji cili padi merah, dihiris kasar, jika suka lebih pedas boleh tambah, cuaca panas saya kurangkan
1 biji bawang besar saiz sedang, dihiris
1" belacan
1 biji tomato saiz kecil, dipotong
Garam
2 biji limau kasturi, perah jus
Sejemput ikan bilis
Sedikit minyak menumis

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dkuali dan goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan,
Dengan minyak yang sama, tumiskan cili hijau dan cili padi bersama sehingga bau mentah hilang, angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang merah dan tumis sehingga layu dan perang, angkat dan ketepikan.
Jika kurang minyak boleh ditambah, goreng belacan sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Goreng tomato sehingga layu dan kering, angkat.
Sediakan penumbuk, tumbuk ikan bilis,  cili, bawang, belacan dan tomato dan masukkan garam, kacau sebati.
Dengan menggunakan kuali yang sama, tumiskan sekejap sambal, rasa garam dan matikan api.
Masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan hidangkan bersama nasi putih.

Sunday, 17 May 2015

Sambal Belacan Tomato








Resipi: Kim enakrasadaridapurkim

Bahan-bahan:
Tomato yang masak
Cili merah
Cili padi, jika suka pedas
Belacan, dipanggang
1 - 2 biji buah keras, dipanggang, jika suka
Jus limau kasturi
Garam secukupnya
Gula merah sedikit, jika suka
Sedikit minyak, jika mahu menumis

Caranya:
Potongkan cili dan tomato.
Masukkan sedikit minyak dikuali, masukkan belacan dan buah keras, kacau sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi, kacau.
Masukkan tomato dan garam secukup rasa, kacau sehingga tomato kering.
Angkat dan tumbuk bahan-bahan yang ditumis tadi dan tumbukkan sekali dengan sedikit gula merah.
Jika tak cukup garam boleh ditambah.
Masukkan jus limau kasturi dan kacau.
Hidangkan bersama dengan sayuran ulam.




Friday, 25 May 2012

Sos Cili Minyak Zaitun


Bahan-bahan diblend halus:   
Cili merah
Tomato dibuang biji
Garam
Sos tomato
Minyak zaitun
Air masak
Gula (optional)

Cara-cara:
Blend sehingga halus dan sebati dan bolehlah dicicah dengan ayam bakar / kukus.