Sunday 25 April 2021

Sotong Kukus Ala Thai





Resepi by:Puan Iza Abu Bakar via kongsiresepi.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan:
Sotong, dicuci bersih

Bahan-bahan sos:
3 biji cili padi merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu teh sos ikan
2 sudu teh gula perang
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar, hiasan 

Caranya:
Sotong dicuci kemudian kelarkan jangan sampai putus, toskan. 
Panaskan periuk pengukus dengan api yang besar. 
Kemudian masukkan sotong dan kukuskan selama 10 minit bagi size yang besar, kalau sotong size kecil tak perlu dikukus selama 10 minit. 
Buangkan air sotong kemudian susun sotong atas pinggan. 
Sementara itu sediakan sos. 
Campur kesemua bahan sos dan kacau sebati. 
Siramkan sos tadi atas sotong dan taburkan daun ketumbar. 
Siap dihidang. 


Kek Batik Coklat Cadbury
























Resepi by: @cadbury_my via shiqin.hotfm.com.my / ohbulan.com
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan A, Kek:
400gm biskut McVitie's Digestive, patah-patahkan
250gm biskut Oreo Cookies Original, buang krim dan patah-patahkan
200gm mentega
1 1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis ~guna 1/3 cawan
1/2 cawan air panas
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B, Ganache:
200gm krim putar
320gm (2 bar) Cadbury Diary Milk Chocolate (plain) 
1 sudu makan mentega
1 sudu teh esen vanila

Bahan C, hiasan/topping:
160gm (1 bar) Cadbury Diary Milk Fruits & Nuts

Cara membuat kek:
Di dalam kuali, satukan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega. 
Cairkan hingga semua bahan sebati. 
Masukkan air panas, telur dan esen vanila. 
Kacau sehingga bancuhan berkilat. 
Masukkan biskut McVitie's Digestives dan Oreo sedikit demi sedikit. 
Tuang adunan kedalam loyang yang telah dialas dengan parchment paper lalu mampatkan. 
Boleh juga disusun adunan biskut selapis dan mampatkan. Lapisan lagi adunan biskut dan mampatkan semula, buat sehingga habis. 
Adunan biskut yang terakhir pun harus dimampatkan. 
Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam, sebelum disapu Ganache. 

Cara membuat Ganache:
Panaskan krim putar dalam mikrowave selama 1 minit. 
Keluarkan dari mikrowave dan masukkan cincangan coklat Cadbury, mentega dan esen vanila. 
Kacau hingga semua bahan sebati. 

Keluarkan kek dari peti sejuk, buangkan parchment paper. 
Tuang Ganache tadi dan ratakan atas kek. 
Hias kek dengan topping Cadbury Milk Chocolate Fruits & Nuts yang dipotong kasar. 

Nota:
Saya tak menghias kek saya, cuma disapu topping saja. 
Lebih elok di simpan semalaman dan dipotong keesokan hari, kerana topping akan menjadi keras. 




Wednesday 21 April 2021

Ayam & Keledek Cornmeal Salted Eggs







Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
3 keping fillet ayam potong kecil
1 ketul keledek kuning potong kecil
1/3 cawan cornmeals yang sedikit kasar
Tepung goreng rangup berperisa
Daun kari
Daun limau purut
1 biji cili kering cuci dan potong serong
1 ulas bawang putih cincang halus
Serbuk lada hitam
Serbuk salted eggs
Minyak menggoreng
1 1/2 sdb mentega

Caranya:
Cuci bersih ayam dan keledek berasingan. 
Gaulkan tepung rangup dan serbuk lada hitam berasingan pada ayam dan keledek tanpa dimasukkan air dan garam. Perapkan. 
Bila sedia untuk menggoreng, keluarkan ayam dari peti sejuk lebih kurang 20 minit. 
Masukkan sedikit air dan cornmeals pada ayam, gaul sebati. Buat pada keledek dengan cara yang sama. 
Bila nak menggoreng jangan dicampur ayam dan keledek nanti masak tidak sekata. 
Panaskan minyak, dan goreng ayam dan keledek sehingga empuk dan kekuningan. 
Sudah habis digoreng kesemua ayam, ketepikan. 
Gunakan kuali yang sama, keluarkan minyak menggoreng ayam. 
Masukkan mentega dan cairkan, tumis bawang putih, cili kering, daun kari dan daun limau purut. 
Masukkan serbuk salted eggs, kacau rata. 
Masukkan ayam dan keledek yang sudah digoreng tadi, gaul sebati.
Angkat dan hidangkan. 


Tuesday 20 April 2021

Kailan Telur Masin






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sayur Kai Lan, cuci bersih, ambil daun saja dan potong kecil, nak hiris halus pun boleh, ambil
1 biji cili padi / cili merah, hiris serong
1 ulas bawang putih cincang halus
1 1/2 sdb mentega 
Serbuk telur masin
Serbuk kari jika suka atau cili flakes
Tepung jagung
Air / susu segar
1 biji telur dipukul sebati
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Gaulkan tepung jagung pada Kai Lan perlahan-lahan sehingga tersalut. 
Terus di panaskan minyak, goreng Kai Lan sehingga garing, angkat dan toskan. 
Guna kuali yang sama dan keluarkan minyak goreng jai Lan tadi. 
Masukkan mentega, dah cair tumiskan bawang putih, cili dan serbuk kari. 
Masukkan air sedikit supaya rempah kari masak. 
Masukkan telur, kacau dengan cepat. 
Masukkan lagi sedikit air atau susu segar, kacau dan tambahkan serbuk telur masin. 
Kacau sehingga sebati air meresap dan masukkan Kai Lan goreng. 
Gaul perlahan-lahan sehingga sebati. 


Wednesday 14 April 2021

Kerabu Maggi Dan Telur






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 bungkus Maggi perisa asam laksa
1 ulas bawang merah kecil dihiris
Sedikit bunga Kantan dihiris
1 biji tomato saiz kecil hiris
1 biji cili padi merah dihiris 
1 biji cili padi hijau dihirus
Telur Dadar dihiris

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Perisa asam laksa
2 biji jus limau kasturi
1 sdb gula palm

Caranya:
Sediakan air rebusan, rebus sehingga air mendidih, masukkan Maggi dan tutup kan api. Diamkan Maggi didalam periuk sehingga lembut, angkat dan toskan air. 
Buat telur dadar, dah sejuk baru dihiris. 
Masukkan mee Maggi, tomato, cili padi bunga Kantan dan telur dadar kedalam mangkuk besar, gaul perlahan. 
Tambahkan bahan sos dan kacau dengan laju sehingga sebati. 
Kalau dikacau perlahan sos tidak akan merata. 




Ayam Dan Terung Cah Kua Kling Curry Paste





Dicuba:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Isi ayam potong kecil 
Terung potong kecil
Serai diketuk
Cili merah segar potong kecil
Daun limau purut disiat
Minyak menumis
Gula palm
Kanokwan Kua Kling Curry pes

Caranya:
Masukkan 2 ~ 3 sdb minyak dan panaskan. 
Masukkan isi ayam dan terung, kacau sebentar. 
Masukkan pes Kua Kling, kacau lagi. 
Masukkan serai, cili dan daun limau purut, kacau sebati. 
Sentiasa dikacau supaya tidak hangit. 
Kalau kering sangat boleh dimasukkan air sedikit demi sedikit. 
Perisakan dengan gula palm, garam tak perlu. 
Kacau sehingga ayam dan terung empuk. 
Hidang bersama nasi putih. 
Tahap pedas bagi saya airmata meleleh 🥵, sebab saya tak mau masukkan gula. 
Lebih baik ikut arahan pada pek yang tertera dimasukkan 1 sdk gula. 




Tuesday 13 April 2021

Ayam Ketumbar






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 keping ayam bahagian bertulang, potong kecil
1 batang serai, diketuk
1 biji tomato potong 4
1 keping tauhu
Sedikit crab mushrooms 
2 sdb air asam jawa pekat
Garam, seasonings dan gula palm
Sedikit hirisan daun saderi 

Bahan-bahan dikisar halus:
4 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah besar
8 biji cili padi
1/2" lengkuas
1/8 sdk serbuk kunyit 
1 sdb serbuk ketumbar 
1/4 sdk serbuk jintan manis

Caranya:
Tapiskan bahan kisar dan simpan airnya untuk diguna nanti. 
Panaskan 2sdb minyak, tumis rempah kisar sehingga harum. 
Kalau kering, masukkan sedikit air kisaran rempah tadi, sedikit demi sedikit sehingga rempah masak. 
Masukkan ayam, kacau dan kecilkan api, tutup sebentar. 
Masukkan tauhu dan air asam jawa dan tutupkan semula. 
Sesekali dikacau perlahan sehingga ayam empuk. 
Masukkan garam, seasonings dan gula palm, kacau sebati. 
Bila air dah diserap dan ayam empuk, masukkan tomato dan white crab mushrooms. 
Kacau dengan perlahan, rasa dulu. 
Bila sayuran dah empuk, taburkan daun saderi. 
Hidangkan.