Showing posts with label Steamed Cake. Show all posts
Showing posts with label Steamed Cake. Show all posts

Tuesday, 7 February 2017

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

























Resipi: Chef Zubaidah via mas-dapurmas.blogspot.com
Bahan-bahan:
**100gm serbuk koko
** 1 tin (390gm) susu cair Ideal
** 200gm minyak sayuran / butter cair
** 250gm susu pekat ~ guna 180gm

250gm gula kastor - guna 150gm gula perang
4 biji telur size A ~ pukul hingga berbuih
150gm tepung gandum * ~ bertanda * diayak bersama
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder *

Caranya:
Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin.
Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer.
Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan.
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.  Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Boleh juga di bakar selama 30 minit untuk setengah adunan, kalau buah 1 adunan bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170C.
Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.

Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar butter / margerin / minyak masak @ sayuran

Caranya:
Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.
Atau boleh menggunakan coklat masak dengan cara panaskan coklat masak dalam microware, bila coklat sudah cair, keluarkan dan tambah sedikit butter dan kacau sebati dan terus tuang ke atas kek coklat tadi.
Hias dengan hiasan kesukaan masing-masing semasa topping coklat itu masih panas, kalau dan sejuk nanti hiasan itu tak lekat bila ditabur atas topping coklat tadi.


Saturday, 24 May 2014

Kek Buah Kukus




Resipi: Rasa Edisi Bumper Jun 2014
Bahan-bahan:
250g mentega
140g gula pasir * dijadikan gula perang (Kim guna 170g gula pasir)
50ml air panas *
500g buah-buahan campurang kering
3 biji telur saiz A (Kim guna 4 biji saiz kecil)
1 sudu teh ekstrak vanila

Bahan Ayak:
350g tepung gandum
1 sudu teh krim tartar
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk buah pala (Kim guna serbuk buah pala + all spice dijadikan 1 sudu teh)

Caranya:
Masak gula pasir bersama 50ml air panas hingga menjadi perang.
Kemudian masukkan mentega dan biarkan cair.
Kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan pula buah-buahan campuran dan biarkan mendidih seketika.  Ketepikan.
Masukkan kesemua bahan ayak sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
Dalam bekas berasingan, pukul telur hingga kembang kemudian masukkan kedalam adunan tepung. Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 2 jam. Kim guna selam 3 1/2 jam, bahagian permukaan kek ditutup dengan aluminium foil dan loyang dilapik dengan kertas minyak.

Monday, 18 February 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese



















Resipi by : Yatie / source: Mat Gebu

Bahan-bahan: Kek Coklat
2 biji telur gred A ( Kim guna 3 gred C )
1 cawan gula kastor ( Kim guna 3/4 cawan )
1 camca teh esen vanilla
Sedikit garam
1/2 can air panas mendidih
1/2 cawan susu cair / susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda biocarbonate*
1/2 camca teh baking powder* (* digaul rata dan diayak)

Bahan-bahan: Lapis Cheese
250g cream cheese
60g gula halus ( Kim guna 50g gula halus )
1 biji telur gred A ( Kim guna 2 biji gred C )
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

Caranya:
Untuk bahagian coklat:
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan * tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata.
Kemudian bagi dua sama banyak.  Ketepikan sekejap.

Untuk bahagian Lapis Cheese:
Putar cream cheese dengan gula halus sehingga sebati dan berkrim.
Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin.
Ketepikan sekejap.

Untuk Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese:-
Panaskan kukusan lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.  Lense juga kertas tadi.
Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit ( Jika menggunakan steamer trio, kukus di tingkat 2 ).
Kukus selama 35 minit, lepas 20 minit check kek, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak.
Pastikan ditutup dengan aluminium foil.
Biarkan kek sejuk dan boleh dikeluarkan dari tin, boleh dipotong.

Kek boleh di simpan di peti ais jika tidak habis, tapi gerenti habis sebab tidak muak dan sedap.
Seperti saranan Mat Gebu bahagian cream cheese boleh dimasukkan parutan kulit lemon rasanya lebih sedap atau jika suka boleh dimasukkan strawberry yang dicincang halus.  Ini bagi yang tidak suka pada bauan cream cheese.
Cubalah! tak mengecewakan bagi peminat kek kukus atau pun cream cheese.