Showing posts with label Pastry Puff. Show all posts
Showing posts with label Pastry Puff. Show all posts

Tuesday, 3 January 2017

Jejari Puff Badam



Bahan-bahan:
Puff Pastry secukupnya
Hirisan Badam secukupnya

Air, sapuan
Gula Perang Kasar, taburan

Caranya:
Sapukan air pada atas puff pastry.
Susunkan kacang badam sehingga penuh pada permukaan puff pastry.
Tekan dengan kayu pengelek supaya kacang badam tidak terkeluar apabila di bakar.
Ambil pemotong dan potong berbentuk jejari.
Panaskan oven, saya guna Panasonic Cubie Oven pada suhu 170C.
Bakar sehingga garing.




Monday, 7 November 2016

Portugese Egg Tarts
















Sumber resipi: nooriahnaim.blogspot.my ~ bicara kak noor
Bahan-bahan inti:
50g kuning telur (anggaran 3 biji)
25g gula castor
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence

Kulit Puff pastry secukupnya

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan dan tapis.
Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberap bahagian.
Letakkan potongan puff pastry dan tekan perlahan dan kemas kedalam acuan muffin.
(Kim ~ cucuk sedikit dengan garpu dan simpan di peti sejuk sebentar)
Tuang adunan telur hingga hampir penuh.
Bakar dalam oven 180C selama 30 minit api atas bawah.
Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan.

Thursday, 3 November 2016

Apple Pastry Puffs




Sumber resipi: resipicitarasawan.blogspot.my
Bahan-bahan:
2 keping pastry puffs 8"
1 sudu besar gula pasir untuk taburan, ganti dengan gula perang
1 biji kuning telur untuk sapuan

Bahan-bahan inti:
2 biji epal granny smith atau epal merah ~ hiris atau potong dadu
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kismis
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu kecil jus lemon
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat.  Angkat dan ketepikan.

Caranya:
Keluarkan pastry puffs dari peti sejuk.  Biarkan sebentar hingga lembut.  Canai ringan.
Isikan inti di tengah dan potong menyerong bahagian tepi puffs untuk membuat bentuk pintalan.
Pintal puffs berselang seli hingga habis.
Sapu kuning telur dan tabur atasnya dengan gula pasir.
Bakar pada suhu 175C selama 40 minit hingga permukaan puffs keperangan.

(Nota: saya membuat bentuk yang lain, kalau berminat nak buat cara seperti di atas bolehlah ke blog citarasawan yang tak lokek dengan ilmu, terima kasih citarasawan....sedap tu....)


Saturday, 11 April 2015

Puff Sardine Pedas
















sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:
6 keping puff pastry bersaiz 4” x 4” (jenama Kawan)
1 kuning telur, dipuku sedikit
1 tin kecil sardine
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
3 biji cili padi, hiris halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya

Caranya untuk inti:
Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum dan bawang layu.
Masukkan sardine bersama kuahnya sekali.  Hancurkan dan masak hingga kering.
Tambah garam secukup rasa, jus limau kasturi dan hirisan cili padi.
Kacau rata dan masak sekejap.
Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan sejukkan.

Untuk Puff Sardine:
Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan dulang pembakar, jika suka boleh dialas dengan kertas minyak.
Inti tadi dibahagikan kepada 6 bahagian sama banyak.  Ketepikan.
Pastikan anda keluarkan puff pastry sekurang-kurangnya 15 minit dari freezer sebelum anda guna.
Ambil sekeping puff pastry, kelar-kelar sedikit pada ½ bahagian puff pastry.
Bahagian yang tidak dikelar, anda sudukan 1 bahagian inti dan ratakan.
Cantumkan dan tekan-tekan sedikit tepinya.  Kemudian tekan dengan garfu disekeliling tepi kulit puff pastry agar bercantum bahagian atas dan bawah.
Alihkan ke dalam dulang pembakar.  Buat kaedah sama untuk baki puff pastry dan inti, hingga siap.
Sapu sedikit kuning telur atas setiap puff pastry tadi.
Bakar selama 25 minit atau hingga keemasan dan puff pastry akan mengembang dan menghasilkan kulit yang berlapis-lapis.

Sejukkan atas jaringan dan boleh dihidangkan

Saturday, 26 April 2014

Individual Puff Pastry Apple Pies



















Source: Chef Fifi www.food.com
Ingredients:
1 package (17 ounce) puff pastry
12 ounces cut up red baking apples (approximately 2 medium sized apples) - I used Granny Smith
1/3 cup packed brown sugar
2 teaspoon flour
1 teaspoon lemon juice
1 teaspoon cinnamon
1/2 teaspoon nutmeg
1 teaspoon lemon zest - 1 added

Egg wash: 1 beaten egg

Method:
Thaw puff pastry according to directions on package.
Peel, core and chop apples up coarsely.
Combine apples with sugar, flour, lemon juice, cinnamon and nutmeg.
Heat oven to 350F / Kim - 200C
Flour surface lightly and cut pastry sheet into nine 3x3 squares.
Place approximately 1/4 cup apple mixture on each square and brush edge with beaten egg, i just use water to brush edges.
Place second pastry square on the top of the already filled pastry to form a pocket.
Press down border with fingers to seal and then press with fork to decorate the edges.
Make a 1" L shape incision into each pie and fold back the pastry flap.
Place on ungreased cookie sheet and give each one on egg wash.
Bake for approximately 20 minutes or until golden.


Sunday, 13 April 2014

Puff Tuna Mayonis


















Sumber resipi dari: Hanamemories

Bahan-bahan:
2 tin tuna - toskan air/minyak *
1/4 biji bawang besar holland - potong dadu kecil *
2 sudu besar mayonis *
Lada kecil / besar - dihiris halus (optional) *
Jus lemon / kasturi (optional) *
Sedikit hirisan daun sup *
Sedikit lada sulah *
(Bahan-bahan yang bertanda * tidak perlu diletak garam)

Ready made Pastry puff secukupnya

Bahan sapuan dan sebagai gam: Kuning telur

Topping : Blackpepper

Caranya:
Satukan semua bahan yang bertanda * sebati. Jika agak berair, toskan air tersebut supaya puff tidak basah ketika/selepas dibakar.  Ketepikan.
Sementara itu, panaskan oven suhu 200C.
Ambil pastri, potong dua (bergantung size pastri, sekeping potong 4 sama size, kalau kecil potong 2 saja).
Ambil satu bahagian kemudian kelar menyerong.  Satu bahagian lagi isikan inti dan sapu telur kuning sekeliling.
Ambil satu bahagian yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. 
Tekan sedikit agak melekat.  Kemudian gunakan garfu dan tekan keliling.
Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur.  
Kemudian taburkan blackpepper. 
Bakar guan suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan.
Bakar selama 20 minit suhu 200C (bergantung oven masing-masing).
Pembakaran kedua turunkan suhu sedikit/kurangkan masa pembakaran sebab oven dah panas nanti hangus.
Sejukkan di atas redai.
Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sos pilihan.