Showing posts with label Kuih-Muih - DiBakar. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih - DiBakar. Show all posts

Tuesday, 23 November 2021

Apam Bakar Kelantan





Resepi by:anekaresepi.com
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras cap 3 Gajah
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu
3/4 gula pasir, ikut kesesuaian
1 sudu teh biji lada hitam
1/2" halia
2 ulas bawang merah
1 cawan air / 250ml (saya tambah sedikit air), boleh guna santan tapi untuk ibu berpantang elok guna air
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh yis
Minyak untuk glis

Bahan cicah:
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Masukkan kelapa parut dan garam kedalam bekas, gaul sebati. 
Kemudian kukus selama 5 minit supaya tidak basi

Caranya:
Kisar lada hitam, halia dan bawang dengan 1 cawan air (250ml), kemudian tapis ambil airnya saja. 
Bancuh yis dalam air yang di tapis tadi dan biarkan 10 minit atau sehingga berbuih. 
Kupas kulit pisang, buang empulur ubikayu, masukkan kedalam blender bersama garam, gula dan air yis tadi. 
Kisar sehingga hancur, masukkan tepung besar dan kisar lagi sehingga sebati, licin dan tidak berketul. 
Adunan hendak lah sedikit cair seperti adunan roti jala, pancake atau ketayap. 
Biarkan adunan selama 2 ~ 3 jam dalam suhu bilik sehingga ia menjadi ringan dan berbuih. 
Panaskan kuali non stick dengan api kecil, sapukan minyak pada permukaan kuali. 
Bila minyak panas, tuangkan 1 senduk adunan kedalam kuali. 
Masak selama 2 ~ 3 minit sehingga bahagian atas apam berbuih dan kering dan bahagian bawah nampak tompok-tompok perang. 
Kemudian terbalikkan dan bakar lagi. 
Bila kedua-dua bahagian sudah masak bolehlah diangkat. 
Hidang bersama kelapa parut yang dikukus tadi. 

 



Tuesday, 28 September 2021

Chicken Cornish Giant





Resepi by:Puan Tahrunnisah Jali 
Rebaked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk kulit/doh pastri:
350gm tepung gandum
30gm tepung beras
1/2 cawan air sejuk, saya tidak habiskan bergantung pada lama mana tepung digunakan
200gm butter sejuk, kalau guna unsalted bubuh garam

Bahan-bahan untuk inti:
4 biji ubi kentang, potong dadu
1 batang lobak merah, potong dadu
2 biji bawang besar, potong dadu 
3 ulas bawang putih, potong dadu
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
Garam, gula
2~3 tangkai daun sup racik halus
Dada ayam rebus dan carikkan, guna lebihan ayam panggang
Telur rebus dibelah

Bahan-bahan Glis, gaul bersama hingga sebati:
1 biji kuning telur pukul ringan
1 titis pewarna kuning, jika suka
Daun oregano kering

Cara membuat kulit:
Gaul sebati dulu tepung beras, tepung gandum, jika guna garam boleh dimasukkan. Masukkan butter dan guna hujung jari dijadikan serbuk roti.
Masukkan air sejuk  yang betul-betul sejuk, boleh guna ais, sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. 
Perap doh pastri selama 30 minit, simpan di peti sejuk. 
Kemudian keluarkan bahagikan kepada bahagian yang kecil anggaran 100 ~ 150gm. 
Canaikan menjadi adunan yang tebal juga tidak terlalu nipis. 
Guna acuan yang besar untuk ditekap. 
Cucuk sedikit dengan garpu atas permukaan doh sebelum dimasukkan inti dan telur. Kelimkan atau guna garpu untuk menutup tepi bahagian doh. 
Sapukan glis, saya cucuk lagi dengan garpu selepas diglis. 
Panaskan oven pada suhu 200°C dengan mengguna api atas dan bawah. 
Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga kekuningan. 
Saya guna air fryer dengan suhu 200°C sehingga kekuningan. 

Cara memasak inti:
Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. 
Masukkan daun kari, serbuk kari dan cili. 
Tumis sampai naik minyak dan berbau wangi. 
Masukkan serbuk pati ayam dan garam, gaul seketika. 
Masukkan ubi kentang, gaul sebati. 
Masak sehingga setengah empuk, masukkan ayam dan lobak merah. 
Kacau sehingga kering, masukkan daun sup, kacau lagi hingga rata. 
Dah siap, sejukkan dulu sebelum di bungkus atas doh pastri. 








Saturday, 18 July 2020

Popia Basah




















Resepi by:@nurui_pan via @kualihelena 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan sos:
1/2 cawan sos hoisin
2 ~ 3 sudu besar cili kisar, pedas ikut suka
15 biji buah kurma rendam dengan 1 cawan air panas
1/2 cawan gula perang

Cara memasak sos sapuan:
Buang biji kurma, kisar halus. 
Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10 minit, kacau sentiasa. 
Selepas 10 minit masukkan sos hoisin dan gula perang. 
Kacau hingga gula larut, ketepikan. 

Bahan untuk kulit popia:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar cuka ~ guna 1 sudu besar
Sedikit garam
1 biji putih telur
Anggaran air dalam 1 1/2 cawan

Cara membancuh adunan kulit popia:
Campur kesemua bahan kulit kedalam mangkuk, gaul rata dan perapkan selama 1/2 jam. 
Selepas 1/2 jam, panaskan kuali non stick tanpa minyak dengan api yang perlahan. 
Guna brush silicone untuk menyapu adunan pada kuali non stick. 
Angkat dengan penyepit bila permukaan atas kulit popia tiada tepung mentah. Jangan dimasak terlalu lama nanti kering. 
Kulit yang sudah siap dibalut dengan kitchen towel yang lembab, untuk kekal lembut. 

Bahan-bahan inti:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
Timun
Sengkuang 
Carrot
Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk kasar
Bawang goreng

Cara memasak inti:
Sagat timun, sengkuang dan carrot, boleh guna food processor. 
Perah sayuran supaya kurang berair. 
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau, masukkan semua sayuran hingga air sayuran kering. 
Masukkan sos tiram, gaul hingga sebati. 

Cara penyediaan:
Sapukan bahan sos keatas kulit popia. 
Letak inti dan taburkan 
Kacang tanah dan bawang goreng
Gulung kemas dan siap untuk dihidangkan





Sunday, 12 July 2020

Pancake Gebu Gebas


Resepi by:sitinorzianataib via www.rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum 
1 cawan susu segar / susu full krim / susu cair
1 1/2 sudu gula ~ guna 1 sdb gula perang
1/2 sdt garam ~ saya tambah
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila
1 biji telur
2 sdb minyak jagung / mentega yang dicairkan / minyak masak ~ guna minyak zaitun

Caranya:
Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas.  Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul. 
Biarkan dalam 10 ~ 15 minit bagi adunan naik gebu sedikit. 
Cedukkan adunan kedalam kuali non stick, tak perlu diglis minyak pada kuali non stick dan guna api sederhana. 
Bila permukaan pancake telah timbul lubang-lubang kecil/berongga, balikkan pancake. 
Tunggu seketika barulah diangkat pancake. 
Nota:
1 adunan boleh buat dalam 8 keping. 
Masa memasak setiap pancake dalam 2 minit. 
Beh dimakan dengan madu, maple sirap, mentega, buah-bahan, ais krim dan sebagainya. 
Boleh digandakan atau kurangkan sukatan bahan. 






Friday, 14 February 2020

Lempeng Daun Sup







Resepi:@kualihelena
Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 biji telur
Garam
Maggi cukup rasa
Daun sup dihiris halus

Caranya:-
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali daun sup.
Tapiskan adunan dan masukkan daun sup.
Sapukan sedikit minyak pada kuali non stick.
Tuangkan satu senduk sayur adunan dan masak sehingga kedua belah lempeng berubah warna.
Gulung ketika lempeng agak suam.
Siap dihidangkan.

Nota @kualihelena:-
Selain daun sup boleh ditukar kepada daun bawang, carrot, daun ketumbar atau pun daun kuchai.
Nak pedas boleh ditambah hirisan cili padi atau cili flakes.
Boleh digandakan sukatan untuk keluarga ramai.








Apam/Lempeng Thai





Sumber resipi:@mheememhor
Bahan-bahan:-
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu teh yis
1 cawan gula, guna 1/2 cawan guna perang
2 cawan santan cair
2 kuning telur dipukul sehingga lembut
Sedikit minyak dan daun pandan untuk dilenser pada kuali

Caranya:-
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali santan dan kuning telur kedalam mangkuk besar.
Kacau sebati, tuangkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak berketul.
Masukkan kuning telur yang sudah dipukul.
Kacau sebati, kalau perlu tapis dulu, agar adunan tidak bergentel.
Rehatkan selama 1 jam.
Sediakan kuali non stick yang sudah dipanaskan, sapukan sedikit minyak.
Ambil 1 senduk besr adunan, masukkan kedalam kuali.
Bila adunan sudah berbuih sedikit, tutupkan sebentar.
Adunan telah masak bila permukaan tidak melekit.
Angkat dan lipatkan.
Hidangkan semasa masih panas, bila dah sejuk sedikit kering.
Ambil satu sendu 

Wednesday, 12 February 2020

Apom Lenggang




Resepi Apom Lenggang:@kualihelena
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan yis
1/3 cawan gula, lebihkan jika suka manis (guna gula perang)
1 cawan air
1 biji telur
1 cawan santan (guna santan kotak, tak perlu bancuh dengan air)

Caranya:-
Satukan kesemua bahan di atas kecuali santan.
Gual rata, tapis dan perap selama 2 jam.
Selepas 2 jam, masukkan santan dan gaul sebati.
Panaskan kuali non stick, tak perlu gris minyak.
Tuang 1 senduk adunan dan lenggangkan adunan seperti membuat kuih ketayap.
Masak dengan api yang perlahan, bila tepi-tepi apom dah nampak kekuningan bolehlah dilipat atau digulung.
Hidangkan dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau makn begitu saja.

Kuah Kari Ayam Tanpa Santan:
Resepi:enakrasadaridapurkim.blogspot.com

Bahan-bahan:-
Ayam dipotong kecil
Serbuk kari
Serbuk cili
Daun kari
Minyak
Garam
Air secukupnya

Bahan-bahan tumis:-
Bawang besar dicincang halus
Pes bawang putih & halia
Tomato dicincang halus, lebihkan tomato
Kayu manis
Cengkih
Bunga lawang
Pelaga

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga dan daun kari.
Masukkan bawang besar, kacau sehingga layu.
Masukkan tomato dan pes bawang putih & halia.
Kacau sehingga air tomato kering.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili, kacau sehingga rempah masak.
Masukkan ayam dan air secukupnya.
Masak sehingga ayam empuk.
Jika nak berlemak, masukkan sedikit santan pekat dan masak sehingga mendidih.






Sunday, 17 June 2018

Thai Coconut Pancakes (Kanom Krok)






















Recipe sourced: hot-thai-kitchen.com
Ingredients:
50g cooked jasmine rice
50g rice flour
1 cup water
1/4 cup coconut milk
1/4 cup shredded dried coconut (if you can get fresh, use fresh)
30g palm sugar, chopped
1/4 tsp salt

Method for the Shells:
Place all ingredients in a blender and blend until smooth.

The filling:
1 cup coconut milk
2 tbsp granulated sugar
1/4 tsp salt
2 tbsp rice flour

Optional toppings:
Chopped green onions
Cooked sweet corn kernels
Cooked taro cubes

Method for the Fillings:
Whisk the rice flour, sugar and salt together until there are no more lumps of flour.
Add coconut milk and whisk until sugar is dissolved.

Method to cook:
Heat the electric pan at 325F, to test pan for readiness, sprinkle a bit of water onto the pan, and if it sizzles away immediately it's hot enough.
Brush half the holes with coconut oil.  You can make only half a pan at a time in the beginning because you'll likely be a bit slow and clumsy to start, and it's just more manageable and less hectic to deal with a few at a time.

Stir both batters every time before you use it.

Add 1/2 tbsp of the shell batter into the pre-heated holes.  Then add 1 tsp of the filling by dunking the teaspoon right into the middle of the shell and wiggle it slightly.
Let them cook for a minute or so, meanwhile, fill the rest of the pan.
After a minute of two of cooking, the cakes should be partially set, go ahead and add your toppings.
If you're using heavier topping like corn or taro, and they sink too much into the cakes, jut let the cakes set a bit more before topping.
Continue to let them cook until the bottom is crispy and golden brown, and the top is no longer runny, about 5 minutes.
Give them at least 5 minutes to cook, do not rush them, that is how you get crispy bottoms.
If the bottom is done but top still needs more cooking, you can cover the pan with a pot lid to steam the top for 1 minute.
To test doneness, tilt the pan slightly and if the top doesn't run, then it's done.
Tips: Free free to adjust the temperature of the pan as needed during the cooking process.
Remove the cakes by pushing them up with a toothpick or skewer, and scooping them out with a spoon.  Place on a rack to cool for a few minutes just so you don't burn yourself, but you want to eat these while they're still warm and crispy.
These do not keep well as they go mushy and soggy real fast

Notes:
Both batters can be made in advance and stored in the fridge.
Bring it out to room temperature before using.
If the shell batter has thickened up too much, you can add a bit of water to thin it out so it pour easily.
The batter should have a runny consistency.


Tuesday, 24 April 2018

Lempeng Peanut Butter Gula Melaka





















Bahan-bahan:
Tepung gandum
2 biji telur
Peanut butter crunchy / smooth
1 ketul kecil gula melaka dicairkan, sejukkan
1 sudu besar mentega

Caranya
Cairkan gula melaka, ketepikan dari api dan masukkan mentega, kacau sebati.
Pukul telur di mangkuk besar, masukkan peanut butter dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum secukupnya dan air gula melaka, kacau sehingga menjadi adunan yang cair tak terlalu pekat.
Sediakan kuali bulat yang disapu dengan mentega, panaskan dan tuangkan 1 sudu besar adunan lempeng.
Bila permukaan tidak lembik bolehlah diangkat.
Lipat dan hidangkan panas-panas.
Jika suka boleh dicicah dengan kelapa yang telah dikukus dicampurkan dengan sedikit garam.
.


Monday, 6 November 2017

Martabak Kraker




Resipi: Yati@SinarKehidupanku via Citarasawan
Bahan-bahan:
1 bungkus biskut tawar cream cracker Ping Pong
400ml santan sederhana pekat ~ guna santan kotak
1 tin susu cair / susu sejat
6 biji telur saiz A

Lapisan Daging:
400gm daing ayam dikisar
3 biji bawang besar dicincang halus
1 paket kecil / 3 sudu besar serbuk kari daging
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1 batang lobak merah diparut
1 tangkai cili merah
Daun bawang dan daun sup dicincang
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Hiasan: Daun bawang, daun sup dan cili hiris
Loyang  : 9 x 9 x 3 di gris mentega

Cara memasak inti:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.
Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
Panaskan minyak tumis pes basah sehingga garing  dan naik baunya.
Masukkan bawang besar dan daging cincang.
Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
Masukkan garam, lobak merah, daun bawang dan daun sup.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat lapisan Martabak Lapis Kraker:
Celup biskut kraker ke dalam campuran susu dan santan.
Susun hingga penuh di dasar loyang.
Lapiskan dengan lapisan daging hingga rata.
Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
Susun lagi biskut kraker atas lapisan daging dan telur tadi.
Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
Ulangi melapis sehingga 3 lapisan.
Untuk lapisan terakhir, susun biskut kraker, tuangkan baki susu sehingga habis.
Taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan cili hiris sebagai hiasan.
Bakar selama 35-40 minit pada suhu 180C atau sehingga masak.
Hidangkan bersama mayonis atau sos cili



Friday, 1 September 2017

Pulut Panggang





Bahan-bahan:
1 kg beras pulut, cuci bersih dan toskan air, rendam selama 2 - 3 jam
450ml santan
2 1/2  sudu teh garam

Caranya:
Sediakan pengukus, masukkan air dan daun pandan ke dalam pengukus. 
Apabila air mendidih, masukkan pulut yang telah direndam ke dalam kukusan tanpa santan.
Kukus setengah masak.
Setelah setengah masak, angkat dalam masukkan ke dalam bekas besar, masukkan santan yang telah dibancuh bersama garam, gaul rata.
Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus sehingga pulut masak dan padamkan api.

Bahan-bahan inti:
Kelapa
Udang kering, sangai dan tumbuk kasar
Bahan-bahan diblend:
Cili merah
Serai
Kunyit hidup
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Sedikit serbuk lada putih

Minyak menumis sedikit
Garam
Gula

Caranya:
Panaskan minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan blend dan udang kering sehingga wangi.
Masukkan kelapa dan kacau sehingga rata, masukkan garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga kelapa menjadi kering.
Angkat dan sejukkan belum dibalutkan dengan pulut yang telah dikukus tadi.


Sunday, 21 May 2017

Apam Balik Durian


























Bahan-bahan:
Tepung gandum
Isi durian diblend
Isi durian dicincang kasar
Garam sedikit
Telur
Santan secukupnya

Gula melaka secukupnya, dicairkan dan sejukkan

Caranya:
Blendkan tepung, garam, telur, durian dan santan sehingga halus.
Masukkan gula melaka kacau sebati.
Masukkan isi durian dan kacau sebati.
Panaskan acuan apam balik dengan sedikit minyak disapu pada acuan.
Bakar sehingga masak, dan kepitkan apam balik.






Monday, 27 February 2017

Roti Jala & Kari Ayam Debel



Sumber Resipi Roti Jala: Azie Kitchen 
Roti Jala
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1 biji telur
3 cawan air / santan / air susu / air dicampur dengan sedikit santan
Sedikit pewarna kuning

Caranya:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan.
Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick.
Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat.
Kalau dah masak tak payan dibalik terus di angkat dan digulung.
Sesuai dimakan dengan kuah ayam masak kuzi.
Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tetap lembut seperti baru dimasak.

Recipe sourced: Family Kitchen with Sherson via AF
Debel Chicken Curry
Ingredients:
1 kg chicken
4 slices lengkuas
3 stalks serai
150g shallots
20gm kunyit
5 pieces buah keras
20g ginger
20g dried chili
2 teaspoons mustard seeds
1/2 kilogm potatoes
2 tablespoons mustard (next time to omit this, don't taste good)
4 tablespoons vinegar
1 tablespoon butter

Method:
Pound roasted mustard seed and salt.  Set aside.
Fry the blended ingredients until the oil separate.
Add chicken and fry for another 10 minutes and add potatoes.
Add water and bring to boil.
Add mustard seed, salt, mustard, vinegar and butter.








Friday, 12 February 2016

Apam Bakar Tok Chik
















Sumber resipi: Mat Gebu
Bahan-bahan:
1 1/4 camca teh instant yeast*
1/2 camca teh gula halus*
1 camca besar tepung gandum*
1/4 cawan air suam* (* disatukan, kacau rata dan rehatkan 10 minit hingga berbuih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca besar gula halus
1/4 camca teh garam
1 1/3 cawan air

Caranya:
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula dan garam.  Kacau rata.
Masukkan bancuhan ragi tadi, kacau rata.
Tuang air dan kacau hingga licin dan tidak berbintil-bintil.  
Tutup permukaan mangkuk tadi dengan plastik atau bungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih dan perap 45 minit atau 1 jam hingga adunan naik.
Panaskan acuan atas dapur, guna api paling kecil.  Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak makan (minyak kelapa) rata-rata.
Kacau bancuhan apam tadi dan tuang dalam bekas bermuncung (boleh guna jug penyukat).
Tuang 3/4 penuh ke dalam lubang acuan.
Bila permukaan apam nampak berbuih, tutup permukaan acuan dengan tudung periuk biasa atau tudung periuk kaca yang tahan panas.  Biar permukaan apam masak hingga menjadi pucat dan kering.
Ambil pencungkil gigi yang baru, kemudian longgarkan apam dari acuan tadi, perhatikan bawahnya, jika warna menjadi perang keemasan, boleh diangkat.
Lakukan kaedah sama sebelum melakukan proses seterusnya dan pastikan lubang acuan disapu sedikit minyak.
Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis, serikaya atau apa yang anda rasa sesuai


Tuesday, 1 September 2015

Apam Balik Nyonya



Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Telur
Secubit garam
Santan pekat

Gula melaka *
Gula perang *
Air * ~ dimasak sehingga gula larut dan biarkan sejuk dulu

Sedikit margerine
Daun pandan
Acuan apam atau kuali non stick yang kecil

Caranya
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender, blend sehingga halus.
Tapiskan.
Sapukan margerine pada acuan apam, biarkan panas.
Masukkan lebih kurang 1 sudu besar adunan dalam acuan, biarkan sebentar, kemudian ditutup sehingga masak.  Setelah masak, dilipat dua dan angkat. Tidak perlu diterbalikkan.
Kuih yang masak tidak melekit pada permukaannya.

Roti Jala Tanpa Santan / Susu dan Kari Ayam Pekat








































Resipi: Suriati Ramli / Sumber Resipi: AzlitaMasamManis.com

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Mentega untuk digris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Caranya:
Satukan semua bahan di atas dan kacau rata.
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus, kemudian tapis.
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas (guna api sederhana), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat.
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan.
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar.  Anggaran 6".
Tunggu hingga permukaan atas kering, ini bermakna dah masaklah.  Tak perlu dibalikkan.
Terus angkat dan lipat, terpulang kalau suka lipat boleh boleh bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti menggulung kuih dadar.
Ulangi proses yang sama hingga habis.

Kari Ayam Pekat:
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Minyak sedikit
1 labu bawang besar, dimayang
Daun kari
Sedikit biji sawi
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Serbuk lada putih *
Serbuk cili *
Serbuk kari *
Sedikit serbuk ketumbar *
Sedikit serbuk kunyit * ~ bahan-bahan bertanda * disebatikan dengan sedikit air
Pes halia/bawang putih
Garam
Ubi Kentang, jika suka
Santan cair
Santan pekat

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali, tumiskan bawang dimayang, daun kari, biji sawi, kulit kayu manis dan bunga cengkih selama 5 minit sehingga harum.
Masukkan bahan-bahan rempah serbuk, pes halia/bawang putih, ubi kentang dan air sedikit.
Tutup dan biarkan sebentar.  Kacau dan masukkan ayam bersama santan cair. Tutup semula dan masak dengan api yang perlahan, sesekali di kacau supaya tidak hangit.
Setelah ayam dan ubi empuk, masukkan santan pekat dan padamkan api setelah santan mendidih.