Sunday 24 June 2012

Pitted Prunes Cake

 Recipe By: Alan Ooi (In Love With Cakes)
Ingredients:
(A)
250g Butter
180g Brown Sugar
(B)
4 nos. Grade A Eggs
2 tbsp Black Treacle
2 tbsp Golden Syrup
1/2 tsp Cinnamon Powder
(C)
200g Plain Flour
1 tsp Baking Powder
1/2 tsp Baking Soda
(D)
150g Walnut (chopped)
200g Pitted Prunes (sliced)

Method:
Beat (A) till fluffy, add in (B) slowly and mix well.
Fold in (C) followed by (D) and stir till well incorporated.
Pour mixture into a lined and greased 10" cake tin, bake at 160C in a preheated oven for 50 to 60 minutes.



Kue Teow Goreng Kicap















Bahan-bahan:
Kue Teow
Kuchai
Taugeh
Kerang ( celur sehingga masak )
Fish kek / Fish Balls
Telur ( jika suka )

Bahan-bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos cili sedikit
Sedikit stok ayam
Lada sulah
Garam, jika perlu

Bawang putih dicincang halus
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau sehingga sebati.  Masukkan fish kek / fish balls dan dikacau lagi sehingga sebati.  Masukkan kue teow dan dikacau sehingga sebati, masukkan daun kucai dan kacau lagi sehingga sebati semua.
Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan hidangkan semasa masih panas.


Saturday 16 June 2012

Chives & Mangkuang (Sengkuang) Rolls

Recipe by : Chef Andrew Kow (Nyonya Kuih Passions)
Ingredients A:
150g glutinous rice flour
50g flour
50g tapioca flour
500ml water
2 eggs ( I used size C )
2 tsp salt
100g Chinese chives ( I used spring onions )
1 tbsp oil

Fillings:
$00g sengkuang ( I used carrots )
1 carrot
8 mushrooms
50g dried squid shreds

Seasonings:
a pinch of salt
a pinch of pepper
2 tbsp light soy sauce

Method:
Heat up some oil in pot, deep fry all fillings,add seasonings and mix well.
Mix ingredients A to form batter.  Heat up some oil in a pot, pour in ingredients A and deep fry until pastry sheet is formed, turn the other side and cooked till is done.
Wrap fillings with pastry sheet, roll up and serve.

Saturday 9 June 2012

Ikan Kembung Lemak Cili Hijau

Bahan-bahan:
Ikan Kembung dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, ketepikan
Serai - dititik
Daun kunyit - dicarik

Bahan rempah diblend hingga halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit
Kunyit hidup sedikit
Cili Hijau
Cili api hijau
1 biji buah keras
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit santan

Caranya:
Masukkan minyak untuk menggoreng ikan dan goreng sehingga masak (Kim suka yang garing).
Keluarkan sedikit minyak untuk menumis serai titik, daun kunyit dan rempah yang diblend tadi.
Tumis sehingga harum. Masukkan santan dan garam secukupnya. Dikacau sehingga masak dan angkat.
Kim tidak menggunakan santan yang banyak sebab nak kuahnya pekat sedikit.
Hidangkan bersama nasi putih panas.

  

Bingka Labu Lemak Tanpa Telur

 
Source : Kak Fida Myr  

Acuan 9x6" atau 2 biji acuan pecah 8
Bahan-bahan:
250g labu - tanpa kulit, direbus
1/2 cawan gula halus ( Kim - tidak perlu penuh )
1/2 cawan santan pekat ( Kim guna santan Kara )
3/4 cawan susu sejat / cair
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam ( Kim guna secubit besar )
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar margerin / mentega

Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan dalam blender dan kisar sehingga halus.
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapukan dengan mentega/margerin/minyak sayur.
Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga masak.  Cucuk dengan lidi jikalau keluar bersih bolehlah diangkat.
Sejukkan bingka, barulah dipotong kecil dan "ngap".

(Nota Kak Fida - dengan resipi yang sama boleh digantikan dengan kentang, keledek kuning/merah/oren atau ungu dengan kuantiti yang sama)

(Sembang Kim - Bingka yang terasa lemaknya dan sungguh sedap tanpa telur, cubalah senang bahan-bahan gerenti ada di rumah kecuali labu kenalah ke pasar. Kak Fida ini seorang guru yang tidak lokek dengan resipinya, kebanyakkan resipi beliau sudah dicuba dan memang sedap dan mudah.  Terima kasih Kak Fida semoga diberkati dengan ilmu yang dikongsi bersama) 

Friday 8 June 2012

Kek Cawan Nutella

Source: Puan Azlita (Masam Manis)

Bahan-bahan:
180gm mentega
100gm gula kastor
3 biji telur (saiz kecil Kim guna 4 biji telur)
1 sudu kecil esen vanila
200gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
30ml susu segar
Nutella secukupnya
Papercup secukupnya

Caranya:
Panaskan oven 170C.
Susukan cawan kertas di dalam loyang muffin.  Ketepikan.
Ayakkan tepung dan baking powder.  Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan esen vanila dan terus memukul.
Masukkan tepung dan susu secara berselang-seli ke dalam adunan dan kaup balik menggunakan spatula.
Masukkan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh (Kim mengguna sudu aiskrim dan Kim masukkan sebanyak 2 sudu).
Masukkan nutella kedalam piping bag dan pipekan nutella diatas adunan secara lingkaran ubat nyamuk.
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 hingga 20 minit.  (Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih  bolehlah diangkat)
Keluarkan dalan sejukkan atas redai.

(Sembang Kim : Kalau melihat hasil tangan Puan Azlita sungguh menarik dan menyelerakan juga cara beliau mengambil gambar-gambar masakan amat menarik hati untuk mencuba resipi beliau, terima kasih Puan Azlita kerana sudi berkongi ilmu masakan)

Sayuran Campuran Udang Kering Belacan


Bahan-bahan:
Terung - dipotong serong nipis
Bendi - dipotong serong
Kacang Botol - dipoton serong
Tauhu (optional) - dipotong memanjang
Petai

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
Udang Kering - direndam sehingga tak bergaram

Bahan-bahan penumis:
Bawang putih
Bawang merah
Belacan

Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup rasa
Air sedikit
Sos ikan

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan udang kering dan tumis sehingga harum kemudian barulah dimasukkan bawang putih, bawang merah dan belacan, tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan terung dan dikacau lagi sehingga terung bertukar warna.
Masukkan bendir, kacang botol dan petai dikacau sehingga rata, masukkan sedikit air.
Dikacau lagi sehingga sayuran hampir masak, masukkan garam, sos ikan dan tauhu.

(Nota: kalau nak menyelerakan lagi potongkan serong cili merah sebagai pewarna dan perasa, dimasukkan semasa sayuran hampir masak)