Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Thursday, 23 September 2021

Jagung Susu Cheese







Resepi by:resepicitarasawan.blogspot @ kakwan
Recooked by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
3 ketul Jagung potong 4 setiap satu
1/4 tin susu sejat
1/2 tin air
2 sudu besar mentega tawar
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 sudu teh garam, saya guna mentega bergaram jadi saya kurangkan
3 keping Cheesedale 
1 sudu teh daun parsley kering

Caranya:
Rebus atau kukus jagung sehingga masak, kemudian toskan airnya. 
Cairkan mentega, kemudian tambah susu sejat, air dan garam. 
Masukkan jagung, gaul rata. 
Tutup periuk, masak dengan api sederhana hingga mendidih. 
Akhir sekali masukkan kepingan keju. 
Siramkan kuah pada keju sehingga keju cair. 
Taburkan dengan daun parsley kering. 
Dah siap bolehlah di hidangkan. 




Sunday, 5 September 2021

Kacang Buncis, Labu Ular Cah Rempah






 













Bahan-bahan:
Kacang buncis yang saiz kecil lebih sedap
1 batang labu ular dihiris
1/2 labu bawang merah dihiris kasar
1/4 sudu teh biji sawi
Sedikit daun kari
1 batang cili hijau dihiris panjang
Garam dan perisa
Sedikit santan cair/air

Bahan-bahan diblend halus:-
2 sudu besar kelapa parut
1 sudu teh bijan putih
1/4 sudu teh biji jintan putih
2 sudu besar kacang tanah yang sudah disangai/kacang gajus/almond
1/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2" halia

Caranya:
Panaskan minyak.
Masukkan biji sawi, tumis sekejap saja kalau ditumis lama biji sawi akan rasa pahit.
Tambahkan bawang besar, tumis sehingga wangi.
Masukkan daun kari dan rempah yang dikisar, tumis lagi sehingga garing.
Tambahkan santan/air sedikit demi sedikit supaya tidak hangus.
Masukkan labu ular, garam dan perisa, bila labu ular dah hampir empuk, masukkan kacang buncis dan cili hijau.
Kacau beberapa kali, rasa dan angkat.
Kacang buncis tidak perlu dimasak terlalu lama.

Monday, 17 May 2021

Kobis Lobak Cah Berempah





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sedikit kobis hiris
1 batang lobak merah hiris 
Daun kari
1 biji cili merah hiris
6 biji tomato ceri potong 4
1/2 biji bawang besar hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 sdt pes bawang putih+halia
A sdt biji rempah campuran, nak guna biji sawi saja pun boleh
Sedikit serbuk kunyit
Perisa 
Garam
Air sedikit

Caranya:
Sangai rempah sayuran dulu, baru dimasukkan minyak, kacau hingga minyak panas, pastikan api kecil nanti pahit rempah. 
Masukkan bawang besar, kacau hingga layu. 
Masukkan pes bawang putih+halia, kacau. 
Masukkan daun kari kacau hingga wangi. 
Masukkan tomato dan cili merah, kacau sehingga tomato layu. 
Jika kering, masukkan sedikit air. 
Masukkan lobak merah dan kobis, kacau sehingga empuk. 
Masukkan perisa dan garam, kacau rata. 
Sedia di hidangkan dengan nasi putih. 




Monday, 3 May 2021

Peria /Kambas Cah Ikan Masin





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1/2 biji peria potong halus, rendam dengan air garam kemudian di bilas, supaya hilang rasa pahit 
Ikan masin, cuci dipaip saja
1 ulas bawang putih, cincang
1 sdt serbuk cili kisar kasar
Secubit mushrooms seasonings 
Garam tak perlu dimasukkan

Caranya: 
Panaskan minyak dikuali.
Masukkan ikan masin, goreng sehingga garing. 
Masukkan bawang putih, kacau dan masukkan serbuk cili, kacau sehingga serbuk cili masak.
Masukkan peria, kacau rata.
Masukkan sedikit air dan mushrooms seasonings, kacau sehingga sayur empuk. 
Rasa sebelum di hidang. 



Tuesday, 20 April 2021

Kailan Telur Masin






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sayur Kai Lan, cuci bersih, ambil daun saja dan potong kecil, nak hiris halus pun boleh, ambil
1 biji cili padi / cili merah, hiris serong
1 ulas bawang putih cincang halus
1 1/2 sdb mentega 
Serbuk telur masin
Serbuk kari jika suka atau cili flakes
Tepung jagung
Air / susu segar
1 biji telur dipukul sebati
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Gaulkan tepung jagung pada Kai Lan perlahan-lahan sehingga tersalut. 
Terus di panaskan minyak, goreng Kai Lan sehingga garing, angkat dan toskan. 
Guna kuali yang sama dan keluarkan minyak goreng jai Lan tadi. 
Masukkan mentega, dah cair tumiskan bawang putih, cili dan serbuk kari. 
Masukkan air sedikit supaya rempah kari masak. 
Masukkan telur, kacau dengan cepat. 
Masukkan lagi sedikit air atau susu segar, kacau dan tambahkan serbuk telur masin. 
Kacau sehingga sebati air meresap dan masukkan Kai Lan goreng. 
Gaul perlahan-lahan sehingga sebati. 


Tuesday, 16 February 2021

Tauhu Pok Sumbat Salad



Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Tauhu pok, belah bahagian atas dan kukuskan

Sos Mayonis roasted sesame seeds

Bahan-bahan inti, digaul rata:
Kobis ungu hiris halus
Daun kunyit hiris halus
Telur Dadar hiris halus
Bawang goreng jika suka

Caranya:
Sejukkan tauhu pok selepas dikukus. 
Sapukan Mayonis roasted sesame seeds kedalam tauhu pok. 
Sumbatkan bahan-bahan inti. 
Letak dipinggan hidangan. 
Hidangkan dengan tambahan sos jika suka. 


Thursday, 14 January 2021

Popia Sayuran





Cara menggoreng popia ikut cara @kualihelena
Resepi inti by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah saiz kecil, sagat
1 biji epal hijau, sagat
1 biji epal merah, sagat
1 biji tomato buang isi, dipotong
1 biji timun sagat
1 ulas bawang putih cincang halus

Kulit popia
Garam
Perisa
Minyak menggoreng

Gam popia: tepung + sedikit air

Caranya:
Masukkan 1 sdb minyak, tumis bawang putih sekejap.
Masukkan kesemua sayuran, garam dan perisa, gaul rata sehingga sedikit layu.  Tak perlu dimasak lama, tapis dan perahkan air. 
Sejukkan inti. 
Sediakan kulit popia, Letakkan inti ditengah, lipat kedua belah dan gulung jangan terlalu ketat. 
Panaskan minyak, api sedang, goreng popia dan sentiasa dikacau dan balik kan supaya masak sekata. 
Bila dah kekuningan bolehlah diangkat dan toskan minyak. 
Hidangkan bersama sos kegemaran. 




Monday, 11 January 2021

Tempe, Tauhu & Ikan Bilis Tumis Sos Pedas Korea





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 keping tauhu potong memanjang
1 bungkus tempe potong memanjang
Sedikit ikan bilis, bilaskan
1 paket kecil sos pedas Korea
Minyak menggoreng
Sedikit bijan putih
Sedikit hirisan daun bawang

Caranya:
Panaskan minyak, gorengkan tempe dulu sehingga masak, tak perlu garing sangat. 
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan minyak. 
Minyak tadi, goreng pula tauhu sehingga sedikit kekuningan, angkat dan toskan minyak. 
Kalau ada minyak sedikit yang lebih tadi bolehlah menggoreng ikan bilis, kalau tak ada pun tak, goreng ikan bi's tanpa minyak sehingga ikan kering. 
Kemudian masukkan tempe dan Tauhu, kacau rata. 
Kecilkan api, masukkan sos pedas Korea dan gaul sehingga sebati. 
Masukkan bijan putih, gaul rata. 
Padamkan api dan tabur hirisan daun bawang. 
Hidang dengan nasi putih atau pulut tak mengecewakan hidangan ini. 
Tip: tak perlu ditambah garam dan perisa bagi saya dah cukup, tapi terpulang pada tekak masing-masing. 



Tuesday, 5 January 2021

Salad Balsamic Vinegar





Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Sengkuang*
Timun*
Lobak merah* bertanda * dipotong panjang seperti mancis
Daun selasih / daun pudina

Bahan-bahan sos:
2 sdb cuka balsamic 
2 sdb jus lemon
1 sdb madu ikut kemanisan masing-masing 
Secubit garam
Sedikit lada hitam kisar

Caranya:
Bila nak makan, baru digaulkan kesemua bahan sos. 
Kemudian baru digaul sos dengan sayuran sehingga rata.
Hidangkan segera supaya tidak berair. 

Sunday, 20 December 2020

Ikan Kembong & Terung Blackpeppers





 Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Ikan kembung cuci bersih, perapkan dengan serbuk kunyit dan lada sulah, bila nak digoreng perahkan jus limau nipis
Terung dipotong panjang
Minyak menumis
Sos seafood Adabi
Kicap manis
Mentega
Sedikit air
Lada hitam tumbuk atau serbuk 
Hirisan cili opsenal

Bahan tumis:
Bawang besar hiris
Bawang putih cincang
Halia cincang

Caranya:
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak, letak dipinggan hidang dan ketepikan. 
Minyak sama, goreng Terung sehingga bertukar warna, angkat dan toskan minyak. 
Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak, cair kan butter. 
Tumiskan bawang besar sehingga menjadi karamel, taburkan sedikit garam. 
Masukkan bawang putih dan halia, kacau rata. 
Masukkan sos seafood, kicap manis dan lada hitam, gaul sebati dan masukkan sedikit air, renihkan sebentar. 
Masukkan terung dan kacau sehingga Terung masak. 
Kalau kering boleh ditambahkan sedikit air. 
Tak perlu dimasukkan garam dan perisa kerana dah cukup rasa. 



Monday, 30 November 2020

Salad Chicken Pepperoni bersama Telur Dadar








Recipe by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan sos, digaul sebati:
1 sdb bijan putih sangai, tumbuk sehingga halus
1 sdb bijan hitam sangai, tumbuk halus
1/2 sdb kacang tanah sangai tumbuk halus
1 ulas bawang putih 
1 sdb minyak zaitun 
1 sdb kicap cair
Rice vinegar secukup
1 biji jus perahan lemon
Lada hitam kasar
Gula perang / madu

Bahan-bahan salad:
Daun salad hiris
Lobak merah parut
Telur dadar
Chicken pepperoni