Showing posts with label Fish (Gravies). Show all posts
Showing posts with label Fish (Gravies). Show all posts

Saturday, 16 July 2022

Ikan Varuval

 





Resepi by:ambi's secret kitchen via youtube, thanks akka for scrumptious recipe
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Beberapa keping ikan senangin (guna ikan jenahak), cuci bersih dan toskan kering, gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, ketepikan. 
Gorengkan ikan separuh masak. 
Goreng dengan api sederhana dalam 2-3 minit, angkat dan ketepikan. 

Bahan-bahan rempah:
1 sdb jintan kasar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 biji pelaga
Daun kari
Cili kering dipotong dalam 1"
2 biji bawang besar, dicincang kasar atau hiris kasar
1 1/2 sdb pes bawang putih&halia

Bahan-bahan serbuk rempah (masala) :
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk ketumbar
2 sdb serbuk cili
1 sdb serbuk kari ikan
1/2 sdk gula, tak letak
1 sdk kicap manis

Minyak menumis
Sedikit air garam secukup
1 sdk jus perahan limau 

Caranya:
Masukkan minyak di kuali, panaskan sebentar, masukkan biji jintan, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga, kacau sebentar. 
Masukkan daun kari dan cili kering, kacau selama 1 minit. 
Masukkan bawang besar, tumis selama 2-3 minit sehingga layu, tak perlu tumis sehingga perang. 
Masukkan pes bawang putih dan halia. 
Tumis lagi selama 2 minit. 
Kecilkan api, masukkan rempah masala iaitu, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kari ikan, gula, garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan air secukupnya, kacau lagi. 
Kacau dengan api kecil, pastikan rempah masala tidak hangus. 
Kacaukan selama 3-5 minit.
Renihkan selama 2-3 minit, bila pecah minyak masukkan jus perahan limau.
Masukkan kicap, untuk mendapatkan warna yang cantik, kacau rata selama 2-3 minit. 
Bila semua dah sebati, masukkan ikan yang digoreng tadi. 
Gaulkan ikan perlahan, supaya rempah masala salut pada ikan, kemudian renihkan selama 5 minit supaya ikan masak sepenuhnya. 
Padamkan api dan hidang dengan nasi putih hangat. 





























Thursday, 3 November 2016

Pindang Ikan Tenggiri



Sumber resipi: racikanemak.blogspot.my
Bahan-bahan:
3 ekor atau 300g ikan tenggiri / patin segar, cuci sampai bersih
1 liter air

5 biji bawang merah *ditumbuk halus
3 biji bawang putih *ditumbuk halus
5 biji cili merah masak
1cm kunyit (letak serbuk kunyit)
2cm halia diketuk
2cm lengkuas diketuk
2 batang serai, diketuk
2 lembar daun limau nipis
2 lembar daun salam
1 biji tomato, potongkan
2 helai daun bawang, potong 2cm (tak letak)
1 ikan daun kemangi, petik daunnya (tak letak)
10 buah belimbing buluh atau jika tidak ada boleh diganti dengan 100g buah nenas dipotong ~ digantikan dengan jus limau
Garam secukupnya

Caranya:
Rebus air hingga mendidih, masukkan bahan halus bawang merah dan putih, tambahkan garam.
Kemudian masukkan ikan, halia, lengkuas, daun limau nipis, daun salam dan serai.
Masak sebentar, masukkan tomato dan belimbing buluh.
Sesaat sebelum diangkat masukkan daun bawang dan kemangi.

Saturday, 9 June 2012

Ikan Kembung Lemak Cili Hijau

Bahan-bahan:
Ikan Kembung dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, ketepikan
Serai - dititik
Daun kunyit - dicarik

Bahan rempah diblend hingga halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit
Kunyit hidup sedikit
Cili Hijau
Cili api hijau
1 biji buah keras
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit santan

Caranya:
Masukkan minyak untuk menggoreng ikan dan goreng sehingga masak (Kim suka yang garing).
Keluarkan sedikit minyak untuk menumis serai titik, daun kunyit dan rempah yang diblend tadi.
Tumis sehingga harum. Masukkan santan dan garam secukupnya. Dikacau sehingga masak dan angkat.
Kim tidak menggunakan santan yang banyak sebab nak kuahnya pekat sedikit.
Hidangkan bersama nasi putih panas.