Saturday 25 August 2012

Enoki Goreng Berempah

Bahan-bahan:
Enoki, bersihkan, potong bahagian hujung, leraikan satu persatu dan lapkan sehingga kering
Garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan salutan disatukan semua dan masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair:
1/2 cawan tepung kacang kuda
2 sudu besar tepung beras
Daun kari dihiris halus
1/2 paket perencah tom yam seri aji
1 sudu makan serbuk kari ikan
Air sejuk secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak di kuali, celupkan enoki pada bahan salutan, kemudian masukkan pada minyak yang telah panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sedap dimakan sebagai kudapan.

Chocolate Cupcakes


Source: Evelyn Gemima - My Baking Workshop





Ingredients (A):
170g Flour
1/2 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder
57g high quality cocoa powder ( Kim used black cocoa powder about 12g )
A pinch of salt

Ingredients (B):
230ml corn oil
100ml water
1/2 cup castor sugar ( Kim didn't reduced )
2 tsp instant coffee powder (optional) ( Kim also omitted )
1 tsp vanilla
2 eggs ( Kim used grade A )
230ml condensed milk ( Kim used about 140ml, stock not enough )

Frosting:
250g whipping cream
1 tsp vanilla
Chocolate rice for garnish
( Kim omitted frosting )

Method for cupcakes:
Sift together ingredients A into an electric mixer bowl.
In another bowl, mix together ingredients B.
On a low speed, gradually add in B ingredients into A and mix until well blended for 2 minutes ( DO NOT OVER BEAT ).
Bake into pre-heated oven at 160C for 15-25 minutes or until cooked.
Cool completely in wire rack and pipe the cupcakes with vanilla fresh cream frosting, sprinkle some chocolate rice on top.

Method for frosting:
In an electric mixer, beat whip cream.  Then add in vanilla, beat until soft peaks.  Ready to use.



 

Wednesday 22 August 2012

Popia Simpul


Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Serunding ( beli jer senang tak payah nak berdiri lama di dapur )

Caranya:
Mula-mula lipatkan kulit popia kepada 2 bahagian.  Kemudian ambil satu bahagian dan guntingkan lagi kepada tiga bahagian.
Dengan menggunakan 2 sudu bubuh inti di tengah dan rollkan sehingga dibahagian hujung, simpulkan kedua-dua bahagian dan letak di bekas sebelum digoreng sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan.
Simpan dibekas kedap udara.




Kuih Siput Kak Besah

 Resipi: kakbesah@myresipi.com
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari daging ( Kim terlupa nak letak )
1/3 cawan marjerin / butter
2/3 cawan santan
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
1 paket paste tomyam adabi
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula ( Kim tak bubuh )
Beberapa tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng terendam

Caranya:
Gaul rata tepung dan serbuk kari.
Kisarkan santan, bawang putih, tomyam paste, udang kering, garam dan gula sehingga hancur.
Ramas dengan hujung jari margerin dan tepung, bila dan rata campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi.  Uli sehingga menjadai satu doh yang kental (macam doh roti canai tu....)
Gentel bulat-bulat kecil-kecil doh, lepas itu lenyek atas acuan kuih siput sehingga menjadi seakan-akan kulit siput.
Panaskan minyak, gorenglah kuih siput dengan api sederhana, jangan kuat sangat supaya masak dalamnya dan rangup, sebab ia agak tebal.
Bila dan 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya, bila sudah garing dan masak, angkat dan toskan.
Bila sudah betul-betul sejuk, bolehlah simpan didalam bekas kedap udara.

Tuesday 21 August 2012

Kuih Kasturi / Kuih Rengas / Kuih Kacang Hijau


 Resipi: Hasue

Bahan-bahan:  
1 cawan kacang hijau - dibersihkan dan rendamkan semalaman
3/4 cawan gula pasir ( Kalau nak manis bolehlah bubuh 1 cawan gula )
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau

Caranya:
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika, rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
Apabila air rebusan hampir kering, tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar-benar kering (Hendaklah dikacau selalu apabila hampir kering untuk menggelakkan berkerak atau hangus.
Setelah benar-benar kering barulah dimasukkan gula dan garam tadi.  Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair itu.  Biarkan renih dan kering lagi sekali....kacau sekali sekala dan pastikan mengguna api sederhana.
Apabila sudah mula kering, perlahankan api dan kacau sentiasa.
Untuk memastikan inti kacang hijau sudah masak, kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang.....senyap macam kita menanak nasi dan tiada bungi seperti kata Hasue plup-plup, tandanya inti kacang hijau sudah masak.
Padamkan api dan sejukkan inti kacang hijau sepenuhnya sebelum dibentuk.

Bahan-bahan membuat adunan tepung / batter:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning

Minyak secukupnya untuk menggoreng lebih kurang 2 cawan

Caranya:
Dalam bekas, campurkan tepung, margerin, garam dan gula.  Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati.  Tambahkan sedikit pewarna kuning.
Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Cara Kim membuat batter:
1/2 cawan tepung gandum
1-1/2 sudu makan tepung kentang
1/3 sudu makan marjerin
Garam sedikit
Serbuk kunyit sedikit
Air secukupnya

Dalam bekas, masukkan kedua-dua tepung, serbuk kunyit, garam dan masukkan marjerin dan gaul ramaskan seperti serbuk roti.
Masukkan air secukupnya dan kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak, celupkan batter dengan inti kacang hijau dan goreng sehingga kuning keemasan.
 

 

Monday 20 August 2012

Ikan Kembung Rebus Sambal Cili

Bahan-bahan:
Ikan kembung rebus dibersihkan
Garam secukup rasa
Tomato dipotong kecil
Minyak untuk menggoreng ikan
Jus limau kasturi

Bahan-bahan sambal cili ditumbuk kasar:
Cili hidup
Bawang merah
1 biji buah keras

Caranya:
Gorengkan ikan kembung rebus sehingga masak/garing, angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan sedikit minyak menggoreng ikan tadi tumiskan bahan sambal cili sehingga garing.
Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato layu, masukkan garam secukup rasa.
Padamkan api dan masukkan jus limau kasturi secukupnya.

Ikan Kembung Rebus sambal cili lauk kegemaran Kim dan orang tersayang jugak suka makan ikan kembung rebus.  Kalau rasa malas bolehlah buat cili api kicap dan cicahkan bersama ikan kembung rebus, hu....kalau makan tak ingat siapa lagi.  Ini cuma citarasa Kim tak boleh nak dibayang keenakkan lauk ini, mungkin anda tidak suka tapi boleh cuba resipi ini kalau kita mengejar masa dan deman malas datang pada kita.



Gulai Merah Ketam

"Selamat Menyambut Lebaran bersama keluarga dan sahabat handai"














Bahan-bahan:
Ketam dibersihkan dan belah 2, ketuk-ketukkan sedikit
Daun Kari
Sedikit santan
Air
Garam secukup rasa
Gula sedikit
Minyak untuk menumis
Tomato dibelah 4

Bahan-bahan rempah diblend halus dan tapiskan airnya:
Cili Kering
1 biji Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
1 batang Serai 

2 sudu makan rempah kari ikan dicampurkan dengan air yang ditapiskan tadi

Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis rempah, masukkan daun kari, tumis sehingga berbau harum dan rempah garing.  Masukkan rempah kari kacaukan dan masukkan tomato dan ketam.
Kacau sehingga rata, masukkan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali apabila ketam hampir masak masukkan santan sedikit,
Kacau sehingga ketam masak bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih.
 

Saturday 11 August 2012

Gulai Ayam Beriani

Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam dibersihkan dan buang segala lelemak
4 biji Ubi Kentang dibelah 4
2 biji tomato
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Serai dititik 
Santan secukupnya

Bahan tumis diblend (1):
Bawang merah

Rempah beraini
Rempah kari dalam 2 sudu besar

Bahan-bahan diblend (2) dijadikan paste
Bawang putih
Halia
Sedikit air

Caranya:
Panaskan minyak sedikit untuk menumis bawang merah dan serai.  Kacau sehingga harum, masukkan ayam, tomato dan ubi kentang. Dibalikkan sebentar kemudian masukkan rempah beraini dan rempah kari kacau rata.
Masukkan rempah paste bawang putih & halia.  Tutupkan seketika sesekali dikacau nanti hangus dibahagian bawah.
Masukkan santan dan garam secukupnya.  Kepekatan kuah ikut selera masing-masing.
Sedap dimakan bersama nasi, roti ataupun lempeng.


Saturday 4 August 2012

Crunchy Chocolate Almond

 
Recipe: Chef Zubaidah - Jamuan Biskut
Ingredients A:
200g Butter
160g Icing sugar ( Kim used 140g )

Ingredients B:
100g shortening
320g plain flour
140g corn flour
2 tablespoon cocoa powder
30g almond nib

Garnishing:
Cooking dark chocolate ( melted )
White chocolate ( melted )
Colourful beads

Method:
Combine ingredients A.
Blend in ingredients B until well mixed.
Roll the dough flat with a rolling pin and cut into peanut shape with a cookie cutter.
Arrange on a greased baking tray and bake in a preheated oven at 150C for 30 minutes.
Leave to cool and dip cookies in the melted cooking dark chocholate.
Garnish with white chocolate and colourful beads. 

Cornflakes Drop

Resipi: Kak Pah / Resepi2011@myresipi.com

Bahan-Bahan: ( +/- 200 biji )
1 1/2 cawan tepung kek (Tepung naik sendiri)
3/4 cawan gula halus ( Kim guna 1/4 cawan gula halus)
250g Buttercup / mentega
1 biji telur 
1/2 camca teh vanila
Cornflakes secukupnya ~ 400 - 500g - diramas kasar-kasar 

Caranya:
Pukul butter dan gula halus dengan senduk kayu hingga agak kembang.
Masukkan telur dan vanila (digaul sebati).
Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga rata.  (Jangan tambah tepung adunan ini agak lembik).
Gunakan dua sudu kecil ambila - 1/2 sudu kecil dan dropkan ke dalam cornflakes gaulkan dan susun dalam loyang dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
Bakar dalam 15 - 20 min, suhu 160C sehingga agak kekuningan.
(Adunan in akan meleper).

(Nota Kim : Kim tak dropkan adunan dengan cornflakes sebaliknya Kim ramaskan sedikit cornflakes dan dimasukkan pada aduan.  Sebab itu cookies cornflakes Kim tidak meleper.  Walaupun cara membuat tidak sama biskut tetap sedap dan crunchy dengan bahan-bahan yang tidak mewah seperti kekacang, nestum, raisin dsb)

Red Pearl Cookies

 Resepi: Noorma / Sumber : Cendanakasih















Bahan-bahan: ( +/- 50 biji )
150g Butter
150g Tepung Gandum
75g Gula Kastor
60g Cornflakes (diramas sedikit)
50g Coklat Cip ( Kim guna semi sweet )
20g Ceri kering ( Merah / Hijau )
25g Badam / Gajus / Hazelnut ( dibakar kemudian hancurkan sedikit ) - Kim guna yang siap dipanggang kemudian dicincang kasar
1 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil emplex ( Kim jugak tak letak tetapi tetap rangup )

Hiasan:
Ceri merah dihiris halus memanjang
Sedikit kuning telur

Caranya:
Pukul butter dan gula hingga sebati ( Guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter saja).
Campurkan semua bahan kering, kacau sebati.
Guna sudu kecil ( Kim guna sudu 1 teaspoon ), jemputlah adunan ke atas dulang pembakar atau jemput dan buatkan seperti bebola (bila dibakar, bisukut akan leper dengan sendiri).
Sapukan kuning telur diatas biskut dan letak ceri merah.
Bakar pada oven bersuhu 165C selama 30 minit.
  

Sotong Masak Serai

 
















Resepi: daniadin@myresipi.com / source: Ayu / Kurniaanmu
Bahan-bahan:
300gm Sotong putih
Segenggam Kacang buncis dipotong panjang
2 biji Tomato dibelah enam

Bahan-bahan dikisarkan:
3 cili padi / 20-25 biji ( Kim guna 10 biji cili padi + 5 biji cili hijau )
2 batang serai 
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Belacan sedikit

200g air asam jawa ( Kim jugak guna 1/2 cawan air asam jawa )
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Sedikit Air ( Kim guna air dari tapisan bahan blend )

Caranya:
Sotong putih dibersihkan.
Cili, serai, bawang putih, bawang merah dan belacan dikisar dan tumiskan sehingga naik baunya.
Masukkan kacang buncis, tomato dan kacau sebati, masukkan sedikit air dan kacau sehingga kacang hampir empuk, masukkan sotong, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Sotong jangan dimasak terlalu lama nanti liat.