Bahan-bahan:
Enoki, bersihkan, potong bahagian hujung, leraikan satu persatu dan lapkan sehingga kering
Garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan salutan disatukan semua dan masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair:
1/2 cawan tepung kacang kuda
2 sudu besar tepung beras
Daun kari dihiris halus
1/2 paket perencah tom yam seri aji
1 sudu makan serbuk kari ikan
Air sejuk secukupnya
Caranya:
Panaskan minyak di kuali, celupkan enoki pada bahan salutan, kemudian masukkan pada minyak yang telah panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sedap dimakan sebagai kudapan.
No comments:
Post a Comment