Saturday, 8 September 2012

Karipap Pusing / Karipap Putar / Karipap Lapis












Resipi: Alex Goh / Sumber : Mat Gebu


Bahan-bahan Pastry (A):
260g tepung gandum
50g margerine
20g gula halus (Kim tak bubuh)
1/4 camca teh garam
140ml air (kurang lebih, jangan masukkan sekali gus)

Bahan-bahan Pastry (B):
180g tepung gandum
80g lemak sayur (shortening)

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.  Ketepikan (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh.
Rehatkan doh "A" dan "B" selama 20 minit.
Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar.  Bulat-bulatkan.
Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak diatasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi.  Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan dua, kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hinnga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm.  Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian.  Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi.  Ambil 1 potongan, leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm.  Isikan inti pada bahagian atas yang dicanai (jangan terbalikkan selepas mencanai) dan kelim seperti membuat karipap biasa.
Buat hingga siap.
Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja.  Jangan goreng banyak serentak, masukkan dalam 2-3 sekali goreng, berhati-hati semasa membalikkan karipap.
Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap.  Bolehlah dihidangkan. 

(Kalau ingin melihat gambar step-by-step bolehlah merujuk di dapur Mat Gebu dan Ika. Karipap ini kejadian agak besar dan boleh makan 1 saja, kalau lebih terasa muak, walau bagaimanapun resipi ini rangup dan sedap).

Karipap Pusing : Lynn MyR
Sumber: Arah - Kurniaanmu (Ijayuji)

Doh berminyak
150g (Margerin + Shortening atau apa jenis minyak sayur) - lebihkan shortening daripada penggunaan margerin
300g tepung gandum

Doh biasa
700g tepung gandum
1 sudu teh garam
Air (anggaran dalam 2 cawan, kalau doh lembik tambah sikit tepung)
Sedikit Margerin yang dipanaskan 

Caranya:
Step 1:
Margerin + Shortening diuli dengan 300g tepung gandum.  Uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah-olah berminyak.  Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik-kecil lagi cepat.  Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah tu bila goreng nanti doh karipap menjadi macam berderai.  Jadikan kepada 8 doh.
Step 2:
700g tepung gandum + air + air garam.  Uli hingga licin juga ikut seperti step 1 dan bahagikan kepada 8 doh
Step 3:
Ambil doh biasa canaikan sedikit jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak diatasnya dan balut semula menjadi doh yang besar.
Step 4:
Ambil doh yang telah dijadikan satu tersebut dan canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai.  Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar. (Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini untuk penerangan gambar yang lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?ca=4).
Step 5:
Setelah itu, anda akan mendapat 2 doh golongan tikar.  Ambil satu doh gulungan tikar dan canai lagi kedalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai ini.
Biarkan bentuknya lonjong (boleh ke blog kurniaanmu untuk gambar) kemudian gulung semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya.  (Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini).
Step 6:
Doh yang telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.
Setelah doh dipotong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap di atas permukaan doh yang dicanaikan tadi, kemudian kelim seperti biasa.
Dah siap dan nampakjalur gemilang karipap tu, boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu.



(Karipap ini bila makan tak terasa muak, sedap dan rangup.  Pastikan tidak menguli terlalu lama dan uli dengan lembut, supaya adunan tidak liat)     
Gambar copy paste step-by-step Kim ambil dari Arah Kurniaanmu, halalkan ya



No comments:

Post a Comment