Saja nak namakan nasi goreng merah, sebenarnya nasi goreng ini nasi goreng cili. Sesekali biar bagi gempak sikit. Ok, jom tengok resipi dibawah.
Bahan-bahan:
Nasi semalaman yang disejukkan secukupnya
Kacang ABC campuran
Sos ikan
Garam sedikit
Kiub ikan bilis jika suka
Telur
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan blend halus:
Bawan merah
Bawang putih
Cili kering
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali dan tumiskan bahan-bahan blend sehingga pecah minyak.
Masukkan kacang ABC campuran dan kacau sebati, ketepikan ditepi kuali.
Pecahkan telur didalam kuali dan goreng sehingga masak, hancur-hancurkan sedikit dan gaulkan pada rempah yang diketepikan. Kacau rata, masukkan garam, kiub ikan dan kacau lagi. Masukkan nasi sejuk, sos ikan dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga nasi goreng kering, angkat dan hidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment