Bahan-bahan:
Ubi kentang dipotong kecil dan goreng sehingga masak, ketepikan
Garam secukupnya
Sos tiram
Air sedikit
Minyak untuk menumis
Serai - dititik
1 helai daun limau purut - disiatkan
Lengkuas - dihiris kasar
Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah
Bawang putih
Bawang merah
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dari menggoreng ubi kentang tadi.
Masukkan serai, daun limau purut dan lengkus dan bahan-bahan yang ditumbuk kasar, tumis sehingga wangi.
Masukkan sos tiram dan kacau rata, masukkan ubi kentang dan sedikit air terus mengacau sehingga sebati.
Rasakan garam, tambah jika perlu dan kepekatan kuah ikut suka, kalau nak berkuah masukkan lebih air.
No comments:
Post a Comment