Monday 25 November 2019

Enoki Goreng Seaweed






Sumber resipi: @kualihelena, kalau nak cara lebih detail pergi ke ig @kualihelena
Bahan-bahan:-
Enoki
Seaweed
Tepung bestari, guna tepung tempura
Minyak menggoreng
Telur dikocok

Caranya:
Ambil sedikit enoki, balutkan dengan seadweed, gamkan dengan telur.
Panaskan minyak dikuali.
Ambil enoki yang telah dibalut celupkan pada telur dan gaulkan pada tepung Bestari.
Lakukan cara yang sama sebanyak 2kali, sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Goreng sehingga kecoklatan, angkat dan toskan minyak.

Bayam Cah Tauhu Kering




Bahan-bahan:
Bayam
Bawang putih dicincang
Tauhu kering rendam sebentar dan hiriskan
Cili merah dihiris
Maggi seasonings
Garam secukupnya
Air

Tauhu Kering Telur Masin






Bahan-bahan:
Tauhu kering
Minyak menggoreng
Daun kari
Cili padi
Bawang putih dicincang halus
Serbuk telur masin Bestari
Margarine

Bahan-bahan salutan:-
Telur dikocok
Tepung beras

Caranya:
Panaskan minyak dikuali.
Goreng tauhu kering yang telah disalutkan dengan telur dan tepung beras.
Goreng sehingga keemasan, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Masukkan margerin sedikit kedalam kuali, tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi.
Masukkan telur masin kacau sehingga sebati.
Padamkan api dan masukkan tauhu kering, pecahkan sedikit.
Gaul sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.



Ayam Renih Kacang Panjang






Sumber resipi: via youtube themeatmen channel. Asal resipi menggunakan isi ikan dan peria

Bahan-bahan untuk ayam goreng, diperapkan selama 30 minit:
Ayam dipotong kecil
Serbuk lada
Sedikit garam
1/2 biji putih telur

Bahan-bahan salutan ayam:
Tepung kentang, guna tepung jagung

Minyak menggoreng

Cara menggoreng ayam:
Panaskan minyak dikuali.
Keluarkan ayam dari peti sejuk, ambil seketul ayam dan gaulkan pada tepung kentang, goncangkan lebihan tepung sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Goreng ayam sehingga berwarna kecoklatan, angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Bahan-bahan tumis:
Bawang putih dihiris
Halia muda dihiris
Daun bawang bahagian putih dihiris

Bahan-bahan sos:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap pekat
Kacang hitam
Sedikit gula

Air secukupnya

Kacang panjang atau peria dihiris
Cili merah dihiris 
Daun bawang hijau dihiris

Caranya:-
Gunakan minyak menggoreng ayam tadi, gorengkan sebentar kacang panjang, angkat dan toskan minyak.
Keluarkan minyak tadi dan masukkan sedikit sahaja minyak tadi semula kedalam kuali.
Masukkan bahan-bahan tumis, bawang putih, halia dan daun bawang putih, kacau sebati.
Masukkan peria (kalau menggunakan peria) atau masukkan ayam, kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
Masukkan air sedikit sahaja kerana ayam sudah digoreng tadi, tutup dengan penutup.
Sesekali dikacau sebati, masak sehingga kering air.
Masukkan kacang panjang setelah ayam empuk, kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi putih hangat.

Ayam Goreng Ketumbar























Bahan-bahan, diperap selama +/- 3 jam:
Kepak ayam
Sos tiram
Sedikit kicap pekat
Kicap manis
Maggi Seasonings
Serbuk ketumbar
Serbuk lada sulah
Serbuk cili kashmiri
Bijan
Daun pandan dipotong kecil

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Tepung gandum

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:-
Selepas diperap, keluarkan kepak ayam dari peti sejuk, biarkan sebentar.
Panaskan minyak dikuali.
Ambil tepung beras dan tepung gandum, masukkan kedalam bekas yang berasingan.
Setelah minyak panas, ambil seketul ayam gaulkan pada tepung beras dulu diikuti dengan tepung gandum, goncangkan lebihan tepung, sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Gorengkan ayam bersama daun pandan dengan menggunakan api yang sedang.
Goreng sehingga ayam masak.
Toskan minyak.


Sunday 17 November 2019

Ikan Bilis Masak Daun Ketumbar






Sumber resipi: Majalah Rasa by Putri, asal menggunakan ayam
Bahan-bahan untuk Ayam Daun Ketumbar:-
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sdm serbuk kunyit
2 sdm serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan kisar, jangan dikisar halus, harus dikisar kasar:-
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili merah
1cm halia
1cm lengkuas
1 pokok daun ketumbar

Caranya:-
Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak.
Seterusnya panaskan minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar.
Tumis sehingga naik bau.  Perasakan secukupnya.
Setelah bahan kisar masak, masukkan ayam goreng tadi.
Kacau sehingga sedikit kering.
Hidangkan.

Bahan-bahan untuk Ikan Bilis Daun Ketumbar:-
Ikan bilis
Jus perahan limau nipis
Serbuk kunyit
Serbuk ketumbar

Caranya:-
Ikan bilis dibilas sekejap dan toskan air, kemudian gaulkan dengan jus perahan limau nipis, toskan.
Gaulkan dengan serbuk kunyit dan serbuk ketumbar dan perapkan.
Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan minyak dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama tadi, masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Perasakan dengan secukupnya.
Setelah bahan-bahan kisar masak dan sedikit kering, padamkan api dan tunggu sejuk dulu baru dimasukkan ikan bilis.
Gaul ikan bilis dengan perlahan-lahan.
Hidangkan.

Mee Hoon Goreng






Sumber resipi: @kualihelena
Bahan-bahan:-
200gm Suun, ganti dengan Mee Hoon

Bahan-bahan tumis:-
2 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih, ditumbuk
Cili padi diketuk, jika na pedas
2 ~ 3 sdm cili boh

Bahan-bahan sos:-
2 sdm sos tiram
2 sdm sos cili
2 sdm kicap manis
2 sdm kicap pekat

Air secukupnya
Garam secukup rasa
Maggi perisa

Bahan-bahan pelengkap:-
Fish Cake
Fish balls
Telur dadar
Daun kucai
Jus limau kasturi, ganti dengan jus limau nipis

Bahan-bahan taburan:- saya tambah
Daun ketumbar
Cili potong
Bawang goreng

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Masukkan cili boh, masak sehingga pecah minyak.
Masukka bahan-bahan sos dan air, kacau sebati.
Masukkan sedikit garam dan perisa, jika perlu.
Masukkan fish cake dan fish balls.
Masukkan mee hoon, gaul sebati.
Akhir sekali masukkan daun kucai atau sayuran yang disukai.
Kacau sebati dan boleh dihidangkan.
Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.


Caranya

Tuesday 12 November 2019

Tauhu Kering Gulung Pes Ikan dan Burger Biji Teratai





Tauhu Kering Gulung Pes Ikan
Bahan-bahan:-
Tauhu kering, rendam sekejap dengan air dan toskan air
Ambil sekeping tauhu kering dan masukkan pes ikan.
Gulung dengan kemas dan gamkan dengan sedikit bancuhan tepung.
Masukkan minyak dikuali dengan api sederhana.
Gorengkan tauhu kering sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Cicah dengan sos cili.

Burger Biji Teratai
Bahan-bahan:-
Biji teratai dihiris
Minyak menggoreng

Bahan-bahan inti burger, gaul sebati dengan isi ayam:
Isi ayam dicincang
Sedikit perisa maggi
Sos seafood cili
Seulas bawang putih dicincang
Sedikit halia dicincang
Sedikit minyak
Sedikit tepung

Caranya:-
Rendam biji teratai dengan sedikit air garam.
Bilas dan toskan air.
Kepitkan isi ayam dengan biji teratai.
Buat hingga habis dan simpan di peti sejuk sebentar.
Panaskan pengukus.
Bila air mendidih, masukkan biji teratai dan kukus selama 30 minit.
Angkat dan toskan air.
Sediakan minyak dikuali, goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.

Monday 11 November 2019

Pes Ikan Cah Lada Benggala






Bahan-bahan:-
Pes ikan
Lada benggala merah
Lada benggala kuning
Lada benggala hijau
Lobak merah dihiris
Halia muda dihiris

Bahan-bahan tumis:
Bawang putih dicincang
Minyak menumis

Bahan-bahan sos, dikacau sebati:-
Sos tiram
Sos ikan
Sos American Garden Worcestershire
Sedikit serbuk lada
Maggi Seasonings
Air perahan limau nipis

Caranya:-
Bentuk pes ikan ikut suka.
Sediakan air mendidih dan masukkan pes ikan.
Bila timbul di permukaan air, angkat dan rendam dalam air sejuk.
Kemudian toskan air.
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bawang putih dan hirisan halia sehingga wangi.
Masukkan kesemua lada benggala, lobak merah dan pes ikan.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
Rasa dan masak sehingga semua sayuran empuk.
Angkat dan hidangkan.

Lala Sos Blackbeans




Bahan-bahan:-
Lala, cuci dengan serai yang ditumbuk
Minyak menumis
Akar ketumbar, cincang
Bawang putih, cincang
Halia muda hiris
Cili padi hiris
Daun ketumbar hiris

Bahan-bahan sos digaul sebati:-
Sos blackbeans
Sos hoisin
Air sedikit

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan akar ketumbar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
Masukkan lala, kacau sehingga lala terbuka.
Kalau tak buka kulitnya. buangkan lala itu.
Hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar dan cili padi.

Sup Bebola Telur Dadar





Bahan-bahan:
Pes ikan
Bawang goreng
Tauhu kering hiris
Serbuk lada sula
Daun ketumbar hiris
Stok ikan / air biasa
Sedikit sos ikan
Telur kocok dan dadarkan
Garam secukup rasa
Sedikit air perahan jus limau nipis
Akar ketumbar
Bawang putih dicincang kasar
Halia muda dihiris

Caranya:-
Tauhu kering rendam sebentar dan hiris.
Sediakan periuk yang diisi air, masak sehingga air mendidih.
Ambil sedikit pes ikan, bentukkan menjadi bebola dengan menggunakan sudu.
Masukkan kedalam air yang mendidih.
Setelah timbul dipermukaan, angkat dan rendam dalam air sejuk.
Masukkan stok ikan kedalam periuk bersama sedikit sos ikan, garam, air perahan limau nipis, akar ketumbar, bawang putih dan halia.
Setelah mendidih masukkan bebola ikan, telur dadar dan tauhu kering.
Rasa dulu, padamkan api, bila sudah mendidih semula.
Hidangkan bersama bawang goreng, hirisan ketumbar dan daun bawang.

Ayam Varuval






Sumber resipi:thyagacook.blogspot.com
Bahan-bahan, diperap selama 1 jam:-
500gm ayam dipotong kecil
2 sdm serbuk kari daging
2 sdm serbuk cili
1 sdt serbuk garam masala
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumis (A):-
1 sdm pes bawang putih
1 sdm pes halia

Bahan-bahan (B):-
1 biji tomato, dicincang
1/4 cawan air

Bahan-bahan rempah tumis:-
1 biji bawang besar, hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1/2 sdt biji sawi
4 ~ 5 biji cili kering
2 tangkai daun kari
5 ~ 6 sdm minyak

Caranya:-
Panaskan miyak dikuali.
Masukkan bahan rempah tumis, tumis sehingga bawang merah bertukar keperangan.
Masukkan bahan A dan tumis sehingga hilang bau mentah bawang putih.
Masukkan bahan B, kacau rata.
Masukkan ayam yang diperap, kacau rata.
Tutup dengan penutup kuali, guna api yang kecil.
Tak perlu dimasukkan air lagi kerana ayam akan keluar air.
Masak sehingga ayam empuk dan kering.
Hidangkan dengan nasi putih/biryani.

Monday 4 November 2019

Ayam Panggang Pedas



























Bahan-bahan:
6 keping kepak ayam

Bahan-bahan perapan, gaul sebati:
Kicap cair
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit kicap manis
Air perahan halia
Sos cili pedas
Gula perang
Minyak zaitun
Garam jika perlu
Bawang putih dicincang halus

Caranya:-
Masukkan kepak ayam kedalam mangkuk besar.
Masukkan kesemua bahan-bahan sos.
Perapkan semalaman atau selama 4 jam.
Keluarkan dan masukkan kedalam kuali, balik-balikkan dengan sos sehingga menjadi sedikit pekat.
Sediakan pemanggang ajaib.
Sapukan sos pada kepak ayam dan panggang sehingga masak.

Tofu Telur Gulik-Gulik





















Bahan-bahan:
1 tiub tofu telur, potong dan buat 3 lubang

Bahan-bahan sumbat, digaul sebati:-
Sedikit isi ayam dicincang halus
1/2 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit perisa

Bahan-bahan sos, digaul dengan sedikit air:
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa

Caranya:-
Sediakan pengukus.
Susun tofu telur di pinggan.
Sumbatkan isi ayam di bahagian berlubang.
Kukus sehingga masak.
Tuangkan bahan-bahan sos dan kukus sebentar.
Hidangkan panas-panas.

Siakap Kukus Evergreen






Bahan-bahan:
Ikan Siakap
Limau nipis hiris halus dan buang biji
1 batang serai diketuk
1/2 biji cili merah hiris halus
Sedikit dau ketumbar

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Air perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Gula putih secukup rasa
4 biji cili hijau dicincang
8 biji cili padi hijau dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
2" halia muda dicincang

Caranya:-
Sediakan pengukus.
Letak ikan diatas serai.
Masukkan kesemua bahan-bahan sos atas ikan.
Kukus sehingga ikan masak.
(Nota: Boleh juga guna separuh bahan-bahan sos dan letak atas ikan, separuh lagi lepas ikan sudah masak, letak atas ikan dan panaskan tanpa ditutup dengan penutup.  Supaya warna hijau lebih menyerlah).

Sunday 3 November 2019

Salad Mangga





















Bahan-bahan sos:
Air perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Sos Ikan
Gula Perang
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi merah
4 biji cili padi hijau
1 batang akar ketumbar

Caranya:-
Tumbuk bawang putih, akar ketumbar dan cili padi.
Masukkan air perahan limau nipis, sos ikan, garam, gula palm dan gula perang.
Gaul sebati, rasa dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan taburan, gaul rata:-
Kacang tanah sangai dan tumbuk
Bijan putih sangai
2 sdm beras perang sangai dan tumbuk
2 sdm ikan bilis goreng garing

Bahan-bahan salad mangga:-
1 biji mangga muda, parut
1 biji timun buang empulur dan parut
Kulit Limau Nipis
Tomato hiris
Cili merah hiris

Caranya:-
Manggan dan kesemua sayuran yang diparut dimasukkan ke dalam mangkuk.
Simpan di peti sejuk.
Bila nak dihidangkan, gaul dengan sos dan bahan taburan.