Monday 11 November 2019

Ayam Varuval






Sumber resipi:thyagacook.blogspot.com
Bahan-bahan, diperap selama 1 jam:-
500gm ayam dipotong kecil
2 sdm serbuk kari daging
2 sdm serbuk cili
1 sdt serbuk garam masala
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumis (A):-
1 sdm pes bawang putih
1 sdm pes halia

Bahan-bahan (B):-
1 biji tomato, dicincang
1/4 cawan air

Bahan-bahan rempah tumis:-
1 biji bawang besar, hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1/2 sdt biji sawi
4 ~ 5 biji cili kering
2 tangkai daun kari
5 ~ 6 sdm minyak

Caranya:-
Panaskan miyak dikuali.
Masukkan bahan rempah tumis, tumis sehingga bawang merah bertukar keperangan.
Masukkan bahan A dan tumis sehingga hilang bau mentah bawang putih.
Masukkan bahan B, kacau rata.
Masukkan ayam yang diperap, kacau rata.
Tutup dengan penutup kuali, guna api yang kecil.
Tak perlu dimasukkan air lagi kerana ayam akan keluar air.
Masak sehingga ayam empuk dan kering.
Hidangkan dengan nasi putih/biryani.

No comments:

Post a Comment