Showing posts with label Kuih Muih - DiGoreng. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih - DiGoreng. Show all posts

Thursday, 26 January 2023

Lentil Fritters





Resepi by:@kidilanbites, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 cawan Chana dal/Tur dal
Sedikit halia
2 biji cili hijau
2 biji cili kering
Daun kari
10 ulas bawang merah kecil atau 1 biji bawang besar
Garam secukup rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar tepung beras
2 cubit Hing (asafoetida) 
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Rendam kacang dal selama 1/2 jam, saya rendam 4 jam. Selepas direndam tapiskan airnya dan ketepikan. 
Masukkan dal, cili hijau, cili kering, bawang dan halia kedalam blender. Blend kan tanpa air seketika. 
Masukkan bahan kisaran di mangkuk, tambahkan garam, jintan manis dan daun kari, gaul sebati. 
Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan leper kan sedikit. Adunan boleh di bentuk nipis atau tebal. Masukkan kedalam minyak panas. Goreng sehingga keperangan. 
Angkat, toskan minyak dan hidang panas-panas. 



Thursday, 11 November 2021

Aachi Bonda Flour Mix







Kudapan yang ringkas tapi sedap
Bahan-bahan:
1 kotak Aachi Bonda Flour Mix
1 biji bawang besar saiz kecil, hiris
1 biji cili hijau, cincang
Sedikit daun kari dan daun ketumbar, cincang
Sedikit air
Minyak menggoreng
Garam tidak perlu

Caranya:
Panaskan minyak dengan api sedang. 
Masukkan 1 kotak Aachi Bonda Flour Mix kedalam mangkuk. 
Masukkan bawang besar, cili hijau, daun kari dan daun ketumbar, gaul sebati. 
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lembut dan boleh di jemput dengan tangan. 
Jemput sedikit adunan dengan tangan, bulatan dan masukkan kedalam minyak panas. 
Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan tos minyak. 
Hidangkan dengan chutney atau sos kegemaran. 



Sunday, 20 December 2020

Creamy Cheesy Popia Carbonara








 Resepi by: Saiful Nasuha via rasa.my 

Recooked by:kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sedikit butter / margerine 
1 tin Pergo sos carbonara
6 batang sosej potong dadu
Isi ayam cincang
1/2 bawang Holland*
3 ulas bawang putih*
1/2 batang carrot*
3 keping cheese dale 
Mozzarella cheese
2 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
Sedikit susu segar / 2 sdb susu tepung fullcream
Serbuk lada hitam kisar
Serbuk lada sulah
Oregano kering dan parsley kering

Caranya:
Kisar bahan bertanda * untuk pekat kan kuah nanti. 
Panaskan butter/marjerine, masukkan sosej dan isi ayam cincang, masakkan seketika. 
Masukkan bahan kisar tadi masak sehingga mendidih. 
Masukkan bancuhan tepung, susu dan Sos carbonara. 
Masukkan serbuk lada hitam dan putih. 
Akhir sekali masukkan cheese, masak sehingga kuah pekat. 
Dah suam, masukkan dipeti sejuk +/- 30 minit, barulahboleh memuaskan proses membalut popia. 
Inti jangan diletak banyak, Pastikan sos pekat supaya bila menggoreng tidak pecah dan jangan digulung terlalu panjang. 
Kalau digulung pendek bahagian tepi tidak terkeluar inti bila digoreng. 
Makan semasa masih panas. 
Saya tak masukkan garam dan perisa kerana dah cukup rasa. 


Sunday, 25 October 2020

Cucur Oren





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 biji oren, sagat kulit oren
Jus dari 1 biji oren
Susu segar secukupnya
Secubit garam
Baking soda
Sedikit serbuk pala
1 sdm gula perang
Minyak menggoreng

Caranya:
Parut kulit oren, perahkan jusnya. 
Masukkan jus oren kedalam mangkuk yang besar. 
Masukkan serbuk pala, garam dan gula perang, kacau sehingga gula larut. 
Masukkan tepung gandum dan baking soda, gaul sebati. 
Tambahkan susu secukupnya, gaul sehingga mendapat adunan yang sedikit pekat. 
Rehatkan adunan sebentar. 
Panaskan minyak dikuali. 
Ambil sesudu adunan dan masukkan kedalam minyak panas. 
Terbalikkan bila adunan sudah set. 
Goreng cucur oren sehingga kecoklatan. 

Nota: enak dicelup dengan sos coklat, sos karamel atau cream cheese. 
Kalau tidak mau dicelup dengan sos, boleh ditambah gula perang sesuai selera. 

Saturday, 6 June 2020

Karipap
























Resepi by:erinsza.com, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung beras
1 sdb tepung ubi kayu
1 senduk kecil minyak ~ guna 1/4 cawan minyak
Air sejuk +/- 1/4 cawan campurkan dengan secukup garam

Cara membuat kulit karipap:
Panaskan minyak sehingga benar-benar panas. 
Campurkan kesemua tepung itu kedalam minyak panas. 
Gaulkan dengan mengguna sudip kayu sehingga berderai. 
Masukkan air garam sedikit demi sedikit sehingga tidak melekat ditangan. 
Jangan dimasukkan air lagi jika adunan dah sebati. 
Uli adunan hingga menjadi doh. 
Rehatkan selama 30 minit. 
Lepas tu bolehlah dicanai nipis dan dibentuk.






Sunday, 31 May 2020

Karipap Inti Kentang Udang Kering













Resepi kulit karipap by: via@bawangchannel ~  by: Mss January
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
3 sdb margerine
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air suam *larutkan dengan
1/2 sdt garam*

Caranya untuk kulit:
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung, kacau rata. 
Panaskan minyak, masukkan margerine sampai cair dan mendidih. 
Tuangkan minyak panas kedalam bekas tepung. 
Gaulkan dengan sudip hingga sebati. 
Masukkan garam kedalam air suam, kacau sehingga garam larut. 
Tuangkan air kedalam bekas tepung, gaul sampai menjadi doh. 
Guna tangan untuk menggaul dengan mudah. 
Jangan dimasukkan banyak air nanti tidak menjadi. 
Bila dah sebati, perapkan dan tutup sehingga 30 minit ~ 1 jam. 

Inti karipap:
Resepi by:@kim_kimberly1509
6 biji ubi kentang potong dadu
1 bawang merah besar dicincang
3 ulas bawang putih cincang halus
1" halia cincang
1 sdt jintan putih
1 sdb udang kering rendam dan cincang
Daun kari
Daun ketumbar
1 sdb serbuk kurma
1 sdt serbuk perencah sup
Garam
Gula
Perisa
Minyak menumis
Air sedikit

Caranya:
Kukus/rebus kentang hingga empuk, toskan airnya dan ketepikan.
Masukkan minyak dikuali.
Tumiskan biji jintan putih, masukkan udang kering, kacau sehingga wangi.
Masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia, kacau sebati.
Masukkan perencah sup dan serbuk kurma, masukkan ubi kentang dan sedikit air, kacau rata.
Masukkan garam, gula dan perisa secukupnya.
Masak sehingga rempah masak dan kering airnya.
Sejukkan inti baru diisi pada kulit karipap yang sudah digelek nipis.






Popia Sayur






Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Kulit popia secukupnya

Bahan inti:
3 ulas bawang putih cincang
1/2 biji sengkuang
1 lobak merah saiz sederhana
1 sdb membukit udang geragau boleh skip kalau tiada
Lada putih
Garam dan secukup rasa

Caranya:
Sagat sengkuang dan lobak merah, perah sikit airnya.
Tumis bawang putih dengan udang geragau dengan sedikit minyak.
Dah harum, masukkan sayuran, perisa, garam dan lada putih.
Masak sekejap cukup hingga layu.
Sejukkan dulu inti.
Ambil sekeping kulit popia, isikan inti pada kulit popia.
Gulungkan, lipat kedua belah kulit, sapukan dengan gam tepung.
Gulung  dengan kemas, buat hingga habis.
Kemudian goreng garing dengan api sederhana.
Siap dicicah dengan sos cili Thai atau sos bawang putih.

Friday, 28 February 2020

Popia Otak-Otak




Sumber resipi: Puan Eka Zahra via Nazurah Hassan, siraplimau.com
Bahan-bahan:-
1 tin Tuna in Water (buang airnya dan tumbuk hancur)
1 sdb santan pekat
1 biji telur dipukul sedikit
2 sdb tepung ubi kayu
Garam secukup rasa
Serbuk perisa
Minyak menumis
Kulit popia

Bahan-bahan kisar:-
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras (optional)
1/2" halia
1 batang serai bahagian putih saja
2 sdb cili kisar, ikut tahap kepedasan

Caranya:-
Mula-mula kisar bahan-bahan kisar diatas.
Kemudian tumis bahan kisar tersebut sehingga garing.
Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
Seterusnya campurkan tuna, bahan-bahan yang dah ditumis, santan, tepung ubi kayu, telur, garam, gula dan perisa.
Gaul sebati.
Ambil sekeping kulit popia, sudukan inti dan lipat.
Oles bahagian hujung dengan bancuhan tepung dan air sebagai pelekat.
Goreng popia sehingga garing dan berwarna keemasan.
Angkat dan toskan minyak.
(Nota: kalau ada lebih dan belum digoreng, boleh simpan stok frozen.  Bila nak makan, boleh keluarkan dan terus digoreng).

Monday, 17 February 2020

Jamaican Salted Fish Fritters






Recipe by: @immaculatebites via ~ www.africanbites.com
Ingredients:-
1/2 pound salted cod fish or use any white fish
2 tbsp baking powder
1 cup all-purpose flour
1 tsp granulated garlic
1/2 tsp smoked paprika
1/2 tsp sugar
1/2 medium onion diced
1/2 tsp minced scotch bonnet peppers (replace with hot sauce)
3 tbsps parsley minced
1 tsp fresh thyme minced
2 tbsps minced red bell pepper
1 large egg
1/3 ~ 1/2 cup milk or water
Freshly grated pepper to taste
Vegetable oil for frying about 3 cups

Method:-
Soak salted fish in water overnight or several days (water changed several times).
Drain and shred fish, using a food processor to achieve a really fine shred.
If not finely shred by hands.
Combine the dry ingredients; flour, baking powder, smoked paprika, granulated garlic and sugar.
Stir for about a minute then add onion, salted shredded fish, thyme, red bell pepper, scotch bonnet pepper, parsley and egg.
Whisk until ingredients have been blended.
Then add milk gradually starting from about 1/3 cup until desire thickness.
Adjust seasonings. You may have to do a test taste first.
Heat oil to 350 degrees in a skillet or saucepan.
You may also use a oil test by dropping a 1" square of bread into  the oil.
If it takes 60 seconds to brown, then the oil is at around 350 degrees.
Carefully placed a spoonfuls of the batter into the hot oil and fry fro 3 ~ 4 minutes or until the fritters are crisp and golden brown.  (You may need to do this in batches).
Remove from the pan with a slotted spoon and set aside.
You may drain on paper napkins to remove any excess oil.

Tuesday, 11 February 2020

Popia Goreng Dan Inti Daging (Ayam) Masak Siam






Sumber resipi untuk inti:@kualihelena ~ Daging Masak Siam
Bahan-bahan:
Kulit popia
Minyak menggoreng

Bahan-bahan inti, gaul sebati dan diperapkan selama 30 minit.
Isi ayam dicincang
Serbuk kunyit
Sedikit baking soda

Bahan-bahan ditumis:-
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Serai dihiris
Cili padi hijau dihiris (nak lebih pedas boleh ditambah)
Daun limau purut dihiris
Sos cili
Kicap manis
Maggi perisa
Garam jika perlu
Minyak menumis

Caranya memasak inti:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan cili padi, kacau sebati.
Masukkan isi ayam, kacau sebati.
Masukkan sos cili, kicap manis dan maggi perisa.
Kacau sehingga kering dengan api dapur yang perlahan.
Tak perlu dimasukkan air.
Tutup dengan penutup, kacau sesekali.
Masukkan daun limau purut, gaul sebati.
Rasa dulu sebelum dipadamkan api.
Sejukkan.

Cara menggoreng popia:-
Ambil sekeping kulit popia, masukkan sedikit inti.
Tutup dan gulung dengan kemas, buat sehingga habis.
Panaskan minyak dikuali, goreng popia sehingga kelihatan pucat.
Angkat dan goreng semula sehingga kuning keemasan.
Boleh juga menggunakan air fryer.




Sunday, 12 January 2020

Cekodok Ikan Bilis Kak Rose




Sumber resipi: rasa.my Kak Rose
Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
Segenggam taugher (nak letak banyak pun boleh tapi agak-agak). Nak elok beli taugeh kering, taugeh yang tak direndam di dalam air
2 biji bwang besar hiris halus
5 batang cili kering (nak pedas boleh tambah)
Semangkuk kecil atau segengam ikan bilis (rendam)
1 sdm gula
1 sdt garam (ikut citarasa)
1 sdt soda bikarbonat
1 sdm serbuk penaik
1 biji telur (tak kisah gred apa)
Air secukupnya

Caranya (A):-
Satukan tepung, taugeh, bawang, garam, gula, telur, serbuk penaik, serbuk soda dalam 1 bekas besar, gaul sebati.

Caranya (B):-
Kisar cili kering dan juga ikan bilis.

Caranya:
Campurkan bahan-bahan (A) dan (B) dan air, gaul sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Adunan rehatkan dalam 5 ~ 10 minit biar apa yang ada dalam bekas adunan tadi mengembang.
Masa menggoreng pastikan minyak letak lebih dan betul-betul panas untuk mendapatkan hasil bulat itu.
Kacau selalu, aras api dikurangkan semasa proses mengacau.
Garam jangan terlebih sebab ikan bilis dah masin.

Tip: Untuk pastikan adunan kita itu cantik, selepas proses mengaul kesemua bahan jemputkan sedikit adunan itu, jika boleh dijemput bermakna adunan itu elok dan hasil akan cantik.

Monday, 28 October 2019

Cucur Udang Pasir Berempah




























Bahan-bahan:
Udang pasir
1 ulas bawang putih dicincang halus
Daun kari dihiris
Daun limau purut dihiris
Bawang besar dihiris
1 biji telur
Serbuk kari
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan putih
Tepung beras cap teratai
Sedikit tepung ubi kayu
Serbuk perisa
Gula perang
Garam secukupnya
Air sejuk secukupnya
Minyak menggoreng

Caranya:-
Campur kesemua bahan-bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk yang besar.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. 
Kacau sehingga menjadi adunan yang sedikit pekat. (Tapi jangan dikacau terlalu lama, sekadar kaup balikkan dan sebati).
Panaskan minyak dikuali bersama senduk.
Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam senduk yang panas.
Letakkan pada minyak yang panas, sambil digoyangkan sedikit dan boleh larut ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

(Nota: Kalau tak ada letak telur pun boleh, kalau letak adunan akan jadi garing diluar dan lembut didalam)


Sunday, 7 July 2019

Cucur Daun Kari







Bahan-bahan:-
Tepung gandum
Daun kari dihiris kalau daunnya lebar
Cili merah dihiris
Bawang besar dihiris
Lobak merah dihiris/parut
Kiub ikan bilis
Serbuk kunyit
Garam
Air suam
Minyak menggoreng

Caranya:
Masukkan air dalam periuk dan didihkan.
Setelah mendidih, angkat dari api, masukkan daun kari, bawang besar, cili, lobak merah, kiub ikan bilis, serbuk kunyit dan garam secukupnya, kacau sebati.
Masukkan tepung gandum bila air telah suam, kacau sebati.
Sediakan minyak di kuali.
Setelah panas, ambil adunan dengan menggunakan sudu makan, dan goreng sehingga kekuningan.
Toskan minyak sebelum dihidangkan.