Sumber resipi: Puan Eka Zahra via Nazurah Hassan, siraplimau.com
Bahan-bahan:-
1 tin Tuna in Water (buang airnya dan tumbuk hancur)
1 sdb santan pekat
1 biji telur dipukul sedikit
2 sdb tepung ubi kayu
Garam secukup rasa
Serbuk perisa
Minyak menumis
Kulit popia
Bahan-bahan kisar:-
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras (optional)
1/2" halia
1 batang serai bahagian putih saja
2 sdb cili kisar, ikut tahap kepedasan
Caranya:-
Mula-mula kisar bahan-bahan kisar diatas.
Kemudian tumis bahan kisar tersebut sehingga garing.
Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
Seterusnya campurkan tuna, bahan-bahan yang dah ditumis, santan, tepung ubi kayu, telur, garam, gula dan perisa.
Gaul sebati.
Ambil sekeping kulit popia, sudukan inti dan lipat.
Oles bahagian hujung dengan bancuhan tepung dan air sebagai pelekat.
Goreng popia sehingga garing dan berwarna keemasan.
Angkat dan toskan minyak.
(Nota: kalau ada lebih dan belum digoreng, boleh simpan stok frozen. Bila nak makan, boleh keluarkan dan terus digoreng).
No comments:
Post a Comment