Sumber resepi: Noni Wahab via saji online.com.my
Bahan-bahan:-
3 keping ayam dipotong dadu
1 labu bawang holland hiris
3 sudu besar sos cili pedas (tambah 4 sdb serbuk cili sebab tak cukup pedas)
1 biji lada Benggala merah dipotong dadu
1/4 cawan limau kasturi (guna 1 biji jus limau nipis)
80ml kicap cair
100gm keladi potong dadu dan goreng empuk (kukus sehingga empuk)
2 sudu besar minyak masak
2 tangkai daun kesum
Caranya:-
Tumiskan hirisan bawang besar Holland sehingga wangi.
Masukkan ayam dang goreng sehingga masak.
Masukkan sos cili pedas, kicap cair dan jus limau kasturi.
Kemudian masukkan lada benggala, kacau perlahan sehingga sebati.
Masukkan keladi dan daun kesum.
Kacau sebentar sehingga daun kesum layu.
Masukkan sedikit air jika suka, kacau seketika.
Angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment