Friday 14 February 2020

Apam/Lempeng Thai





Sumber resipi:@mheememhor
Bahan-bahan:-
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu teh yis
1 cawan gula, guna 1/2 cawan guna perang
2 cawan santan cair
2 kuning telur dipukul sehingga lembut
Sedikit minyak dan daun pandan untuk dilenser pada kuali

Caranya:-
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali santan dan kuning telur kedalam mangkuk besar.
Kacau sebati, tuangkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak berketul.
Masukkan kuning telur yang sudah dipukul.
Kacau sebati, kalau perlu tapis dulu, agar adunan tidak bergentel.
Rehatkan selama 1 jam.
Sediakan kuali non stick yang sudah dipanaskan, sapukan sedikit minyak.
Ambil 1 senduk besr adunan, masukkan kedalam kuali.
Bila adunan sudah berbuih sedikit, tutupkan sebentar.
Adunan telah masak bila permukaan tidak melekit.
Angkat dan lipatkan.
Hidangkan semasa masih panas, bila dah sejuk sedikit kering.
Ambil satu sendu 

No comments:

Post a Comment