Sunday 29 July 2012

Telur Dadar Mayonis Mini

Bahan-bahan dipukul sehingga sebati:
Telur
Cili merah masak dihiris
Daun Bawang dihiris
Kacang buncis dihiris
Garam secukupnya
1 sudu besar Mayonis
Sedikit garam
Serbuk lada sulah
Bawang merah besar dimayang

Minyak sedikit

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali non stick. 
Masukkan 2 sudu besar telur dan dadarkan sehingga kekuningan terbalikan, setelah kedua permukaan kuning boleh diangkat. 

Ayam Masak Merah Tanpa Santan


Bahan-bahan:
Ayam dibersihkan dan buangkan segala lemak
1 batang serai dititik

Bahan-bahan blend sehingga halus (tapiskan air dan simpan):
Cili merah masak
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Buah keras
1 batang Serai
Air sedikit

Daun limau purut disiatkan
Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, masukkan serai titik dan bahan-bahan rempah dan tumis sehingga rempah berbau wangi dan garing.
Masukkan ayam dikacau sehingga ayam bertukar warna, masukkan air dari tapisan rempah.
Masukkan garam dan sekali sekala dikacau sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
Kepekatan kuah ikutlah selera memasing.

Sungguh mudahkan...., tak payah nak memeningkan kepala.  Kalau tidak cukup bahan-bahan didapur boleh mencuba.
 

 
 
 

Kacang Buncis Belacan Cah Tauhu














Bahan-bahan:
Kacang buncis dihiris panjang
Tauhu dipotong panjang

Bahan-bahan blend/tumbuk:
Cili merah
Belacan sedikit
Bawang merah kecil
Bawang putih
Udang Kering/Ikan bilis (direndam dan sangaikan)

Minyak menumis sedikit
Air sedikit
Garam secukup rasa
Sos ikan sedikit

Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan rempah sehingga wangi dan masukkan kacang buncis dan kacau sehingga sebati.  Masukkan sedikit sos ikan, air dan tauhu, kacau perlahan-lahan kerana tauhu mudah hancur sebab tidak digoreng.
Masukkan garam secukupnya, kacau sehingga kacang buncis masak bolehlah diangkat. 

 

Tat Nenas


Sumber : Kak Jee

Bahan-bahan: 
300g tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula aising )
200g butter beku
2 kuning telur
Secubit garam, jika menggunakan unsalted butter 

Inti: Jem nenas ( Boleh dibeli dan gaulkan dengan dua sudu besar butter, gaul sampai sebati, ini akan melembutkan jem nenas )
Atau
Inti yang dimasak sendiri: 
250g nenas yang telah disagat
150g gula pasir
1 sudu besar jus lemon
Caranya:
Masakkan nenas sampai agak-agak pekat baru bubuh gula......masak lagi sampai pekat, jika suka boleh masukkan tepung jagung sikit untuk memekatkan.

Caranya:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising ke dalam bekas.
Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Masukkan garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari sehingga berderai (rub-in method).
Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.
Simpan dalam 20 minit dalam peti ais.
Canaikan menjadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter.
Bakarlah sampai masak lebihkurang 25 minit.  Guna suhu kepanasan 150C - 175C (bergantung kepada oven memasing).

 
  

Biskut Coklat Badam Garing












Resipi: Chef  Zubaidah - Jamuan Biskut

Bahan-bahan A:
200g Mentega
160g Gula Aising ( Kim guna 140g )

Bahan-bahan B:
100g Lelemak / lemak putih
320g Tepung Gandum
140g Tepung Jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
30g Badam nib ( Kim guna badam yang telah siap dipanggang dan dicincangkan )

Hiasan:
Coklat masakan hitam (dicairkan)
Coklat putih (dicairkan)
Manik warna warni

Caranya:
Sebatikan bahan-bahan A.
Masukkan semua bahan B dan uli sehingga adunan sebati.
Canai dan terap doh dengan acuan berbentuk kacang.
Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit.
Setelah biskut sejk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam.  Hiaskan dengan coklat putih dan manik warna warni.

Minta maaflah kepada kekawan dan kepada semua umat islam selamat menyambut ibadah puasa Ramadhan Al-Mubarak. Masih tak terlambatkan untuk mengucapkan salam Ramadhan walaupun sudah berpuasa selama 9 hari. 

Sunday 15 July 2012

Mee Siput Cah Kicap




Bahan-bahan:
Mee siput - dicelurkan sehingga lembut
Sawi dipotong panjang
Tauhu kering dipotong panjang
Cili merah dihiris panjang
Cili kuning dihiris panjang
Taugeh
Sedikit isi ayam / udang / sotong  (Ikut kesukaan memasing)

Bahan-bahan tumis:
Bawang putih dicincang halus
Halia muda dihiris
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit kuib maggi perisa ayam
Lada sulah

Sedikit air

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga berbau harum, masukkan halia yang dihiris dan kacau sebati. 
Masukkan isi ayam dan tumiskan sehingga rata, masukkan bahan-bahan sos, kacau sehingga rata.
Masukkan sawi, cili merah dan kuning, dikacaukan sehingga layu.  Masukkan sedikit air dan kacau.
Masukkan mee siput dan gaulkan sehingga rata.  Rasakan garam jika kurang bolehlah dimasukkan sedikit.
Akhir sekali sebelum diangkat masukkan taugeh.
Kacau sehingga sebati, angkat dan hidangkan

Capati

Bahan-bahan:
250gm Tepung atta
1 sudu besar minyak sapi / butter
Garam secukupnya
1 sudu teh bread softener
Air secukupnya

Minyak untuk disapukan pada kuali non stick
Kain bersih

Caranya:
Masukkan tepung atta, minyak sapi dan bread softener di dalam mangkuk adunan.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
Rehatkan dalam 30 minit, diuli semula dan pukul-pukulkan sedikit.
Bahagikan kepada beberapa biji dan gelekkan sehingga bulat.
Panaskan kuali non stick disapukan dengan sedikit minyak.
Gunakkan kain yang bersih untuk mengekan bahagian permukaan secara perlahan.
Setelah bahagian atas masak, terbalikkan bahagian bawah, lakukan seperti diatas sehingga bahagian bawah masak.
Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama kuah kesukaan masing-masing.

Pau Kukus




Resipi: Ton / Sumber: CT Delima
Bahan-bahan:
250gm (2 1/2 cawan) tepung pau diayak / tepung gandum / tepung low protein
3gm (3/4 sudu teh) yis kering
2gm (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu besar) gula kastor
20gm (1 sudu besar) lelemak sayuran
2gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Caranya:
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit (Jika tidak cukup bolehlah ditambahkan air suam, masukkan sedikit demi sedikit). 
Masukkan lelemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi yang dipotong 2" x 2" (boleh jugak menggunakan kertas cupcakes yang nipis) dan susun didalam pengukus.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Didihkan air didalam periuk pengukus.  Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.  Kukus pau selama 10 minit.

Jika menggunakan bread maker:
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kastor, bread softener dan lelemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
Biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).

Tips: Air perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.

Tuesday 10 July 2012

Donut Ball

Resipi: DayangJack
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein / tepung gandum
1 sudu besar margerin
1 biji telur
1 sudu teh pelembut doh
1 sudu teh yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
90ml susu segar ( -/+ ) (Kim guna susu low fat)
1/2 sudu teh pes pandan atau pandan emulco
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan sadurang / topping:
Coklat masakan secukupnya / Kacang tanah / Gula icing atau gula halus

Caranya:
Kisar / putar margerin, telur, susu segar, pes pandan, gula pasir dan garam sehingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya.
Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisarkan tadi, masukkan yis dan pelembut doh.
Uli sehingga menjadi doh.  Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20 - 22 bahagian dan bentukkan seperti bebola.
Gunakan sedikit tepung untuk menbentuknya.  (Sekiranya doh melekat di tangan).
Susunkan diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung.
Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng.  Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi sehingga keperangan.  Angkat dan toskan.
Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Kim sadurkan donut dengan coklat masakan dibubuh separuh bahagian donut dengan kacang tumbuk, macam Ferrero Rocher ehem!!!...
Walaupun menggunakan tepung high protein dan donut menjadi padat apabila digoreng ia tetap lembut.

Sunday 8 July 2012

Ayam Goreng Crispy


Bahan-bahan:
Ayam dibersihkan, dipotong kecil, buangkan kulit dan lemak
Tepung Salutan Asli Jenama Kijang
Minyak untuk menggoreng
Daun kari secukupnya

Bahan-bahan perapan, diperap selama 1 jam:
Sedikit lengkuas
Sedikit halia muda
2 batang serai
5 ulas bawang putih
Garam secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak di kuali.  Ambil ayam yang telah diperap tadi digaulkan dengan tepung goreng asli, lalu dimasukkan di kuali.
Api dapur hendaklah besar pada mulanya dan dikecilkan api dapur setelah dimasukkan ayam tadi.  Masak sehinnga ayam empuk dan tiada air darah keluar dari ayam.  Sebelum diangkat bolehlah dibesarkan api semula. 
Tujuannya supaya ayam tadi garing.

Nasi Lemak Tumis

 
Nasi Lemak Tumis:
Beras secukupnya
Air santan secukupnya
Garam secukup rasa
Daun Pandan
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar dan ditumis:
Bawang merah
Bawang putih

Caranya:
Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan garing, masukkan beras yang telah direndam dalam 20 minit dan gorengkan sebentar.
Angkat dan masukkan diperiuk masak nasi, kemudian masukkan santan, garam dan daun pandan.
Tanak sehingga air kering dan boleh dipadamkan api.

Sambal Ikan Bilis:
Ikan bilis dibasuhkan sebentar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus, tapiskan airnya dan ketepikan:
1 sudu besar Cili kering mesin
2 biji Cili merah
1 biji buah keras
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih

Caranya:
Panaskan minyak untuk menggoreng ikan bilis.  Goreng sehingga ikan bilis garing, angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi, masukkan bahan-bahan kisar.  Tumis sehingga garing dan wangi masukkan air tapisan bahan kisar tadi.  Kacau sehingga pekat sedikit masukkan garam, gula dan air asam jawa.  Kacau sehingga masak.
Ikan bilis bolehlah dimasukkan apabila sambal sudah sejuk, tujuannya untuk mendapatkan kerangupan ikan bilis. 


Cempedak Goreng


Bahan-bahan:
Cempedak
Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan salutan, dibancuh sehingga sebati:
Tepung beras
Sedikit potato starch
Garam
Serbuk kunyit
1 sudu besar Margerine
Air sejuk secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak secukupnya di kuali.  Pastikan api dapur dibuka besar dan minyak panas, barulah dimasukkan cempedak.
Kecilkan api semula dan sekali-sekala dibalikkan cempedak.
Masak sehingga kekuningan dan boleh ditoskan.

Saturday 7 July 2012

Apam Dot-Dot



Resipi: Lilydvalley / Source: Hana

Bahan-bahan:
3 biji telur dari peti sejuk (Kim guna gred C)
275gm tepung gandum
220gm gula halus/kastor (Hana guna 180gm, Kim guna 170gm)
150gm susu segar (Kim guna low fat milk)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallette
1/2 penutup esen vanilla

Filling: Blueberry secukupnya (Masukkan ke dalam piping bag)
(Filling boleh diganti dengan bebagai inti kesukaan memasing)
Pewarna kegemaran beberapa titis

Piping Bag secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Caranya:
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa. 
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).  Gunting bahagian hujung sedikit sahaja.
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang. 
Picitkan filling blueberry secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.  Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
(Boleh didotkan atau pusing seperti lingkaran nyamuk).
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit.

Tips dari Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus.  Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman jadik ler kang apam mekar! hihi (berdasarkan pengalaman).
Bubuh esen vanilla untuk mengurangkan bau telur.

Cara Kim: bubuh daun pandan kedalam air kukusan.  Bahan-bahan diatas tak perlu nak mengayak.

Sambal Goreng Tempe

Bahan-bahan:
Tempe dipotong memanjang, digoreng dan ketepikan
Tauhu dipotong memanjang, digoreng dan ketepikan
Ikan Bilis digoreng dan ketepikan
Cili merah dihiris memanjang
Kacang tanah digoreng dan ketepikan
Sedikit Air Asam Jawa
Kicap pekat
Garam secukup rasa
Gula (optional)

Bahan-bahan tumis diblend:
Cili merah / cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan sedikit

Caranya:
Tumiskan bahan-bahan blend sehingga garing dan wangi, masukkan kicap pekat dan kacau sehingga sebati.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula dikacau lagi sehingga sebati.
Masukkan tempe, tauhu, cili merah dan masak sehingga air kering bolehlah dipadamkan api.
Angkat kuali dari api dan masukkan ikan bilis digaul sehingga rata.  Akhir sekali taburkan kacang tanah.
Kemudian bolehlah dihidangkan.

Friday 6 July 2012

Nigella Chocolate Chip Muffin

Source: Photo a day (Recipe Nigella Lawson)















Makes 12 muffins
Ingredients:
1 3/4 cups all purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
2 tablespoons best quality cocoa powder (Kim used dark cocoa powder)
3/4 cup superfine sugar (Kim used icing sugar 1/2 cup less a little bit) 
3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling
1 cup milk (Kim used Low Fat)
1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil (Kim used corn oil)
1 egg (Kim used 1 egg size C)
1 teaspoon pure vanilla extract

Preheat the oven to 170C degree.

Method:
Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar adn 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl.
Pour all the liquid ingredients into a measuring jug.  Mix the dry and wet ingredients together, remembering that A LUMPY BATTER MAKES THE BEST MUFFINS
Spoon into the prepared muffin cases.
Spinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen dan springy.

Cah Kacang Botol

Bahan-bahan:
Kacang botol dibersihkan dan potong menyerong
Bawang merah besar di hiris
Cili merah di hiris memanjang
Garam secukup rasa
Air sedikit
Minyak untuk menumis
Bawang putih dicincang kasar

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan bawang merah besar dan tumis sehingga layu, masukkan bawang putih cincang dan tumis sehingga wangi.
Masukkan kacang botol, cili merah dan garam secukupnya.  Kacau sebentar dan masukkan air sedikit, dimasak sehingga kacang empuk.
Bolehlah diangkat.

Coklat Chips Famous Amos Cookies



Source: Hana
Resipi: MMamie
Bahan-bahan Diayak:
280gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10gm (asal 3 tsp) serbuk koko 
2 tablespoons tepung jagung
1 teaspoon soda bikarbonate (asal 1/2 tsp)
2 tablespoons susu tepung
Secubit garam (Kim tak letak)

Bahan-bahan lain:
250gm mentega
150gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur (Kim guna gred C) 
100gm (1/2 cawan) coklat chip
100gm sebarang kekacang seperti walnut, badam, gajus dll yang dicincang atau kismis - optional
(Kim guna 50gm kismis dibelah dua dan 50gm kekacang badam yang siap dipanggang)

Caranya:
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang. (Kim tidak menggunakan mixer malas nak kemas nanti, hanya mengguna senduk kayu dan pukul sehingga kembang).
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau sehingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chips dan cincangan kekacang dan kismis.  Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.  Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun diatas dulang pembakar.  Perhatian : Jangan letakkan bebola rapat-rapat antara satu sama lain kerna bebola ini akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
Bakar pada suhu 160C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Rendang Rempah Baba's



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dibersih dan buang segala lemak dan kulit
1 batang Serai dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Santan dari 1/2 biji kelapa
Air dari tapisan bahan-bahan blend
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 paket Rendang Mix Baba's dibancuh dengan sedikit air

Bahan-bahan diblend halus dengan air dan tapiskan:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas sedikit
Kunyit sedikit 
Halia sedikit
3 batang Serai

Caranya:
Panaskan minyak, masukkan serai titik, daun limau purut dan kunyit, tumiskan sebentar dan masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga garing dan wangi.  Masukkan rempah rendang mix dan kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati dan ayam bertukar warna.  Masukkan air tapisan blend dan kacau lagi.
Masukkan santan dan biarkan rendidih dan sekali-sekala hendaklah dikacau supaya tidak hangus.
Masukkan garam dan apabila ayam empuk dan hampir kering bolehlah dimasukkan kerisik.  Kacau sehingga sebati dalam 5 minit dan bolehlah diangkat.

Thursday 5 July 2012

Timun Cah Telur

Bahan-bahan:
1 biji timun dibuang kulit dan dihiris menyerong
1 biji telur
1/2 biji bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dicincang kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air sedikit

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih sehingga layu, pecahkan sebiji telur di dalam kuali, pastikan bawang putih tidak hangus (kerna bawang putih mudah hangus) dikacau dan masukkan bawang besar lalu ditumis sehingga bawang besar layu.  Masukkan timun dan kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air dan garam.  Setelah dimasukkan timun jangan dimasak terlalu lama kerana ingin mendapat kerangupan timun (harap faham ler atau ikut suka cara memasing).

Sotong Inthai


Bahan-bahan:
3 ekor Sotong dibersihkan, buang kulit dan dikelar dibahagian dalam
1 biji tomato dipotong baji
1 biji cili merah di potong serong dan buang biji
1/2 biji bawang besar
Daun bawang dipotong panjang

Bahan-bahan tumis:
4 ulas bawang putih dicincang kasar
Sedikit lengkuas dihiris halus
1 batang serai dihiris dan baki bahagian hujung diketuk
Sedikit halia muda dihiris
Daun limau purut disiat
6 biji cili padi (kepedasan ikut selera)

Minyak untuk menumis
Sos ikan
Sos tiram
Garam jika perlu
Gula sedikit jika suka

Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.  Masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, halia muda, bawang besar, cili padi dan bawang putih, ditumis sehingga harum.  Masukkan cili merah dan tomato dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan sos ikan dan sos tiram secukupnya.  Selepas itu bolehlah dimasukkan sotong dan jangan masak terlalu lama nanti sotong akan menjadi liat.  Jika kurang garam bolehlah dimasukkan sedikit garam.  Kacau sehingga sotong sebati bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas. 

Sunday 1 July 2012

Kacang Panjang Tumis Sos Tiram

Bahan-bahan:
Kacang panjang dipotong ikut suka
Tauhu dipotong kecil & digorengkan sebentar
Bawang besar merah dihiris halus
Sos tiram
Garam jika perlu
Air sedikit
Minyak sedikit untuk menumis

Bahan tumis dicincang halus:
Bawang putih

Caranya.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.  Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang layu.  Masukkan sedikit sos tiram dan kacaukan supaya sos tidak hangus.
Masukkan kacang panjang dan dikacau sehingga sebati.
Masukkan tauhu dan air sedikit, dimasak sehingga kacang lembut.
Rasakan garam, jika perlu masukkan sedikit garam.

Ayam Rendang Kunyit


Bahan-bahan:
 Ayam dibersihkan & di potong sedang
Serai dititik
Daun kunyit dicarik 
Kerisik
Garam secukupnya
Santan
Minyak untuk menumis rempah

Bahan-bahan rempah diblend sehingga halus: 
Cili kering
Bawang merah kecil
Bawang putih
Lengkuas
Halia sedikit
1" Kunyit hidup
Serai

Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis serai titik, daun kunyit dan rempah blend.  Tumiskan sehingga rempah garing dan wangi.
Masukkan ayam dan dibalik-balikkan sehingga berubah warna.
Masukkan santan dan dimasak sehingga ayam empuk. Sentiasa dibalik-balikkan supaya rempah tidak hangus. Masukkan garam secukupnya.
Setelah kuah hampir kering masukkan sedikit kerisik.  Dibalik-balikkan sehingga rata dan sebati, bolehlah dipadamkan api.

(Nota : Ada orang suka rendang yang kering dan ada yang suka sedikit berkuah, jadi kepekatan kuah terpulanglah kepada masing-masing ikut citarasa sendiri)