Kacang panjang dipotong ikut suka
Tauhu dipotong kecil & digorengkan sebentar
Bawang besar merah dihiris halus
Sos tiram
Garam jika perlu
Air sedikit
Minyak sedikit untuk menumis
Bahan tumis dicincang halus:
Bawang putih
Caranya.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang layu. Masukkan sedikit sos tiram dan kacaukan supaya sos tidak hangus.
Masukkan kacang panjang dan dikacau sehingga sebati.
Masukkan tauhu dan air sedikit, dimasak sehingga kacang lembut.
Rasakan garam, jika perlu masukkan sedikit garam.
No comments:
Post a Comment